Saturday, May 17, 2014

Pas Main Sorong Papan Tarik Papan.....!!!

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad tidak terkejut dengan tindakan Pas membatalkan hasrat mereka untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen dengan alasan untuk berbincang dengan jawatankuasa teknikal kerajaan pusat terlebih dulu.

Menurut beliau, ini adalah kerana isu perlaksanaan hukum hudud ini merupakan senjata permainan politik Pas sejak dari dulu dan tindakan mereka bertarik tali dalam isu perlaksanaan hudud ini bukanlah satu perkara yang baru.

“Bagi saya, kepimpinan Pas tak payah la nak perjelaskan apa pun kerana kita sudah jelas dengan sikap Pas dalam isu hudud ini. Mereka sorong isu ini, kemudiannya tarik  balik. Ini bukan pertama kali terjadi, tetapi sudah banyak kali terjadi.

nakhaei-ahmad-bekas-yadim-naib-presiden-pas

“Bila mereka melihat UMNO dan kerajaan serius untuk  berbincang berhubung isu hudud ini, mereka akhirnya tarik balik. Jadi untuk apa dibangkitkan isu ini? Tidak lain hanyalah untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini untuk kepentingan politik mereka.

“Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud, sudah pasti akan ada tindakan susulan dalam usaha tersebut, seperti mengumpulkan pakar-pakar perundangan Islam bagi membincangkan soal akta dan undang-undang. Namun sehingga ke hari ini tidak ada pun usaha tersebut,Malah kata beliau , kepimpinan Pas juga tidak memperjelaskan kepada rakyat khususnya kepada ahli dan penyokong mereka pendirian parti tersebut di dalam pakatan pembangkang di mana DAP dan PKR jelas pernah mengadakan persefahaman dengan Pas tidak ada agenda negara dan undang-undang Islam sekiranya pakatan berkuasa di negara ini.

“Kita desak agar kepimpinan Pas beritahu perkara sebenar apa pendirian parti itu jika Dap dan PKR tidak bersetuju dan menentangkan hasrat mereka untuk melaksanakan hudud di negara ini. Apakah Pas sanggup keluar dari pakatan pembangkang untuk melaksanakan hudud?

“Namun sehingga ke hari ini, tidak ada kenyataan dari kepimpinan Pas. Apa yang mereka buat hanyalah timbulkan isu ini, kemudian tarik balik atas alasan wujudnya perbincangan antara Pas dan jawatankuasa teknikal kerajaan pusat.

“Sekiranya perlaksanaan hudud ini tidak mampu dilakukan oleh mereka, saya bimbang kerajaan akan menjadi mangsa untuk dipersalahkan atas kegagalan mereka melaksanakan hukum hudud ini,” ujarnya.

Beliau juga berkeyakinan bahawa DAP dan PKR juga tahu bahawa isu hudud ini merupakan permainan politik Pas yang hanya untuk memenuhi agenda politik mereka bagi mendapatkan semula sokongan dari orang Melayu di negara ini.

“Sebab itu kita lihat tentangan yang diberikan oleh DAP dalam isu hudud ini tidak begitu rancak. Seolah-olah bagaikan melepaskan batuk ditangga. Sebab mereka tahu, Pas tidak mampu dan tidak bersungguh-sungguh dalam isu perlaksanaan hukum hudud ini.

“Jadi dalam isu hudud ini, kita faham-faham sajalah. Bukan sekali ia ditimbulkan malah sudah berkali-kali isu hudud ini menjadi permainan politik Pas. Bagi saya, kalau Pas benar-benar nak laksanakan hudud, sudah lama mereka akan laksanakan di Kelantan, kerana undang-undang agama Islam tertakluk di bawah negeri,” jelas beliau.

gobind-singh-deo-karpal-pas-putar-belit-guna-hudud-agama-islam-kebenaran-demi-sokongan-undi-syurga

tertinggi-dap-karpal-lim-kit-siang-guan-eng-tolak-hudud-hadi-silap-salah-sokong-pakatan

No comments:

Post a Comment