Wednesday, May 7, 2014

Habat....19 peratus peminjam gagal dalam perniagaan ...!!!!


Ismail Sabri bersama Abdul Rahim (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman menunjukkan piala dan sijil yang diterima sempena Persidangan Tahunan ADFIAP ke-37.


Hanya 19 peratus peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) gagal dalam perniagaan sejak dana itu diwujudkan pada tahun 1998.
 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 
berkata peratusan peminjam yang gagal tidak tinggi kerana kebanyakan 
Mereka  dibantu pegawai TEKUN Nasional bagi memulihkannya. 


“Sejak diwujudkan sehingga 30 April lalu, TEKUN Nasional sudah menyalurkan pinjaman RM3.08 bilion kepada 287,309 peniaga. Peratusan yang tidak berjaya dalam perniagaan tidak besar iaitu sekitar 19 peratus saja atau kurang 20 peratus. 

“Ini kerana peniaga atau usahawan yang menghadapi masalah akan segera dibantu pegawai TEKUN Nasional bagi memulihkan perniagaan. Kita akan beri peluang kedua kepada mereka dan bantu selagi termampu termasuk menjadualkan semula pembayaran mengikut kemampuan peminjam,” katanya di sini semalam. 

Beliau berkata demikian selepas majlis pengiktirafan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan yang menerima Anugerah CEO Cemerlang 2014 daripada Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Asia dan Pasifik (ADFIAP). 

ADFIAP ke-37 
Abdul Rahim menerima anugerah berkenaan sempena Persidangan Tahunan ADFIAP ke-37 pada 23 hingga 25 April lalu di Moscow, Russia. 

Ismail Sabri berkata, pegawai TEKUN Nasional bukan semata-mata bertugas mengutip hutang peminjam, sebaliknya turut memantau perkembangan perniagaan diusahakan mereka dan membantu jika perlu. 

“Pegawai akan tanya bagaimana (perjalanan) perniagaan, bukan kutip hutang semata-mata, malah peniaga juga boleh mengadu jika menghadapi sebarang masalah. Terpulang kepada peniaga untuk manfaatkan sebaiknya peluang kedua yang diberikan. 

“Peminjam yang menentukan kecekapan perniagaan selain ilmu keusahawanan yang dipelajari turut menjadi penentu kejayaan,” katanya sambil turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan dicapai Rahim yang juga mampu melonjakkan kemampuan TEKUN Nasional dalam memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment