Thursday, October 30, 2014

Dulu nuwar takut org lain kini sama lain orang pulak depa takut kenapa?

Ini adalah pendapat peribadi saja Pehh...!!!!
dah dua hari perbicaraan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, pertikaian terhadap kedudukan peguam Gopal Sri Ram tiba-tiba saja mulai kedengaran.

Cerita isu cuma kerana Gopal Sri Ram yang menjadi peguam Anwar ini pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan keadaan itu dikatakan boleh mempengaruhi lima hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu daripada membuat keputusan yang bebas dan adil.

Tambahan pulak, Majlis Peguam pada mesyuarat 15 Mac lepas juga pernah mengemukakan usul agar hakim kanan atau hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang mewakili anak guam mereka di mahkamah atas alasan yang sama.

Dengan kedudukan Gopal Sri Ram mewakili Anwar dalam kes rayuan terakhirnya ini dan barangkali melihat kepada isu-isu kredebiliti Saiful Bukhari yang berjaya dibangkitkannya dengan kemas, teratur dan meyakinkan, mungkin jugak kerana itu pertikaian terhadap peranannya sebagai peguam mula dipertikaikan.

Bukan saja Gerakan melalui Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang yang bersuara meminta Majlis Peguam menyatakan pendirian terhadap perkara ini, bahkan sekumpulan peguam pro Umno turut juga bersuara.

Kumpulan peguam yang diketuai oleh Zulkifli Noordin,dalam satu kenyataan turut menuntut Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini untuk mengelakkan dianggap mengamalkan sikap "double standard".wow...!!

dipercayai juga menjelang detik-detik berakhirnya kes rayuan Anwar ni, lebih ramai lagi pihak berkepentingan seperti pemimpin politik dan NGO, akan tampil bukan saja untuk menyatakan bantahan terhadap sikap Majlis Peguam itu tetapi juga tentang kedudukan Gopal Sri Ram yang dianggap boleh mempengaruhi para hakim yang mendengar kesnya

Bantahan terhadap kedudukan Gopal Sri Ram ini sebenarnya agak pelik kerana walaupun Majlis Peguam ada membuat usul berkenaan perkara itu tetapi Mahkamah Persekutuan sebagai responnya kemudiannya memutuskan bahawa hakim-hakim bersara boleh muncul sebagai peguam dalam kes-kes sivil di mahkamah dengan hujah   Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk meraih pendapatan bagi dirinya.

Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria sendiri pada 2013 pula pernah berkata, hakim yang bersara bebas bertindak sebagai peguam kerana mahkamah bertindak berasaskan merit.

Berdasarkan hakikat ini, secara logik tiada isu lagi bagi mana-mana bekas hakim untuk menjadi peguam atau dipertikaikan pendirian Majlis Peguam.

Peguam Shafee Abdullah yang menjadi ketua pendakwa dalam kes rayuan Anwar ini bagaimanapun tidak bimbang dengan kehadiran Gopal Sri Ram kerana ia merupakan hak masing-masing serta tiada sekatan daripada berbuat demikian.

Isunya, kenapakah ada pihak lain yang takut dengan kehadiran Gopal Sri Ram sebagai peguam ini?

Adakah ini sebagai persiapan awal mencari helah dan alasan kiranya Anwar didapati bebas nanti?

Jika dulu ketika Anwar mempertikaikan perlantikan Shafee Abdullah yang diketahui rapat dengan Umno serta didapati berada di rumah Najib ketika Saiful membuat aduan diliwat serta berulangkali cuba menyingkirkannya sebagai ketua pasukan pendakwa, kenapakah beliau ditempelak?

Ketika itu Anwar diselar dan dipersenda kononnya takut kalah dalam kes rayuannya dan menghuni penjara sekali lalu didakwa sengaja mencari helah untuk menyalahkan perlantikan Shafee sebagai alasannya.

Ada juga pemimpin Umno yang berkata, Anwar tidak seharusnya takut dengan Shafee kerana beliau hanyalah pendakwa tetapi yang menentukan bersalah atau tidak adalah hakim.

