Wednesday, May 7, 2014

Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) wajib melalui laluan-laluan yang telah digazetkan sahaja.

LAHAD DATU 7 Mei - Kabinet hari ini memutuskan bot-bot asing yang masuk ke perairan negara terutamanya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) wajib melalui laluan-laluan yang telah digazetkan sahaja.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, mana-mana bot atau kapal asing yang memasuki perairan negara melalui laluan lain, akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.


Malah, beliau berkata, Kabinet turut memutuskan semua jenis bot milik penduduk tempatan wajib didaftarkan bagi memastikan bot mereka benar-benar milik penduduk tempatan agar tidak timbul kekeliruan dengan bot asing yang memasuki perairan negara.


           

No comments:

Post a Comment