Tuesday, May 6, 2014

Kerajaan Selangor Usah Tipu Rakyat Selangor !!!!

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos mengingatkan kerajaan negeri Selangor agar tidak lagi cuba memperdayakan rakyat berhubung krisis air di negeri itu.

Ini kerana tegasnya tiada sebarang jaminan bahawa kemelut air di Selangor tidak akan berulang lagi dan sebarang kenyataan yang kononnya air yang ada sekarang mencukupi hanyalah harapan palsu sebagaimana yang pernah dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.

“Tapi apa yang berlaku sejak tiga bulan ini. Rakyat Selangor khususnya menjadi mangsa kepada keegoan kerajaan negeri Selangor termasuk keenganan mereka meneruskan projek Langat 2 selepas merampas Selangor dari kerajaan BN pada tahun 2008.

“Penyelesaian berhubung isu air di Selangor sejak 2008, bukan sahaja telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air di negeri ini, malah memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan disebabkan ketiadaan bekalan air,” ujarnya mengulas kenyataan terkini dari Exco Belia Dan Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dalam kenyataan terbaru Dr Ahmad Yunus Hairi menyatakan rakyat Selangor jangan bimbang dengan masalah air di Selangor kerana tidak ada masalah bekalan air bagi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya .

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai penyedap telinga semata-mata Datuk Jamal seterusnya berkata Projek Langat 2 telah dipolitikkan oleh Pakatan Pembangkang selepas mereka mengambil alih Selangor pada 2008 dan projek itu telah tertangguh selama lebih lima tahun yang mengakibatkan krisis air setiap tahun.

“Pada pandangan saya, daripada insiden ini, rakyat harus fikir semula sama ada peranan yang dimainkan Pakatan Pembangkan selama ini adalah membina ataupun hanya hidup dalam pemikiran untuk menentang semata-mata apa jua usaha yang ingin dilakukan kerajaan persekutuan. Mereka telah terus mempolitikkan setiap isu dan bukanya menepati janji kepada rakyat

“Justeru semua pihak harus mengenepikan politik kepartian untuk sama-sama menangani masalah air supaya orang ramai dapat meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian dengan selesa,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat NGO UMNO Selangor.

Selain itu, beliau juga menggesa agar pembinaan projek Langat 2 itu dipercepatkan kerana dikhuatiri akan timbulnya masalah sekiranya ia tidak disegerakan.

Dari Sumber

No comments:

Post a Comment