Wednesday, May 7, 2014

saham Asia jatuh semalam...!!!



Pasaran saham Asia jatuh semalam dengan yen yang lebih kukuh menyebabkan Bursa Tokyo merosot selepas hujung minggu yang panjang, manakala penjualan di Wall Street dan ketegangan di Ukraine menambah kepada tekanan menurun. 

Pelabur menunggu testimoni oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen yang dijadual lewat untuk melihat jika beliau memberi apa-apa petunjuk mengenai keadaan ekonomi. 

Tokyo - yang ditutup pada Isnin dan Selasa disebabkan cuti - berakhir 2.93 peratus lebih rendah, jatuh 424.06 mata kepada 14,033.45 dan Sydney susut 0.83 peratus, atau 45.6 mata kepada 5,435.8. Seoul jatuh 1.00 peratus, atau 19.56 mata, kepada 1,939.88, manakala Shanghai susut 0.89 peratus, atau 17.96 mata, kepada 2,010.08 dan Hong Kong jatuh 1.05 peratus, atau 230,07 mata kepada 21,746.26. 

Tiga indeks utama New York lebih rendah kelmarin ekoran saham Twitter yang menjunam hampir 18 peratus selepas berakhirnya tempoh pegangan untuk pemegang saham, yang membolehkan mereka untuk menjual untuk kali pertama sejak penyenaraiannya pada November. 

Dow jatuh 0.78 peratus, S&P 500 susut 0.90 peratus dan Nasdaq susut 1.38 peratus. Penganalisis berkata, walaupun angka pekerjaan baru yang dikeluarkan Jumaat lalu lebih baik daripada yang dijangkakan, pelabur bimbang masih terdapat kelemahan asas dalam ekonomi. 

Peristiwa di Eropah Timur juga menjadi faktor kebimbangan. Russia telah menolak rancangan untuk menamatkan krisis yang semakin meningkat di Ukraine, di mana beberapa bandar di timur yang telah diambil alih oleh pemberontak pro-Moscow, yang mana kerajaan yang disokong oleh Barat telah melancarkan serangan ketenteraan. 

Tatkala Presiden Vladimir Putin bersedia untuk berunding dengan Ketua Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Kiev berkata angka kematian akibat serangan ke atas sebuah bandar oleh pemberontak telah meningkat kepada lebih 34 orang, meningkatkan kebimbangan awam terhadap bakal tercetus peperangan. 

Pihak Barat yang mengancam untuk meluaskan sekatan ke atas Russia berikutan rusuhan itu melihat tarikh 25 Mei, iaitu hari pengundian presiden di Ukraine sebagai penting untuk membawa negara itu pulih dari pergolakan. 

No comments:

Post a Comment