Sunday, May 25, 2014

Teluk Intan mempunyai potensi untuk dijadikan pusat ekonomi

Teluk Intan mempunyai potensi untuk dijadikan pusat ekonomi berikutan lokasinya yang dekat dengan pelabuhan Lumut kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, walaupun industri peladangan kelapa sawit merupakan ekonomi utama Teluk Intan, kawasan itu dapat dikembangkan kepada industri pembuatan produk akhir.

Husni-Hanadzlah-Menteri-HASIL-LHDN-Cukai-GST-Ekonomi-Malaysia

“Faktor untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat ekonomi memang ada, kerana terdapat tanah, sumber dan rangkaian eksport kerana ia dekat dengan Lumut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, di sini malam tadi.

Ahmad Husni berkata potensi membangunkan Teluk Intan boleh dicungkil calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kerajaan kini membangunkan industri kreatif untuk melatih golonga belia dan Teluk Intan harus menjadi sebahagian daripada arus perdana untuk masa depan dan tidak boleh terasing bagi menerajui pembangunan di bandar kecil ini, katanya.

Ditanya mengenai tindakan pembangkang yang sering menjadikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan kos hidup meningkat sebagai isu, Ahmad Husni berkata sikap pembangkang memang sentiasa memburukkan usaha kerajaan.

“Masa kerajaan hendak membina Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar KLCC dan Putrajaya, mereka membangkang.

“Sekarang kita lihat projek-projek yang dilaksanakan dan kita lihat perkembangan dunia…kita lihat kejayaan membangunkan negara sesuai dengan rancangan pembangunan kerajaan laksanakan selama ini,” katanya.

Ahmad Husni berkata CBP adalah kesinambungan daripada usaha dan inisiatif kerajaan untuk melaksanakan transformasi ekonomi negara dan menegaskan CBP bukan cukai baharu tetapi penggantian cukai jualan.

Katanya, usaha dari segi penerangan, penjelasan dan pertemuan dengan rakyat akan diteruskan sebelum CBP dilaksanakan April 2015 supaya ia difahami setiap orang.

aktivis-kempen-bn-teluk-intan-perak-sokong-calon-barisan-nasional

No comments:

Post a Comment