Monday, February 23, 2015

Apakah yang kita faham tentang istilah teknologi? 

Apakah yang kita faham tentang istilah teknologi? 

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah (Wikipedia, 2007).

Apakah hubungan teknologi dengan maklumat dan komunikasi? 

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas, iaitu  berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagai penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu (Wikipedia, 2007). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) wujud berdasarkan perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang mikroelektronik yang menghasilkan kemudahan teknologi seperti komputer meja dan komputer riba, jaringan internet, e-mel, laman sesawang dan sebagainya. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada peringkat antarabangsa. Namun demikian, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab penting untuk menyebarkan  ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kepada masyarakat di Malaysia. 

Apakah pula hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)?  

Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu. Strategi yang perlu dirancang ialah memperkukuhkan kekuatan bahasa secara dalaman yang telah terbina sekian lama.  Masyarakat pengguna Bahasa Melayu perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris. Usaha untuk membentuk peristilahan Bahasa Melayu dalam bidang ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. 

Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menempuh beberapa zaman yang mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu misalnya kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi Bahasa Melayu turut berlaku secara perlahan-lahan.  Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan sengit dalam pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat penting dalam konteks ini kerana bahasa merupakan sumber komunikasi yang penting. Bahasa Melayu perlu kukuh dan mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia. 

Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk membolehkan Bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang kelihatannya jelas sekali mementingkan Bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran baru kepada Bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak.  Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris. Kelahiran K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan dan pemikiran manusia. Penggunaan Bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penggunaan Bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet. Muncul perkataan seperti kang (nanti),a’kum (assalamualaikum), tipon (telefon), persal (mengapa), nko(engkau) dan lain-lain. Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa Bahasa Melayu dan kelihatan janggal. Inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak menggunakan Bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal peraturan yang sedia ada. 

Keupayaan Bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung kepada keupayaan masyarakat penutur Bahasa Melayu itu sendiri menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat terhadap Bahasa Melayu telah menyebabkan kesukaran untuk meletakkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa. Ketidakyakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur Bahasa Melayu mengakibatkan Bahasa Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Penutur Bahasa Melayu lebih senang menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap kemurnian Bahasa Melayu. Mereka menganggap Bahasa Melayu tidak setanding dengan Bahasa Inggeris dan akhirnya mula meminggirkan Bahasa Melayu secara perlahan-lahan. Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti penggunaan Bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesewang yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa. Amalan berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada peringkat sekolah lagi dan secara menyeluruh mencapai segenap anggota masyarakat. Hanya dengan cara ini sahajalah, Bahasa Melayu akan mendapat tempat yang sewajarnya dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi  (TMK).  

Kita menerima hakikat bahawa bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan ilmu yang datang dari luar. Konsep yang didukung oleh bidang ini tidak ditemui dalam dunia Melayu. Namun begitu, ini tidak bermakna kita harus berkiblatkan Barat dalam menghasilkan istilah bidang ini. Bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya bahasa bagi dunia siber, malah kini kita dapati bahasa Arab dan Bahasa Mandarin mulai mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang cukup besar di dunia. Bak kata perumpamaan Melayu, “hendak seribu daya, tidak  hendak seribu helah”. Laman sesawang yang dibina oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau dwibahasa agar maklumat tersebar dalam Bahasa Melayu selain daripada Bahasa Inggeris. Sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu berterusan, di samping pembinaan pangkalan data yang bersesuaian bagi pengembangan Bahasa Melayu. Dengan cara ini, bahasa ini mudah dicapai oleh pusat-pusat Pengajian Melayu di luar negara yang menggunakan Bahasa Melayu. 

Pencemaran adat di dalam adat melayu

9Pencemaran adat di dalam adat melayu
Adat ialah aturan perbuatan diturut atau dilakukan sejak dahulu kala.

Adat juga dikenali sebagai kelakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau amalan. Adat juga boleh dikatakan peraturan.

Kerana jika melanggar adat sesuatu keturunan itu tidak akan berkekalan. Adat mewujudkan gagasan kebudayaan yang terdiri atas nilai-nilai budaya, norma, hukum, dan aturan yang dipercayai oleh setiap manusia.