Tapi apa sudah jadi sekarang? Mereka yang dulunya seolah-olah terbuka dan meminta Anwar jangan takut dengan Shafee yang menjadi pendakwa, rupa-rupanya turut takut dengan Gopal Sri Ram yang hanya bertindak sebagai peguam pulak phuuiii.....kah..kahh..kahhh....!!!

Kah..kahh..kahhh....macam ni gaya Boleh tak  pulangkan "paku buah keras"  bahawa yang menentukan bersalah atau bebas adalah hakim dan bukannya peguam daripada kalangan bekas hakim?

Dengan mempertikaikan kehadiran Gopal Sri Ram, apakah mereka ini turut tidak percaya lagi dengan sistem kehakiman kita?

Semua ini bukan saja membuktikan bahawa dunia ini bulat dan kehidupan sebenarnya bagaikan roda, tetapi  inilah juga yang pepatah selalu mengingatkan, "kata dulang paku serpih, mengata orang rupanya diri sendiri yang lebih.

Monday, October 27, 2014

Pengkhianat Bangsa & Negara!!!!!!

walaupun ianya bukan tulisan saya tapi sejarah ini perlu dihebahkan kepada generasi muda yang masih terpinga-pinga dalam mainan politik Anwar.

Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”. Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.

Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO! Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”.

Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”! Anwar bijak menipu.

Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Tun akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!”

maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar. Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah,“Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi.

Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Tun berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar! Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya.

Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir! Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO.

Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Tun dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir.

Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Tun, bertambah kuat pertalian politik Tun-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden.

Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar.

Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO. Perkara ini “unprecedented” dan Tun sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini.

Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Tun masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden.

Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Tun dalam mempersoalkan sikap Tun terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.

Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad! Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya! Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar.

Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Tun menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Tun.

Apabila sesekali Tun terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Tun tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya.

Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Tun masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu.

Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian pun dia berkata…“Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…” Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC.

Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?

Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Megat Junid turut menyakinkan Tun, Anwar akan menang! Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur!

Anwar menang, Pak Ghaffar kalah!

UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini.

Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Tun-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tuah Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Tun dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Tun. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Tun pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Tun dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa! Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu?

Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir?Bukankah angkara Anwar?

Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya!

Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Tun tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Tun bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Tun pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar . Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya.

Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Tun di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof.

Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya. Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Tun bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. tun menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya.

Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO.

Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.

Inilah ringkasan sejarah Anwar yang perlu diketahui oleh generasi muda agar kita tidak terus terperangkap dalam mainan politik kotot Anwar.

-Dari sumber-

Sunday, October 26, 2014

esok dijangka kecoh


Post Pic

 
 Esok bakal berlangsung 'Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 tahun, dari UM ke Penjara' yang telah dirancang  pada malam sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan samaada  Ketua Pembangkang itu dibebas atau dipenjarakan buat kali kedua.
 
Anwar sebelum ini memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
 
Anwar berkata beliau akan turun ke Universiti Malaya (UM) pada malam menjelang kes liwatnya dibicara di mahkamah tertinggi dalam negara ini.
 
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu  berkata beliau mengetahui  program anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran institusi itu.
 
Namun beliau tetap akan hadir bagi memberikan ceramah terakhirnya, sebelum nasibnya diputuskan mahkamah pada keesokan harinya.
 
Tentunya perkembangan itu diramal banyak pihak, bakal berakhir dengan kekecohan dan situasi itu mungkin juga akan mencetuskan siri penentangan mahasiswa terhadap kerajaan pemerintah kini.
 
Di pihak Anwar sendiri, kekecohan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memupuk rasa simpati orang ramai terhadap nasibnya yang kononnya menjadi mangsa tekanan politik.
 
Presiden PMUM, Fahmi Zainol menegaskan program bersama Anwar tetap akan diteruskan sebagai tanda solidariti terhadap Ketua Umum PKR itu.
 
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2012 dan memutuskan beliau dihukum penjara lima tahun.
 
Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.

Pehhh....nak larikan diri ke tu!!!!

Pehhh....Risik punya risik Maklumat terbaru yang diperolehi ialah, Anwar Ibrahim dan sebahagian daripada ahli keluarganya sudah bersiap-sedia untuk melarikan diri ke luar negara bagi mengelakkan hukuman penjara. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim masih teragak-agak memandangkan kebanyakan negara yang menjadi destinasi dan mempunyai hubungan baik dengannya sebelum ini, tidak lagi memberikan layanan mesra sebagaimana yang dinikmati sepanjang 2008-2013 lalu.

