Saturday, May 10, 2014

Projek perumaha. Rakyat.

Kerajaan tidak menolak permohonan mana-mana individu berkelayakan untuk mendapatkan rumah bantuan khususnya Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota.
Menteri Wilayah Persekutuan, menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor , sebaliknya tawaran hanya dibuat berdasarkan kekosongan mengikut kawasan tertentu.
hasil semakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kekosongan banyak terdapat di PPR Bukit Jalil.

Mungkin ada yang ditawarkan PPR Bukit Jalil berasakan ia terlalu jauh dan tidak bersedia berpindah.
beliau sudah ke Lokasinya cukup strategik. Bas pengantara untuk ke stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil juga sudah disediakan.

Malah stesen Transit Aliran Massa (MRT)juga dalam proses pembinaan berhampiran PPR berkenaan,
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada 24 keluarga termasuk dua beradik bujang yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir Sentul pada 3 Mei lalu.


Mangsa yang terlibat menerima bantuan kewangan dan tawaran rumah baharu oleh DBKL.
Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Dr. Bala Loga Mohan Jaganathan, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Hassan.

Munurut  berkata beliau, selain peruntukan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga dan RM300 untuk dua beradik bujang itu, mangsa turut ditawarkan rumah di PPR Bukit Jalil. Manakala, dua beradik itu ditawarkan rumah di PA Negeri Sembilan.

Tambah Tengku Adnan, kerajaan pusat sentiasa prihatin dan akan terus membantu rakyat yang menghadapi bencana tanpa mengira agaman, bangsa dan kaum.

Kita tetap bantu mangsa di sini, walaupun mereka tinggal di atas tanah persendirian.
beliau harap mereka bersabar dan jangan bimbang kerana kerajaan akan membantu meringankan beban mereka, termasuk proses pemindahan ke rumah-rumah yang disediakan..

No comments:

Post a Comment