Monday, May 19, 2014

Celaka punya Kisah Guan Eng Dyana Alat Politik dan Analogi Teh Tarik katanya ???

Pengumuman Dyana Sofya Mohd Daud, 26, sebagai calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan bukan suatu kejutan besar kerana ia telah diuar-uarkan sejak dahulu lagi.

Rupanya sebuah parti yang memperjuangkan konsep kesamarataan dan meritokrasi akhirnya terpaksa mempergunakan budak Melayu berusia 26 tahun sebagai alat untuk membuang persepsi anti- Melayu parti tersebut.

dap-peralat-guna-calon-melayu-alat-politik-gimik-lim-guan-eng-kit-siang-dyana-sofya-teluk-intan-perak

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah. Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Jika dari segi pencapaian dan meritokrasi politik, tentulah Dyana yang baru setahun jagung naik menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang, sebenarnya tidak layak berada dalam senarai calon pun, apatah lagi menjadi calon.

Namun DAP memang terdesak untuk meyakinkan orang Melayu terutamanya ahli Pas bahawa mereka merupakan parti yang terbuka kepada orang Melayu dan Islam sungguhpun matlamat politik mereka jauh sekali. Justeru kenyataan Guan Eng kepada Malaysiakini.com baru-baru ini jelas menunjukkan niat sebenar DAP.

Malah Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

lim-guan-eng-peralat-zairil-bukan-anak-khir-johari-pemilihan-cec-dap-rasis-diskriminasi-kaum-tak-sah

Sementara calon DAP, Dyana, dalam ucapannya menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai umpama “teh tarik’ Malaysia yang digemari semua orang.

Katanya, teh tarik digemari semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama dan identiti seumpama itulah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Malangnya, apa yang Dyana tidak nyatakan kepada rakyat bahawa Teh Tarik merupakan antara penyebab utama diabetis (kencing manis) dan sakit jantung di Malaysia.

Malangnya, apa yang Dyana tidak nyatakan kepada rakyat bahawa Teh Tarik merupakan antara penyebab utama diabetis (kencing manis) dan sakit jantung di Malaysia.

Mungkin tanpa disedari atau dengan segaja, Dyana telah pun memberi maklum kepada umum bahawa mengundi DAP ini memang seronok dan sedap seketika, namun jangka masa panjang kita terpaksa menerima pelbagai jenis penyakit akibat kesukaan ini.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.


No comments:

Post a Comment