Wednesday, May 7, 2014

menggugurkan ruangan 'kaum' dalam borang rasmi kerajaan



 Kabinet semalam memutuskan menggugurkan ruangan 'kaum' dalam borang rasmi kerajaan jika ia tidak memberi nilai tambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun. 

Menurut beliau pendekatan itu bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan, selain dapat memupuk budaya keterangkuman dalam kalangan pelbagai kaum yang berbeza di negara ini. 

“Umpamanya, borang kerajaan berkaitan kebajikan tidak memerlukan ruangan ‘kaum’ kerana setiap keputusan yang dibuat selepas itu adalah berdasarkan kepada keperluan, bukannya berasaskan kaum. Justeru, maklumat mengenai kaum tidak diperlukan.

No comments:

Post a Comment