Ada yang berasa teruja dengan kehadiran dua haiwan berprofil tinggi ini, tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dengan peminjaman dua panda tersebut kerana ia turut membabitkan kos kepada negara.
Ini kerana dalam masa 10 tahun, Malaysia harus membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun.
Trending di media sosial, orang ramai mula memperkatakan tentang dua panda gergasi itu serta beberapa parodi menarik turut dibuat mengenainya.
Parodi Panda Malaysia... anak siapalah sanggup jadi Panda jadian.. pic.twitter.com/RpOIlJhKAi
Namun begitu, di sebalik semua pendapat, kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.
Jika dilihat skop lebih luas, kehadiran pasangan panda tersebut dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Negara.
Seperti yang dilaporkan The Guardian, Scotland pernah meminjam panda Tian Tian dan Yang Guang daripada China untuk Zoo Edinbugh pada tahun 2011 dan mencatat pulangan lebih dari RM13 juta pada tahun 2012.
Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan.
No comments:
Post a Comment