Tuesday, May 13, 2014

Azalina Othman Said bersama nelayan.

                         
Azalina Othman Said bersama nelayan selepas menyampaikan jaring menangkap udang di Kampung Pasir Gogok, Kota Tinggi, baru-baru ini. 

12 Mei di Kota tinggi Seramai 17 nelayan pantai menerima jaring menangkap udang bernilai RM400 setiap seorang di pekarangan Balai Raya Kampung Pasir Gogok di sini baru-baru ini.

Bantuan yang diharap dapat meningkatkan hasil tangkapan mereka itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

                                       

bantuan itu adalah salah satu usaha dan janji yang ditunaikan kerajaan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Setiap tahun kerajaan akan mengeluarkan peruntukan bagi membantu golongan yang memerlukan ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Persatuan Nelayan Pengerang, Abdul Fatah Alkhairi Mustapa dan Pengerusi Persatuan Nelayan Pengerang, Abu Bakar Mohamad.

Azalina yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang turut meminta golongan nelayan supaya bersedia menerima perubahan, pembangunan dan landskap ekonomi berikutan projek mega yang kini giat dibangunkan di kawasan Pengerang.

Kalau masyarakat bertindak lari atau keluar dari kawasan semata-mata tidak mahu menerima perubahan yang berlaku, maka diri sendiri yang akan menanggung rugi.

Siapa yang tidak takutkan perubahan. Kita semua takut untuk berdepan dengan situasi tersebut namun dalam kehidupan ini kita kena sentiasa bersedia.

Sementara itu, Azalina meminta ibu bapa mengutamakan pendidikan anak-anak manakala generasi muda perlu diberi latihan dalam bidang minyak dan gas supaya tidak tertumpu untuk terus menjadi nelayan.

 seorang penerima bantuan, Azan Sarom, 46, bersyukur dengan bantuan yang diberikan selain berjanji akan berusaha meningkatkan pendapatan keluarganya.

Bagi anak muda, dinasihatkan tidak sesekali ikut jejak langkah kami orang lama kerana masa depan mereka lebih cerah lebih-lebih lagi dengan adanya pembangunan di kawasan ini.

Kami yang telah sebati menjadi nelayan biarlah kami teruskan, namun golongan muda perlu merebut peluang yang tersedia," katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Rakannya, Abd. Rahim Ibrahim, 57, pula sentiasa berusaha menyesuaikan diri dan kehidupan keluarganya dengan perubahan dan pembangunan di kawasan itu supaya tidak terus terpinggir.

kami berterima kasih kepada kerajaan yang tidak putus-putus membantu nelayan seperti kami. Bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan bebanan bagi menggantikan jaring yang rosak akibat dilanggar kapal yang membawa pasir dan minyak.

No comments:

Post a Comment