Monday, May 12, 2014

PENGKHIANAT..!!!

Peguam Pakatan Rakyat Hanya Bela Penjenayah Dan Anggota Polis Tidak Ada Sokongan Pembelaan.
                              

Pencalonan anak Karpal Singh, Ramkarpal sebagai calon DAP di PRK Parlimen Bukit Gelugor sebenarnya mempunyai signifikan yang besar kepada rakyat negara ini, khususnya warga anggota keselamatan yang berusaha mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menjaga keharmonian serta ketenteraman awam.
                                          

Ramkarpal sama seperti peguam-peguam Pakatan Rakyat yang lain, mempunyai kecenderungan untuk membela dan mengangkat penjenayah. Peguam-peguam ini tidak mempedulikan tentang keselamatan rakyat, kerana bagi mereka, rakyat bermaksud golongan yang mereka bela, manakala di luar daripada konteks tersebut, tidak dianggap rakyat, bahkan langsung tidak mempunyai sebarang nilai.

Ironinya, golongan yang sama juga menempelak kerajaan kerana gagal menjaga keselamatan atau mempertingkatkan tahap keselamatan di kalangan rakyat dan penduduk negara ini. Sumbangan mereka membebaskan penjenayah langsung tidak disentuh. Bahkan apabila dipersoalkan, mereka akan mengatakan, mereka hanya menjalankan tugas berdasarkan undang-undang.

Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mana-mana peguam dari Pakatan Rakyat, khususnya dari DAP yang membela anggota polis daripada ancaman undang-undang yang dibuat oleh penjenayah? Pernahkah anda mendengar bagaimana peguam-peguam dari DAP menawarkan diri untuk membantu anggota-anggota atau pegawai-pegawai polis yang diancam saman oleh penjenayah di mahkamah?

TIDAK ADA!!!

Sebaliknya mereka yang menjadi dalang untuk sebarang tindakan terhadap anggota polis mahupun pasukan polis. Bahkan mereka pula yang berkokok riuh di dalam Dewan Rakyat, mempertahankan hak seorang penjenayah. Perjuangan mereka adalah membebaskan penjenayah dan mengenakan tekanan kepada penguatkuasaan undang-undang. Penjenayah bagi mereka mempunyai hak sebagai manusia, manakala anggota penguatkuasa undang-undang seperti anggota polis, langsung tidak ada hak.

Pernahkah anda bertanya, di mana gerangan atau kelibat para peguam tersebut ketika anggota-anggota keselamatan dan penguatkuasa terbunuh ketika sedang menjalankan tugas? Pernahkah anda bertanya, apa tindakan para peguam Pakatan Rakyat apabila penjenayah membunuh anggota polis? Bukankah mereka akan berusaha untuk membebaskan penjenayah tersebut dan pada masa yang sama, cuba membuktikan anggota-anggota polis yang mati itu sebagai BERSALAH?

Menariknya, peguam-peguam inilah yang sedang dipilih untuk menjadi WAKIL RAKYAT dan dianggap sebagai HERO sebagaimana sanjungan yang diberikan kepada KARPAL SINGH yang telah banyak membebaskan penjenayah untuk mengganas dan membunuh rakyat Malaysia menerusi pelbagai cara.

Dari sumber-

No comments:

Post a Comment