George Soros yang merupakan antara pendana utama Anwar Ibrahim, juga dikatakan tidak menyalurkan terus bantuan kewangan kepada Anwar Ibrahim lagi, sebaliknya hanya menerusi Human Rights Watch Asia yang bersikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh dalam membelanya.

Begitu juga dengan beberapa institusi yang selama ini menjadi penyalur kewangan utama bagi membolehkan Zionis membina pengkalan di Malaysia menerusi kejayaan menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menggantikan UMNO dan Barisan Nasional.

Empat buah negara yang menjadi pilihan Anwar Ibrahim ialah Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Jerman. Manakala Turki, UAE dan Kuwait pula berada dalam senarai kedua.

Bagaimanapun,empat buah negara pertama pilihan Anwar Ibrahim tidak menunjukkan sokongan kepadanya lagi selepas kegagalannya menjatuhkan Najib Abdul Razak dan memimpin Pakatan Rakyat mengalahkan UMNO-BN pada PRU-13 lalu selain perpecahan dan krisis teruk Pakatan Rakyat yang menenggelamkan terus cita-cita untuk menguasai Malaysia. Negara-negara pilihan kedua pula, turut tidak menunjukkan minat untuk membantu Anwar kali ini walaupun UAE dan Kuwait masih lagi menempatkan pejabat yang menguruskan dana-dana untuk Anwar Ibrahim daripada pendana-pendana Zionisnya, apatah lagi Zionis dan Amerika Syarikat telah mengucar-ngacirkan negara mereka menerusi Arab Spring sebelum ini.

Pada ketika ini, beberapa orang pemimpin PKR termasuklah perangka strateginya, Rahim Ghause telah pun mencari tempat-tempat dan pangkalan baru untuk Anwar Ibrahim bersama-sama keluarganya terutama di Australia dengan Rafizi Ramli sebagai ketua pemujuk Kerajaan Australia agar memberikan tempat untuk Anwar Ibrahim berlindung dan bersembunyi.

Anwar dalam masa yang sama, telah memberikan beberapa kali isyarat kononnya dia boleh melarikan diri pada bila-bila masa sahaja ke luar negara.

Bagaimanapun, berdasarkan kepadamaklumat risikan yang diterima, jet peribadi yang 'dipinjamkan' oleh seorang kroninya, tidak boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Bagaimana Anwar Ibrahim akan melarikan diri ke luar negara?

Rasa-rasanya, pihak berkuasa sudah pun bersiap sedia untuk menangani masalah tersebut terutama sekali menerusi arahan pembekuan cuti!


Posted via Blogaway

Friday, October 24, 2014

Akhlak belia tentu halatuju negara

BELIA adalah tonggak dan penerus generasi sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai keupayaan luar biasa memandangkan dari segi tenaga, mereka sangat kuat dan keupayaan yang cukup jauh untuk mereka membina kekuatan.

Di samping itu, golongan belia mudah dipengaruhi cara berfikir dan corak hidup sesebuah masyarakat yang di anggap mereka sebagai masyarakat maju dan berjaya. Asas penilaian itu disandarkan kepada kemajuan ekonomi semata-mata.

Rata-rata masyarakat terbabit adalah masyarakat luar dimana cara hidup mereka berbudayakan corak hidup ‘hedonisme’, iaitu corak hidup yang mengutamakan kepuasan hawa nafsu. Corak hidup demikian memberi keutamaan dan keluasan kebebasan mutlak kepada individu untuk berperanan dalam kehidupan masyarakat.

Pendekatan kepada corak kehidupan sedemikian akan mengundang banyak permasalahan kepada kestabilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.
Dalam lingkungan usia yang suka mencuba, belia tanpa asas pandangan hidup yang luhur dan meyakinkan, mudah dipengaruhi oleh pemikiran dan budaya ‘hedonisme’.

