Saturday, May 17, 2014

Strategi DAP meletakkan calon wanita Melayu Islam

           Photo: Strategi DAP letak Dyana Sofea gagal raih sokongan Melayu...JAngan Jadi Balaci atau Barua DAP??? Strategi DAP meletakkan calon wanita Melayu Islam, Dyana Sofea Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dilihat gagal mengurangkan tentangan pengundi Melayu terhadap parti dominasi Cina itu yang menentang hudud itu.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, ini kerana pengundi Melayu di Teluk Intan tidak akan 'lupa' pendirian DAP terhadap hudud dan meletakkan Dyana langsung tidak membantu meningkatkan jumlah pengundi Melayu terhadap parti dominasi Cina itu. 

Tambah Ramlah, Dyana sendiri tidak melambangkan imej seorang wanita Islam, oleh itu strategi DAP untuk mengurangkan kemarahan orang Islam terhadap parti itu tidak akan berjaya. 

Ujarnya lagi, pemilihan Dyana sebagai calon tidak lebih sebagai strategi untuk mengambil hati pengundi bagi membuktikan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum.
     
"DAP menentang hudud dan adakah meletakkan calon Melayu, pengundi Melayu akan sokong dia dan lupa tentang hudud. Saya percaya orang Melayu sedar, (tahu bezakan) mana satu hudud dan nak ambil hati.

"Kalau dia (Dyana) boleh mewakili DAP, dan kita tahu DAP ini cauvinis, jadi bagaimana dia boleh menjadi wakil kepada Islam pula?," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

DAP hari ini secara rasmi mengumumkan Dyana yang juga Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon mereka dalam PRK Teluk Intan, meskipun baru menyertai parti berkenaan dua tahun lalu.

Dyana berkemungkinan berdepan dengan calon berpengalaman Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan pada PRK itu nanti.

Mengulas lanjut, Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UMP) menyifatkan calon DAP kali ini mempunyai beberapa 'kelemahan' yang mungkin mendorong penolakan pengundi.

Beliau selain itu menyifatkan penglibatan Dyana yang baru bersama DAP beberapa tahun lalu, jelas membuktikan calon parti itu masih 'hijau' dalam bidang politik dan kurang berpengalaman untuk memikul isu rakyat. 

"Calon ini terlalu muda dan dia bukan orang Teluk Intan. Adakah masyarakat di situ percaya kepada kebolehannya sebagai pemimpin?

"Itu persoalan yang perlu ditanya sebab kita nak wakil rakyat yang boleh menjadi suara kita. Sejauh mana budak berumur 27 tahun boleh menjadi wakil yang berkesan?,"ujarnya. 

Ulas Ramlah lagi, walaupun Gerakan turut tergolong sebagai antara pihak yang menolak hudud, namun katanya, pengundi perlu membuat keputusan yang bijak dengan memilih wakil rakyat yang mementingkan rakyat dan negara, dan bukan yang mengamalkan perkauman.

"Jadi bagi saya, kalau nak pilih dia pun, ia tak memberi kesan kepada orang Melayu di sana. Lebih baik tak payah pilih. Pertamanya, sebab dia akan menjalankan dasar liberal DAP dan dasar menolak hudud," katanya.

"Orang Melayu yang sayangkan Islam di situ mungkin tiada pilihan, tapi sekurangnya pilihlah parti yang menerima Islam sebagai agama negara,"
 
Strategi DAP meletakkan calon wanita Melayu Islam, Dyana Sofea Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan dilihat gagal mengurangkan tentangan pengundi Melayu terhadap parti dominasi Cina itu yang menentang hudud itu.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, ini kerana pengundi Melayu di Teluk Intan tidak akan 'lupa' pendirian DAP terhadap hudud dan meletakkan Dyana langsung tidak membantu meningkatkan jumlah pengundi Melayu terhadap parti dominasi Cina itu. 

Tambah Ramlah, Dyana sendiri tidak melambangkan imej seorang wanita Islam, oleh itu strategi DAP untuk mengurangkan kemarahan orang Islam terhadap parti itu tidak akan berjaya. 

Ujarnya lagi, pemilihan Dyana sebagai calon tidak lebih sebagai strategi untuk mengambil hati pengundi bagi membuktikan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum.

"DAP menentang hudud dan adakah meletakkan calon Melayu, pengundi Melayu akan sokong dia dan lupa tentang hudud. Saya percaya orang Melayu sedar, (tahu bezakan) mana satu hudud dan nak ambil hati.

"Kalau dia (Dyana) boleh mewakili DAP, dan kita tahu DAP ini cauvinis, jadi bagaimana dia boleh menjadi wakil kepada Islam pula?," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

DAP hari ini secara rasmi mengumumkan Dyana yang juga Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon mereka dalam PRK Teluk Intan, meskipun baru menyertai parti berkenaan dua tahun lalu.

Dyana berkemungkinan berdepan dengan calon berpengalaman Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan pada PRK itu nanti.

Mengulas lanjut, Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UMP) menyifatkan calon DAP kali ini mempunyai beberapa 'kelemahan' yang mungkin mendorong penolakan pengundi.

Beliau selain itu menyifatkan penglibatan Dyana yang baru bersama DAP beberapa tahun lalu, jelas membuktikan calon parti itu masih 'hijau' dalam bidang politik dan kurang berpengalaman untuk memikul isu rakyat. 

"Calon ini terlalu muda dan dia bukan orang Teluk Intan. Adakah masyarakat di situ percaya kepada kebolehannya sebagai pemimpin?

"Itu persoalan yang perlu ditanya sebab kita nak wakil rakyat yang boleh menjadi suara kita. Sejauh mana budak berumur 27 tahun boleh menjadi wakil yang berkesan?,"ujarnya. 

Ulas Ramlah lagi, walaupun Gerakan turut tergolong sebagai antara pihak yang menolak hudud, namun katanya, pengundi perlu membuat keputusan yang bijak dengan memilih wakil rakyat yang mementingkan rakyat dan negara, dan bukan yang mengamalkan perkauman.

"Jadi bagi saya, kalau nak pilih dia pun, ia tak memberi kesan kepada orang Melayu di sana. Lebih baik tak payah pilih. Pertamanya, sebab dia akan menjalankan dasar liberal DAP dan dasar menolak hudud," katanya.

"Orang Melayu yang sayangkan Islam di situ mungkin tiada pilihan, tapi sekurangnya pilihlah parti yang menerima Islam sebagai agama negara.

No comments:

Post a Comment