Adat bukan agama, akan tetapi adat adalah amalan bagi mengekalkan sesuatu budaya, generasi, bangsa dll. Bagi adat melayu Pepatah melayu berkata "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu.

Namun pada era globalisasi ini adat mula dilupai kerana ada yang berpendapat bahawa adat tidak perlu di ikuti lagi. Pada masa kini adat mula dilupai apabila manusia menganggap ianya satu perkara yang kolot, tidak penting, remeh, dan ianya tidak diperlukan apabila unsur-unsur luar mula memadam idealogi, kepercayaan dan budaya bagi sesebuah bangsa.

Sebagai contohnya adat melayu mempunyai pelbagai peraturan, kepercayaan namun apabila zaman berubah, zaman semakin moden adat tidak di ambil kira lagi. Contoh adat melayu yang tercemar pada masa kini seperti adat dalam perkahwinan.

Untuk berkahwin orang melayu haruslah merisik terlebih dahulu namun ada segelintir yang melanggar adat dengan terus bertunang atau ada juga yang terus dengan menikah tanpa ada majlis merisik, meminang, bertunang, akad nikah, berinai, dan perkawinan.

Pada masa kini masyarakat melayu ada yang menikah terus tanpa bertunang.

Contohnya ada berlakunya pernikahan di sempadan Thailand.
Ahli keluarga tidak mengetahui status perkahwinan.
Ada juga yang bersanding tanpa mengikut adat melayu seperti acara yang dilakukan tiada lagi khatam Al-Quran, marhaban dan dll sebelum bersanding.

Selain itu, ada juga masyarakat masa kini yang tidak langsung mengunakan lagi tepak sirih semasa meminang dan sebagainya. Kemajuan telah mengubah adat, dimana adat mula dilupai oleh generasi sekarang.

Perkara ini telah mencemarkan institusi sesebuah adat melayu yang terkenal dengan adat. Ada juga yang mengatakan bahawa adat melayu dicampur adukkan dengan adat ornag india seperti, bersanding semasa majlis perkahwinan dan berinai.

Ini juga ada yang berpendapat sebagai pencemaran yang berlaku didalam adat melayu.

Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita.

Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut di depan pintu atau di panggal tangga. Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun ia kenyang.

Ia hendaklah menjamah sedikit hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib.

Pada masa kini manusia sudah tidak menghormati masa, seperti masa solat, atau waktu senja dimana pada waktu sedemikian kita tidak elok untuk mengziarahi ke rumag seseorang. Perkara ini menunjukkan wujudnya budaya yang tidak baik.
Seteru itu menyebabkan adanya pencemaran adat.

Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan sopan. Adalah dianggap tidak sopan jika ia bersilang kaki sehingga nampak tapak kakinya. Semasa sampai dan apabila hendak balik ia harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. Namun perkara sedemikian telah dilupakan.

Tiada lagi bersalaman dan ada juga yang tidak menanggalkan kasut semasa memasuki ke rumah seseorang. Budaya luar telah membawa masuk unsur-unsur negatif yang mencemarkan adat melayu.

Pencemaran adat bukanlah satu masalah yang sangat besar,namun jika ianya tidak dibendung ianya akan terus meruntuhkan sistem adat yang wujud.

Tradisi –tradisi yang turun temurun akan hilang begitu sahaja. Oleh itu warisan masa kini adalah tiang bagi terus mendirikan adat melayu hingga ke masa hadapan.

Remaja harus mempelajari adat-adat yang ada supaya ianya mampu memimpin remaja ke jalan yang lebih positif, serta remaja mengetahui tradisi nenek moyang mereka dahulu kala. Biar mati anak jangan mati adat.

Saturday, February 21, 2015

Jauhi militan tingkatkan taraf ekonomi

ada sesiapa yang mengikuti perkembangan mengenai kerisauan Dr Mashitah Ibrahim tentang anak muda Malaysia yang melibatkan diri dengan kegiatan militan di timur tengah pasti anda akan sedar betapa teguran tersebut bukan hanya cerita  kosong...!!!

