Tuesday, May 13, 2014

KERAMBIT MENGHORMATI AGAMA DAN SETIAP KAUM DIMALAYSIA.


    Gambar hiasan

APA YANG KERAMBIT NAK TULISKAN DISINI TIDAK SESEKALI CUBA DAN BERNIAT MENYENTUH SENSITIVITI DAN MEMPERTIKAIKAN HAK KAUM LAIN.


TULISAN KERAMBIT INI SEMATA MATA KERANA MERASA SANGAT HIBA BILA TADI PAGI KERAMBIT KE ALOR STAR, PEMANDU YANG MEMBAWA KERAMBIT MEMBERITAHU BEGINI..

Disini dulu tapak madrasah yang telah dibina beratus tahun dahulu, tempat ramai para ulama dan cendiakawan Islam lahir, tapi bila PAS PAS PAS memerintah KEDAH, madrasah ini telah dirobohkan dan akan dibina pusat membeli belah,

KERAMBIT  MENOLEH DISEBELAH TANAH TAPAK MADRASAH YANG DIROBOHKAN, saya melihat pengubahsuai dan menaik taraf serta membesarkan TOKONG KUIL, lalu KERAMBIT  bertanya, bukan lah hanya bersebelahan, kenapa yang satu dirobohkan dan yang satu lagi diperbesarkan?

PEMANDU KERAMBIT TERDIAM SAMBIL BERLINANGAN AIRMATA, DAN KERAMBIT  dapat merasakan dan tersentuh hati melihat betapa ISLAM ITU DIHINA oleh sebuah PARTI YANG BERWAJAH ISLAM iaitu PAS...

Kalau anda rasa BLOG KERAMBIT ini cuba memburukkan mana mana parti, pergilah ke Alor Star dan saksikan lah dengan mata anda sendiri..

Kepada rakan yang beragama Hindu, KERAMBIT mohon kemaafan, KERAMBIT tidak terniat membangkitkan isu tidak berpuashati terhadap kuil tersebut, KERAMBIT hanya ingin bersuara sebagai seorang ISLAM yang merasa sangat sedih dengan nasib kami di Negara ini..

No comments:

Post a Comment