Tuesday, May 6, 2014

Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus Empat Rang Undang-Undang

6 Mei  Sidang Dewan Negara yang berlangsung selama sembilan hari sejak 21 April lepas ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sepanjang persidangan berlangsung, sebanyak empat rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013.

Persidangan kali ini juga menyaksikan pelantikan empat senator baharu iaitu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.

Dua lagi ialah Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Kassim dan Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Mohd Salim Shariff.

Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun.

No comments:

Post a Comment