Beliau pernah menegaskan bahawa institusi pendidikan pondok bukan agen latihan untuk melahirkan militan agama untuk berjuang di timur tengah namun sebaliknya lebih besar dari itu yang mana institusi pondok harus dimartabatkan untuk melahirkan generasi murabi masa hadapan..namun kenyataan tersebut sering kali diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas kapasiti keuntungan politik murahan..golongan yang suka mengambil kesempatan ini acap kali memutar belitkan kenyataan sebenar dengan mendakwa Dr Mashitah sengaja "Cari Pasal" dengan menuduh pendidikan Pondok melahirkan militan atas alasan mahu mengumpulkan sekolah pondok menyertai Yayasan Pembanggunan Pondok Malaysia...itu tidak benar!

Kun Fa Ya Kun..jika Allah SWT kata jadi maka jadilah iya.....semakin hari banyak kenyataan yang keluar dari bibir Dr Mashitah menampakkan kebenarannya..Beliau pernah menegaskan bahawa pemikiran untuk mencari jalan mudah menuju syurga bukan melalui berjihad dengan cara menyertai militan...pemikiran ini harus diubah dan jangan disalah tafsir..jika kita memikita memikirkan bahawa dengan berjihad menyertai militan mampu ke syurga itu sebenarnya bukan kita menegakkan agama Islam malah lebih teruk dari itu apabila masyarakat dunia akan memupuk pemikiran "Islam Fobia" dalam kalangan mereka..

Kekeliruan dan kefahaman berpunca daripada salah tafsiran, yang kemudiannya boleh mencetus masalah berkaitan kestabilan dan keselamatan. Ada orang Islam yang bertindak ganas, menjadi jihadis atau pengebom berani mati, memerangi dan membunuh saudara seagama atas nama Islam, atau kerana ingin mati syahid untuk masuk syurga. 

Tapi hakikatnya wajib difahamkan dengan betul.
Jihad kalau dipupuk dengan cara yang betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan Islam dalam segala aspek kehidupan.

andai diselewengkan maknanya, ia boleh menjadi ancaman dan menyemarakkan lagi Islamophobia dalam kalangan Barat dan hanya akan meng’iya’kan label terroris pada umat Islam.- Dr Mashitah Ibrahim

Baru-baru ini pihak Polis telah mematahkan percubaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun untuk ke Mesir dalam usaha menyertai militan IS di Syria. Remaja itu telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada tahun lalu juga kita dikejutkan dengan kes yang sama apabila seorang wanita berusia 23 tahun telah ditahan di KLIA..

Ini amat merisaukan kita, bayangkan seorang remaja yang sepatutnya berada di tingkatan 2 terlalu berani untu bertindak sedemikian setelah terpengaruh dengan fahaman ekstrimis ini yang mudah dipengaruhi oleh 2 kenalan melalui laman facebook...mereka ini mudah terpengaruh apabila erti jihad agama telah disalah tafsirkan hanya melalui pergerakan militan agama..

Bila ada pihak yang ambil perhatian hal ini dengan menegur ada pula defend kenyataan tersebut merupakan tindakan "cari pasal"..bila perkara ini benar-benar terjadi, apakah pihak yang mempertikaikan teguran tersebut membetulkan salah faham mereka?

jawapannya tidak..mereka hanya mendiamkan diri..ini secara jelas betapa kita sebenarnya mudah terdedah dengan fahaman mempertikaikan apa sahaja usaha menjaga umat Islam di Malaysia..golongan ini mendakwa mereka sahaja mempunyai kuasa mutlak membawa arus perubahan Islam yang sebenar dan menjanjikan syurga jika kita mengikuti fahaman politik mereka...

Islam sebenarya lahir dari hati dan bukan lahir dari mempertikaikan usaha orang lain..Islam itu ajaran dan jangan sesekali kita mempolitikkan agama sehingga usaha baik dipertikai dan bila kebatilan mula menjadi perkara realiti mereka sunyi sepi...apakah ini hala tuju kita?

fikir-fikirkan....
Jadi kerambit menasihati  seluruh sahabat dan rakyat malaysia agar jahuilah mereka,andai ada kekeliruan sepantas kilat dapatkan tempat rujuk yang tepat...

