Friday, May 30, 2014

Pembang yang berfikiran sempit dan sendat.

membidas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar yang  mendakwa kerajaan membazirkan jutaan ringgit untuk kos penjagaan haiwan Panda yang menjadi simbolik hubungan Malaysia dan China, daripada membantu golongan janda di negara ini.

Menurut beliau, inilah mentaliti pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik dan menyalah kerajaan tetapi  tidak mempunyai pandangan dan visi yang lebih jauh dan besar pada masa hadapan untuk memakmur dan memajukan negara.

“Memang benar kos perbelanjaan menjaga haiwan tersebut menelan jutaan ringgit, tetapi perbelanjaan penjagaan haiwan Panda itu bukanlah ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya ditanggung oleh syarikat swasta.

ketua-penerangan-pas-mahfuz-omar-dari-panda-membazir-baik-janda-baik

“Dan apakah Mahfuz tidak tahu bahawa dengan jalinan hubungan baik kita dengan China, ekonomi Malaysia boleh berkembang dengan lebih besar apabila kita sudah mula membuat perjanjian dengan China untuk pelbagai projek kerjasama yang melibatkan jumlah ratusan bilion ringgit.

“Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi dia tak mahu pula jelaskan pada rakyat tentang usaha baik kerajaan bagi meningkatkan tahap ekonomi negara  dengan jalinan kerjasama Malaysi- China ini. 

Inilah pemikiran sempit pemimpin pembangkang yang tidak memandang jauh kehadapan dan hanya pandai memutar belitkan fakta sebenar.

Mahfuz dilaporkan berkata demikian di dalam sebuah portal berita pro pembangkang yang tersiar semalam.

Menurut Noh, Ketua Penerangan Pas itu juga mungkin tidak tahu bahawa hubungan strategik sedia ada antara Malaysia dan China akan dinaik taraf kepada hubungan ‘perkongsian strategik menyeluruh’ dalam semua sektor kerjasama dan berdasarkan keputusan itu, Malaysia akan cuba menambah nilai dagangan yang kini sekitar RM320.7 bilion yang dianggarkan China kepada kadar RM1.5 trilion.

“China adalah rakan dagang terbesar Malaysia berdasarkan perangkaan 2009 manakala Malaysia adalah rakan dagang kelapan terbesar kepada China. Dalam hubungan ini, kita yakin dapat mencapai nilai dagangan tahunan RM513.68 bilion seperti dirancang dalam program lima tahun. Bukankah itu satu jumlah yang besar bagi pendapatan negara?

inilah perbezaan antara kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan pembangkang seperti Mahfuz yang ternyata mempunyai pemikiran dan mentaliti yang sempit serta tidak mempunyai perancangan masa depan untuk memajukan negara.

Kalau beliau nak sebut pasal ibu tunggal, lebih baik beliau nasihatkan kerajaan PKR supaya tunaikan janji untuk membantu ibu tunggal di negeri itu. Dulu sebelum dapat memerintah, antara janji mereka ialah mahu membantu ibu tunggal. Tetapi bila dah memerintah,mana bantuan kepada ibu tunggal seperti yang dijanjikan itu?

Kalau nak kata kerajaan tak bantu ibu tunggal, nampak sangat beliau tak ambil tahu perkembangan negara. Sudah sekian lama kerajaan bantu ibu tunggal melalui pelbagai program dari agensi kerajaan mahupun NGO yang mendapat sokongan kerajaan. Bantuan terhadap ibu tunggal ini kerajaan lakukan secara berterusan dan dakwaan beliau bahawa kerajaan tidak bantu ibu tunggal itu tak betul.

No comments:

Post a Comment