Penyokong PAS & PKR Hayatilah lah artikel ini demi Agama Bangsa dan Negara
1. DAP yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara kerajaan Perikatan dengan PAP kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).
Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP untuk meneruskan perjuangannya (DAP = PAP. Ibarat orang sama cuma tukar baju saje. PAP berjaya melahirkan proksinya. Lihat sungguh licik puak komunis-zionis ini mengatur strategi politiknya untuk memecahkan penguasaan Melayu di Malaysia).
2. PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V. Devan Nair. Penyertaan PAP ini telah mendapat bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina.
3. DAP dan Parti Gerakan (sebelum menyertai BN) didakwa menjadi dalang dalam mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kejayaan menawan Pulau Pinang dan memenangi beberapa kerusi di Selangor dan Perak pada Pilihanraya Umum 1969 telah mencetuskan rasa keterujaan yang hebat di kalangan penyokong mereka.
Penyokong mereka telah melakukan perarakan kemenangan di Kuala Lumpur dan apabila melalui kawasan Melayu mereka telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Melayu. Perarakan balas telah dilakukan oleh penyokong UMNO untuk meraikan kemenangan Perikatan memenangi Pilihanraya Umum 1969 itu.
Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara.
4. DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak menghendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.
5. DAP sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal Singh telah mengugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah. sini
6. ADUN DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana mengganggu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara. sini
7. Kerajaan DAP P.Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa terdekat beberapa kampung tradisi Melayu di kawasan pulau sedang menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan "pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan pulau.
8. Seorang ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian (dia enggan memakai songkok - betapa rasisnya puak DAP ni). sini
9. DAP mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara. DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.
10. DAP mengamalkan politik perkauman yang sangat bahaya. Setiap kali PRU dan pilihanraya kecil diadakan, mereka akan meniupkan api perkauman dengan modal bahawa kerajaan tidak melayan kaum Cina dengan adil dan memberi keistimewaan lebih kepada kaum bumiputera. Mereka menghasut rakyat khususnya kuam Cina untuk membenci kerajaan dan orang Melayu. Sepatutnya DAP ini DIHARAMKAN dan DIHALAU keluar dari Malaysia kerana telah memecah belahkan perpaduan kaum.
No comments:
Post a Comment