Niat nak mati syahid  yang suci murni noleh jadi mati katak......

Saturday, February 14, 2015

MEMBINA GENERASI TRANSFORMASI Remaja hari ini galas amanah mencabar bukti pewaris bangsa gemilang

Hari ini banyak bangsa di dunia cemas dengan sikap dan gelagat generasi bangsa mereka yang terumbang-ambing dan dianggap sudah hilang kemampuan untuk meneruskan perjuangan bangsa masing-masing.

Jika ada pihak mula merumuskan generasi hari ini sudah hilang jati diri, keadaan akan datang menjadi lebih parah. Sudah tentu, jika generasi hari ini hilang haluan dan pedoman, ia pasti melahirkan generasi yang sesat.

Ada sesiapa yang ingin bahaskan ???

Wednesday, February 4, 2015

TOLONG JANGAN JADI BACUL!

SALAM PERJUANGAN SEMUA ...

Kerambit  nak respons sikit pasal boikot memboikot ni. Sekarang ni, kononnya ada pulak yang kata, boikot barangan dari mereka ni boleh menyebabkan ekonomi negara merudum. Isy..camana lah bumiputera nak maju dalam bisnes?

camanalah bumiputera nak bersaing dengan mereka (khusus dappig) bila ada pemimpin melayu sendiri yang tak percaya pada kewibawaan bangsanya. 

kerambit teringat antara ungkapan puisi Perjuangan Belum Selesai yang dinukil oleh Tun M Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi PEDAGANG DAN PENIAGA Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Kenapa takut sangat kita nak boikot barangan bangsa yang tak sedar diri ni?

Betul ke kalau tak ada orang mereka, ekonomi kita merudum? Betul ke orang mereka yang selama ni beri kita makan, buat ekonomi negara stabil dan kita jadi senang macam ni?

Betul ke? Ha?

Ini semua propaganda! Ini semua otak dan pemikiran PENGECUT!

Miskin ke negara ni kalau sebelum ni kita beli minyak Knife sekarang kita beli minyak Saji Felda?

Miskin ke negara ni kalau dulu kita beli tepung di kedai Ah Seng tapi sekarang kita beli di kedai Ahmad, kedai Muthu! Bukankah pengaliran wang itu sama saja?

Cukuplah kita diperbodohkan! Kini kita perlu bangkit agar mereka mengerti bahawa Tidak akan Melayu Hilang di Dunia!

MENGINSAFI DAN MENELITI REALITI KEMELUT BANGSA  

Meneliti dengan halus kedudukan bangsa Melayu seolah-olah semakin menggambarkan satu kaum yang sedang menderita sakit barah dan menunggu saat maut. Mungkin kenyataan ini keterlaluan, namun kita ingin jujur dan tidak berselindung.   Walaupun berulang kali disahkan bahawa sudah ada pencapaian yang boleh dibanggakan  namun yang nyata pada tubuh badan bangsa Melayu itu dipenuhi kudis-kudis yang masih belum boleh dirawati sehingga hari ini. Mungkin yang tinggal hanyalah beberapa bahagian dari tubuh itu yang masih tidak berkesan dengan kudis yang kian merebak.   Demikianlah kita merenung dengan mendalam nasib bangsa Melayu ini.

Pada keseluruhannya tubuh manusia Melayu itu semacam tidak terdaya untuk pulih, kerana sakit kudis yang terus berulang. Sering juga ia terus berpenyakit kerana diagnosis yang salah dan rawatan yang silap. Lain yang sakit lain pula yang diubati.  

Kita mengutarakan anologi ini kerana jika tidak ada proses pemulihan segera, survival bangsa Melayu ini pasti akan tamat usianya. Akhirnya Melayu itu sendiri akan pupus, atau menjadi bangsa yang “minoriti”, bukan dari segi jumlahnya, tetapi dari segi kualiti dan keberkesanan pengaruh dan kekuatannya sebagai satu bangsa.   Melayu kini sudah melahirkan generasi muda yang hilang jati diri, Melayu yang lupa akan budaya dan tamadunnya selain hanya saki baki peninggalan datuk moyangnya yang bersifat kosmetik untuk kajian para ahli antropologi.  

