Sunday, May 11, 2014

Petronas Luluskan Pelaburan Akhir (FID)pengerang

          

Kerajaan Negeri menyambut baik keputusan Petronas meluluskan Pelaburan Akhir (FID) untuk pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor yang dianggarkan AS$16 bilion (RM53 bilion) manakala kemudahan berkaitan akan membabitkan pelaburan AS$11 bilion (RM36.3 bilion).

Kerajaan Johor akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Petronas untuk memastikan pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang berjalan lancar dan mahu syarikat dan anak tempatan turut diberi peluang untuk turut serta dalam memenuhi keperluan dalam industri minyak dan gas.

Dijangka sepanjang pembinaan mempunyai kira-kira 70,000 tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran dan disiplin. Ketika operasi, projek berkenaan memerlukan lebih 4,000 pekerja dijangka muncul sebagai sebuah lagi hab industri gas dan minyak hiliran serantau.

No comments:

Post a Comment