Wednesday, May 21, 2014

MASALAH PSIKOLOGI KRONIK CINA DI MALAYSIA & SINGAPURA




KAUM imegran di rantau ini nampaknya mempunyai masalah psikologi yang amat kronik kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka bukanlah penghuni asal di Tanah Melayu ini. Bermacam-macam dalil dihujahkan mereka dalam menidakkan sejarah kewujudan bangsa Melayu di muka bumi ini. Mereka bagaikan fobia menjadi yang ke-2 dalam meletakkan hak ke atas bumi ini.

Tidak habis dengan golongan extremis Cina Malaysia yang tak pernah penat memutar belitkan sejarah, kini seorang profesor Cina dari seberang tambak pula mengatakan kononnya Melayu tidak pernah wujud melalui bukunya 'Contesting Malayness' yang membuktikan masalah psikologinya yang mahu mencabar kewujudan Melayu.

Apa yang melucukan adalah ianya dihasilkan hanya berdasarkan penyelidikan rambang dari buku-buku tertentu dan selebihnya hanyalah pendapat dari pemikiran dan emosi penulis sendiri.

Hakikatnya, etnologi (suku bangsa), linguistic (bahasa) dan arkeologi (material) mengenai teori migrasi dan asal usul ras (bangsa) Melayu telah pun dibuktikan melalui kaedah DNA oleh penyelidik tempatan, Prof. Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh.

Kaedah ini mampu membuktikan umur rumpun bangsa, asal usul dan jejak penghijrahan. Apa yang didapati ialah Melayu adalah penghijrah asal.

Dalam mengekspresi kebenciannya kepada bangsa Melayu, Professor Singapura tersebut nampaknya telah terlepas pandang bahawa sekiranya beliau ingin menafikan kewujudan Melayu, beliau perlu terlebih dahulu menafikan sejarah Siam, Filipina dan Indonesia kalaupun tidak mengiktiraf sejarah yang tertulis di Malaysia.

Malah, beliau juga mungkin perlu menafikan sejarah Melayu Cape Town di Afrika dan juga Guam.

Dalam rujukan sejarah mengenai Guam, tertulis bahawa penduduk asalnya adalah orang-orang Austronesian dari Asia Tenggara yang tiba di sana seawal 4,000 tahun sebelum Masehi.

Mereka mempunyai bahasa dan budaya yang mirip dengan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Filipina. Mereka juga dikatakan sebagai tamadun terawal di Pasifik.

Dan di dalam buku Declaracan de Mala e India Meridional oleh seorang Portugis Godinho de Eredia menyebut:

“It is to be noted that the eastern coast of Ujontana was peopled and frequented before the other or western coast; thus the histories relate that Malayos inhabited Pattane and Pam before the foundation of Malacca. At that time the ruler of Pam governed Sycapura and the Monarch who resided in Pattane, the metropolis of the Malayos.”

Ini bermakna sejarah Siam mengenai Melayu itu adalah benar, dan sejarah Kedah purba mengenai Melayu juga benar. Sekali gus sejarah kaum Melayu yang membuka Melaka juga benar.

Salah satu cara untuk menjejak sejarah sesuatu bangsa ialah melalui bahasa, termasuk nama-nama mereka. Daripada sejarah serantau, jelas didapati bahawa nama-nama Raja-raja dahulukala turut berbunyi Melayu, bukan Cina atau Eropah. Nama-nama mereka mungkin berbeza sedikit mengikut pengaruh agama tetapi ia tetap membawa identiti Melayu.

Contohnya, Raja Ijau (1584-1616), Raja Biru (1616-1624), Raja Ungu (1624-1635) iaitu adik Sultan Bahdur (1573-1584) serta anak Raja Ungu, iaitu Raja Kuning (1635-1649) membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di rantau ini.

Terdapat juga sejarah yang menyatakan nama Pattani juga didapati dari perkataan Melayu ‘Pantai ini’ dan ini juga membuktikan yang Melayu merupakan kaum yang mula bertapak di situ. Oleh kerana Pattani juga termasuk dalam Kedah purba, maka jelaslah bahawa keseluruhan sejarah yang tertulis mengenai kaum ini adalah benar.

Nampaknya, hujah Professor Singapura itu jelas tidak punya kredibiliti kerana tidak konsisten dengan kajian DNA mahupun catatan fakta oleh kesemua negara-negara rumpun Melayu di Asia serta pengembara-pengembara Eropah.

No comments:

Post a Comment