Saturday, May 17, 2014

Pemuda UMNO Gerak Jentera Penerangan CBP ....!!!

   

Pemuda UMNO akan menggerakkan jentera pergerakan itu bagi memberi penerangan dan penjelasan lebih mudah kepada rakyat mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan kerajaan tahun depan.

“Kita juga mencadangkan kepada Kabinet supaya melaksanakan sesi penerangan CBP dalam cara yang lebih mudah,” katanya selepas program Sembang Santai “CBP & TPPA: Peranan dan Tanggungjawab Anak Muda Dalam Perkembangan Ekonomi” di Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia di sini, hari ini.

TPPA atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik merupakan perjanjian perdagangan untuk menguruskan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan dan mengintegrasikan ekonomi rantau ini.

Pada masa sama, Khairy memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha memerangi gejala rasuah di negara ini.

No comments:

Post a Comment