Sunday, May 18, 2014

Hudud kelantan

Menarik juga kenyataan dari Timbalan Menteri Besar Kelantan bahawa rang undang-undang untuk meminda Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993 Kelantan tidak akan ditangguhkan tetapi akan dibentangkan pada sessi Parlimen bulan September nanti.

Kenyataan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian Presiden, Timbalan Presiden serta beberapa pimpinan tertinggi PAS sebelum ini yang menyatakan ia akan ditangguhkan.

Paling menarik apabila kenyataan beliau bahawa setiap Private Bill (rang undang-undang persendirian) yang hendak diusulkan di Parlimen perlu dibentangkan oleh seorang Menteri penuh dan beliau berharap YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan membentangkannya serta menyatakan 15 ahli Parlimen Pas akan menyokong rang undang-undang berkenaan.

Sepanjang pengetahuan kerambit ia bukan rang undang-undang Kerajaan Pusat tetapi rang undang-undang persendirian dan PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan bukannya 15 orang.

No comments:

Post a Comment