Sebahagian besar generasi Melayu muda kini dilihat sudah hilang akar budaya dan pengkalan hidupnya sebagai insan Muslim. Melayu yang sudah tidak lagi menghargai perjuangan bahasa dan tanah airnya sendiri.  

Sesungguhnya telah berlaku kerosakan manusia Melayu itu dari dalam dan luar dirinya.
Cara berfikir dan nilai dirinya sekaligus semakin bercelaru. Tidak dapat dinafikan ketahanan diri Melayu semakin runtuh dan seolah-olah benteng agamanya sedang  lerai sama sekali.  

Bukanlah maksud kita untuk menafikan wujudnya pencapaian dan peningkatan sejak bangsa ini dikatakan mencapai kemerdekaan dari penjajah. Namun dengan berkembangnya krisis sosio-budaya, pemikiran, dan sosio-politik yang sangat meruncing ternyata tidak dapat dinagikan bahawa manusia Melayu perlu kepada agenda pemulihan yang menyeluruh.  

Apa yang dapat diperhatikan ialah berlaku suatu keruntuhan yang tidak dapat diselindung lagi. Bagaikan asas-asas budaya Melayu yang memegang  tapak bangunan bangsa sudah lemah mengakibatkan lapisan atas berbentuk manifestasi hidup seharian bangsa itu  menunggu masa untuk runtuh persis fenomena tanah runtuh yang berlaku di mana-mana.   Bukan sahaja soal akhlaknya yang telah luntur malah terdapat juga kelunturan dalam jati diri masyarakat Melayu itu sendiri.

Sesiapa yang masih menyatakan bahawa jati diri bangsa ini tetap utuh dan ketahanan dirinya masih kuat sebenarnya hanyalah membohongi diri sendiri.  

MENGINSAFI DAN MENELITI REALITI KEMELUT BANGSA  

Realiti bangsa Melayu kini ibarat wajah yang dilukis dengan coretan kabur yang serba kontradiktori. Sementara Melayu dikatakan sinonim dengan Islam namun berlaku juga perilaku Melayu yang amat berlawanan dengan sifat Islam itu sendiri.

Pada satu masa kita nampak mewarisi kesopanan dan kehalusan budi akan tetapi  Melayu semakin dijangkiti budaya biadab dan liar.  

Kita sering dikenali sebagai bangsa bermoral dan sensitif pada agama namun dalam masa yang sama kita juga sarat dengan kejelekan nilai dan kehodohan perilaku yang bersifat anti-agama.

Pada suatu ketika dahulu kita berbangga dengan sifat Melayu yang eksploratif dan berciri kepenerokaan namun kini kita juga menjadi bangsa yang terperangkap dengan budaya ciplak dan meniru.   Sebagai permulaan mahu tidak mahu yang perlu segera dilakukan ialah memperbetulkan semula pemikiran dan nilai hidup orang Melayu.

Bangsa yang sedang menunjukkan tanda-tanda lunturnya pegangan hidup Islam yang selama ini menjadi tunjang kekuatannya.  

Sepintas lalu kita ingin mencatat secara ringkas beberapa penyakit yang sedang menimpa umat Melayu. Pembedahan untuk mencari punca penyakit perlu selanjutnya dilakukan oleh setiap tenaga penggerak yang komited untuk memulih masyarakat Melayu.  

Sunday, February 1, 2015

BUNGA YANG LAYU LALU GUGUR

Satu ketika dahulu, kapal-kapal saudagar ini gah meredah samudera raya.

