Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah membidas kenyataan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pembangkang, Bersih, berhubung kenyataan pertubuhan tersebut di dalam sebuah portal berita pembangkang yang mendakwa wujudnya unsur rasuah dalam masalah penukaran Menteri Besar di Terengganu, tanpa ada asas dan bukti yang kukuh.
Menurut beliau, kenyataan Bersih itu memperlihatkan pertimbangan dan prinsip pertubuhan tersebut yang tidak adil dan berat sebelah, memandangkan mereka langsung tidak membuat kenyataan berhubung pemilihan PKR yang telah terbukti wujudnya unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan membeli undi.
“Bagi beliau, Bersih patut cermin diri sendiri dulu. Sebelum kritik atau buat dakwaan terhadap pihak lain, khususnya UMNO, tengok diri sendiri dulu. Bersih perlu bersihkan dulu segala unsur-unsur penyelewengan, rasuah, ketidakadilan yang berlaku dalam pemilihan parti PKR terlebih dulu, barulah boleh nak tegur orang lain.
“Contohnya seperti seorang ustaz yang menyuruh orang lain berbuat baik, sedangkan dia sendiri pun tidak melakukan perkara baik yang disuruh orang lain melakukannya. Ianya hanya akan jadi bahan ketawa saja. Samalah juga dengan Bersih. Sebelum nak dakwa atau tegur, cermina diri sendiri dulu.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan, di dalam setiap organisasi mahu pun kerajaan, pastinya terdapat kelemahan dan juga kesilapan di sana sini.
“Semua kerajaan di dunia, termasuk di negara ini pastinya ada kelemahan dan kesilapan, kerana yang mentadbirnya adalah manusia yang pasti tidak lepas dari membuat salah dan silap. Fitrah manusia tidak ada yang sempurna.Tetapi selagi ada usaha kerajaan untuk memperbaiki dan mengatasi segala kelemahan dan kesilapan, ia adalah sesuatu yang baik.
“Inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha beliau untuk melakukan transformasi, yang mana maksudnya menambah baik urusan dalam pentadbiran negara yang sedia ada hari ini. Setakat ini, kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan BN, tidak pernah berhenti daripada membuat penambahbaikan dan belajar dari segala kelemahan dan kesilapan,” ujarnya.
Tetapi perkara seumpama itu menurut beliau, tidak pernah dilakukan oleh pihak pembangkang. Transformasi kepada yang lebih baik tidak wujud dalam kamus pembangkang. Sebab itu kata beliau, pembangkang kerap kali melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama ekoran tidak ada usaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan mereka.
“Sebab itu kita lihat pembangkang tidak pernah berubah. Mereka tidak ada usaha untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan mereka dan berterusan melakukan kesilapan. Malah, mereka begitu ego dan tidak pernah mahu mengakui akan kesilapan mereka, seolah-olah mereka tidak pernah buat silap.
“Ini berbeza dengan kepimpinan UMNO. Datuk Seri Najib, sebagai Perdana Menteri mempamirkan sikap mulia apabila secara terbuka memohon maaf kepada rakyat di atas kelemahan dan kesilapan kerajaan, dan berjanji akan melakukan penambahbaikan. Dan perkara ini beliau buktikan, dengan transformasi yang dibawanya di dalam urusan pentadbiran kerajaan, mahupun parti.
“Sebab itu, beliau meminta agar pembangkang, mahupun NGO-NGO pembangkang seperti Bersih, suluh muka di cermin terlebih dulu sebelum masuk campur urusan orang lain. Penyelewengan dan ketidakadilan yang terbukti berlaku depan mata mereka buat-buat tak nampak, tetapi mereka sibuk dakwa orang lain melakukan penyelewengan biarpun tanpa ada asas dan bukti yang kukuh.
No comments:
Post a Comment