Kebebasan hidup tanpa ikatan adalah sesuatu yang dekat dengan minat belia. Yang menjadi kebimbangan ialah corak hidup sedemikian bukan saja membinasa upaya dan kehidupan mereka, bahkan boleh menjadi golongan masyarakat yang menggugat dan meroboh budaya sebuah masyarakat berakhlak dan bertamadun.

Bukan sekadar itu, mereka turut pada akhirnya menjadi bebanan kepada keutuhan keseluruhan masyarakat terbabit.

Dalam menangani kemungkinan belia Islam dipengaruhi budaya yang berbahaya dan boleh membantut kemajuan ummah, beberapa langkah berkesan perlu diberi perhatian dalam membimbing hala tuju belia Islam dalam konteks pembangunan belia di negara ini.

Pertama, belia Islam perlu memiliki pandangan hidup yang syumul berkaitan dengan Islam itu sendiri. Pengamatan sedemikian akan mewujudkan belia berwawasan serta dapat berperanan secara sesuai dan berdaya maju.

Islam hendaklah difahami dan diyakini sebagai sistem penyusunan umat manusia dalam membina sebuah tamadun mulia dan tinggi bersesuaian dengan sifatnya yang menepati nilai kemanusiaan sejagat. Islam perlu dihayati bukan sebagai reaksi kepada kemusnahan tamadun sekular semasa, bahkan pada awal lagi ia diutuskan untuk memberi rahmat kepada keseluruhan umat manusia termasuk yang bukan beragama Islam.

Prinsip Islam dalam menyusun dan membangun masyarakat adalah bersesuaian dengan nilai kemanusiaan yang membolehkannya menangani perubahan cara hidup dan ruang tempat yang berbeza. Di atas semangat kebenaran, keadilan dan kasih sayang, pendekatan Islam akan sentiasa sesuai dan berdaya maju. Kefahaman kepada Islam secara mendalam ini perlu diusahakan melalui sistem pendidikan negara.

Aspek kedua membabitkan pembinaan keutuhan akhlak di kalangan semua lapisan masyarakat Islam khususnya belia. Akhlak belia yang tinggi akan menjadi asas kepada perjuangan dan cita-cita hidup mereka ke arah menjayakan keluhuran Islam. Ia melahirkan keikhlasan dan ikatan emosi seseorang kepada perjuangan Islam.

Akhlak tidak boleh difahami sebagai perilaku individu yang jujur dan lurus semata-mata, ia harus dilihat dalam rangka lebih luas membabitkan perjuangan ke arah mendaulatkan nilai kebenaran dalam semua aspek kegiatan kehidupan. Ia turut meliputi usaha dan peningkatan ibadat untuk menyuci niat dan sikap serta memiliki sifat ehsan kepada saudara manusia yang lain dalam menjalani urusan hidup.

Kemuncak kepada penghayatan akhlak ialah anggota masyarakat akan berusaha melaksana nilai dan semangat keadilan dalam penyusunan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Rata-rata orang Islam memahami dan masih menganggap bahawa memiliki akhlak yang mulia akan membentuk individu menjadi seorang yang lurus dan jujur dalam menerajui hidup dan pekerjaannya dengan tidak banyak menimbulkan keburukan kepada masyarakat.

Kefahaman yang demikian menganjurkan kepada individu semoga membina perilakunya saja dan tidak ingin berperanan dalam membaiki dan membangun akhlak masyarakat. Sebagai insan yang bersifat individu sosial, sikap sedemikian tidak menepati peranan seorang Islam positif. Umat Islam perlu bersama dalam urusan menyusun masyarakat dengan semangat untuk membina.

Pada masa ini, rata-rata akan bersetuju bahawa akhlak belia Islam khususnya di Malaysia perlu ditingkatkan untuk perubahan positif demi memajukan negara. Amalan rasuah, menipu, menindas, memfitnah dan memiliki beberapa sifat lain yang hina, perlu dikikis dan dihapuskan. Sifat ini adalah penghalang kepada semua bentuk kemajuan.

Arus kebendaan yang begitu ketara melanda masyarakat kita pada masa ini perlu dibimbing moga kejayaan ekonomi sesetengah golongan membawa kepada sumbangan membangun kebajikan masyarakat dan bukan ke arah memusnahkan sifat kemuliaan kemanusiaan bermasyarakat.