Semua orang kenal Malaysia dan MISC ketika itu, dari La Spezia ke Sydney ke Vancouver,dari San Francisco, dari Rotterdam ke Kaohsiung, dari Shanghai ke Singapura…sebut sahaja MISC orang tempatan akan kenal dan akan membalas MALAYSIA….

sebutlah Bunga Suria, atau Bunga Melati Satu dan Bunga Melati 3, Bunga Cenderawasih dan Bunga Anggerik, Bunga Saga Tujuh dan Bunga Cempaka 3, Bunga Pelangi Dua dan Bunga Raya Dua ebagai memetik secebis dari armada saudagar Malaysia….sebutlah ia dikalangan orang lama industri, pasti mereka akan buka cerita kisah perlayaran dizaman 80an dan 90an serta didalam dekad pertama alaf ke 21…kisah susah senang orang-orang yang meninggalkan famili ditanah air menjadi nadi penggerak ekonomi negara…..

ini hanyalah sebahagian dari nama-nama kapal Malaysia yang kini tiada lagi….yang sejarah tidak akan sebut di masa depan kelak dan mungkin sea stories dari angkatan kapal saudagar ini akan hilang bersama bekas pegawai dan anak kapal yang pernah berada disana satu ketika dahulu….

itu kisah orang-orang lama dalam industri ketika itu..sekarang ia menjadi “sea stories”….tinggal cerita dan lagenda yang anak cucu kita mungkin tidak akan tahu….

dahulunya 3 jenis kapal didalam foto ini, merupakan tulang belakang penjana ekonomi negara…kapal-kapal kontena, kapal-kapal bulk carrier dan kapal-kapal tangki kimia yg jika dikumpulkan jumlah kesemuanya melebihi 50 buah kesemuanya kini telah lenyap dari senarai kapal yang didaftarkan di Malaysia…samada hak miliknya bertukar kepada syarikat asing melalui penjualan atau kapal tersebut dilupuskan….dari sejumlah 18 handysize, 9 handymax, dan 11 panamax bulk carrier dijual sekitar tahun 2004…diikuti pelupusan dan penjualan sejumlah 16 buah kapal kontena pada tahun 2012 dan seterusnya penjualan sejumlah 11 buah kapal tangki kimia dengan baki 16 buah dalam perancangan untuk penjualan pada tahun 2014….

ini adalah kisah sebuah perusahaan yang membawa merchant ensign Malaysia, dengan pangkal nama Bunga yang menjadi terkenal disetiap pelabuhan yang dimasuki, gah dengan pendaftaran Port Klang dan dikendalikan anak tempatan…..yang perlahan-lahan digantikan dengan warga asing dengan alasan kos….

inilah lagenda-lagenda kelautan moden Malaysia di era negara sedang pesat memacu ekonomi….yang kini hanya tinggal kisah kekecewaan dan amarah..

HARTA KARUN YANG HILANG PALING MAHAL

Kalau kalian mengkaji sejarah Melaka, maka kalian pasti mengenali detik 1511 dimana runtuhnya sebuah empayar hebat milik bangsa Melayu di tangan Portugis. Tetapi seberapa banyak antara kita yang mengenali dan mengetahui bagaimana hebatnya kekayaan yang dicuri oleh bangsa penjajah ketika itu?

Di bawah adalah daripada laman web British di mana mereka memaparkan antara 10 kekayaan atau harta karun yang hilang dalam sejarah dunia. Tahukah anda bahawa kekayaan yang dicuri oleh Portugis dan diangkut ke dalam kapal Flor De La Mar DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA ketika itu mencecah $2.6 Billion + (54,431kg of Gold x $49,000 per Kg)?

Antara harta-harta milik Kesultanan Melayu Melaka atau aset dan khazanah Melaka yang diangkut ke dalam kapal Flor De La Mar ketika itu adalah:

1. Perempuan perempuan penenun kain

2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam)

3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak

4. Tanduk gajah Sultan Melaka yang disepuh emas

5. 600 Tan Emas barang kemas

6. Meja berkaki emas 7. 7.Gelang Sakti Nakhoda Beego

8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina

9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah

10. Baju-naju berkain baldu dan sutera

11. Mangkuk mangkuk perak

12. 2 pasu besar

13. Perabot-perabot indah

14. 200 kotak berlian, rubi, permata-permata mahal.

Ianya dikira sebagai HARTA KARUN YANG HILANG PALING MAHAL DI DALAM SEJARAH DUNIA. Sekarang, fikirkan, siapakah kita sebenarnya wahai bangsaku Melayu?