Perpaduan masyarakat akan rapuh jika golongan kaya melupai tanggungjawab sosial yang jelas dituntut oleh Islam. Pada contohnya, prinsip ‘memperoleh keuntungan melalui tanggungjawab sosial’ wajib dihayati oleh golongan korporat Muslim.

Ia sangat menepati hasrat akhlak Islam. Golongan korporat Muslim yang berjaya perlu berperanan positif untuk meningkat kebajikan hidup ummah keseluruhannya. Melalui usaha itu, ia akan memberi teladan baik kepada generasi belia mempelajari bahawa asas akhlak tetap sesuai dalam memperoleh kejayaan dalam urusan perniagaan.

Akhlak Islam mendidik umatnya bahawa dalam menguasai harta ia harus menganggap harta itu hanya sebagai amanah kurniaan Allah. Justeru, harta yang dimiliki perlu dibelanja dan dilabur demi mendapat keredaan Ilahi.

Ia tidak seharusnya menjadi matlamat mengumpul harta sebagai muktamad dalam kehidupannya. Perspektif ini yang membezakan antara akhlak Islam dengan fahaman sekular. Islam menganjur kepada hak pemilikan dengan disertai kepada tanggungjawab keagamaan kepada kebajikan masyarakat.

Belia Islam yang berakhlak tidak patut membisu dengan amalan masyarakat yang bercanggah dengan nilai Islam. Amalan rasuah, menyalahguna kuasa dan menindas golongan awam yang miskin perlu dihapuskan.

Mereka perlu menangani persoalan itu dengan menyertai usaha membina masyarakat dan bukan menjauhkan diri daripada membaiki keruntuhan masyarakat. Gelanggang jihad termasuk berusaha membina akhlak masyarakat. Dengan mantapnya akhlak masyarakat negara akan dapat menjayakan agenda pembangunan yang sejati.

Dalam era semasa, sama dengan keperluan silam, tamadun manusia perlu kepada pencapaian kemajuan ekonomi masyarakat dan negara yang mantap. Rasulullah SAW begitu bimbang jika kemiskinan melanda masyarakat. Baginda sentiasa mendoakan moga-moga cubaan itu dijauhi. Usaha untuk memajukan ekonomi ummah perlu berpanjangan.

Tambah lagi dalam keadaan semasa adalah menjadi satu tuntutan bagi sesebuah negara khususnya negara Islam seperti Malaysia berusaha untuk memajukan ekonomi negara, bukan sekadar untuk menyelesaikan keperluan asasi rakyat tetapi hendaklah berusaha dengan penuh perancangan untuk mencapai taraf ekonomi maju yang mampu membolehkan negara menghayati kemerdekaan pada hakikat sebenar dan seterusnya boleh mempengaruhi perjalanan orde baru dunia.

Jika hasrat ini tidak dianggap sebagai suatu tuntutan pada masa ini, keluhuran Islam tidak mungkin dapat dicapai dan dilaksana. Dalam era semasa di mana kuasa ekonomi sangat penting, pelaksanaan dan penghayatan Islam akan hanya dapat diwujudkan daripada kedudukan kekuatan ekonomi umat Islam.

Pehhh...Nak kenal diri?

PENGENALAN

Kebanyakkan  manusia pada hari ini menganggap bahawa  "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya  tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?

 Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan   sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI"  dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenal nya.

Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad???  dan yang penting sekali bolehkah kita
mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA

Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??

 Kita semua tahu bahawa ujud nya roh!  Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh  " siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:

Kisah Roh memasukki jasad Adam

Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh  telah bertanya " dimanakah harus aku masukki, ya ALLAH "  dan ALLAH pun menjawab " masuk lah mana mana yang kamu senangi "  Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.

Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.

Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:

1. Dihidupkan

Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana?   Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh ""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.

 2. Menghidupkan

Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.

MATI  IALAH  APABILA  ROH  MENINGGALKAN JASAD

Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.

Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya

Perlukah roh di kenali?

Sebelum mengenal Roh  haruslah kita mengenal "DIRI"

"BARANG  SIAPA  MENGENAL  "DIRI"  MAKA KENALLAH  DIA  AKAN  TUHAN  NYA"

 
APA  KAH  "DIRI" ITU"
Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?

Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang  berupa saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..

Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI"  ini lah yang harus di kenal. 

(kenal lah diri maka kenal tuhan)

 BAGAIMANA  MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"

 Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya. 

Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" .

 

Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:

 

Terbuka dengan sendiri nya

Ushakan sendiri untuk membukanya

Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)

 Apakah yang di maksudkan “dibuka”

 Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.

 Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian

Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.

Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????


Posted via Blogaway

Pejuang liberal Melayu merendahkan bangsa dan agama sendiri

Aliran liberal yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Melayu disedari atau tidak disedari sebenarnya amat merugikan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Aliran ini amat menguntungkan bangsa dan agama lain walaupun penganut mereka tidak seramai mana dan menganut agama yang pelbagai.

Begitu juga pemikiran sosialis yang dibawa oleh tokoh-tokoh tertentu bukannya menguntungkan bangsa Melayu dan Islam. Anehnya pejuang tulen aliran ini adalah tokoh-tokoh dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Bangsa lain memperjuangkan liberalisme adalah untuk mengangkat maruah bangsa dan agama mereka tetapi Melayu Liberalisme mengurangkan hak-hak bangsa Melayu di negara mereka sendiri dan juga menjatuhkan martabat agama Islam.

Kalau kita meneliti dan mengkaji secara mendalam, pada asasnya aliran ini diwujudkan oleh Barat dan Yahudi untuk memerangi Islam di seluruh dunia.

Pengasas aliran ini adalah individu Yahudi yang cuba untuk menjajah pemikiran umat dengan penjajahan pemikiran.

Mereka mengekspot aliran ini ke negara-negara Islam Timur dan Barat tanpa bersusah payah datang ke Timur tetapi cukup dengan melatih anak bangsa itu sendiri untuk membawa aliran dan pemikiran liberalisme ke negara mereka. 

Maka lahirlah tokoh-tokoh Islam moderat dan tokoh-tokoh akademik dan profesional yang telah dipasak dengan aliran liberalisme berselindung di sebalik tabir pejuang agama.

Islam yang dibawa oleh golongan ini adalah Islam acuan Barat terkeluar daripada fikrah Islam yang sahih. Tapi malangnya mereka mendapat tempat yang baik dalam gerakan Islam kerana kelunakan bahasa mereka dalam memperkatakan tentang Islam.

Kalau dahulu bangsa Melayu amat susah untuk menerima parti politik yang berlambangkan kepala lembu ( Parti Sosialis Rakyat Malaysia – PSRM ) kerana dikatakan parti ini bawa aliran sosialis yang hampir sama dengan komunis.

Sebahagian besar bangsa Melayu menolak parti kepala lembu walaupun orang kampung yang kerdil tetapi dengan kelunakan bahasa dan tutur kata serta kelicikan strategi mereka sekarang ini bukan sahaja orang-orang kampung mendokong pemikiran mereka tetapi aliran mereka diperjuangkan oleh para akademik dan alim ulamak. 

Bahkan mereka diberi tempat dalam pimpinan dan media rasmi gerakan Islam dan mereka bercakap atas nama gerakan Islam.

Para ulama terpesona dengan kehalusan mereka berhujjah lalu mengiktiraf bahawa inilah Islam toleransi yang diajar oleh Quran dan Hadis tanpa mereka menyedari bahawa apa yang dibawa oleh kumpulan ini adalah terkeluar daripada Islam. 

Dalam konteks Malaysia, pejuang liberalisme yang bertopengkan Islam amat merugikan bangsa Melayu dan Islam.

Bangsa Melayu terpaksa menggadaikan hak-hak mereka kononnya meraikan bangsa lain demi perpaduan sedangkan bangsa lain mengekalkan apa yang telah mereka perolehi dan akan perjuangkan secara agresif mana-mana hak mereka yang belum dapat.

Malaysia adalah hak bangsa Melayu yang sah. Bangsa Melayu bangsa majoriti.

 Bangsa Melayu sepatutnya boleh menentukan hala tuju dan masa depan negara mengikut keperluan bangsa Melayu dan agama yang mereka anuti.

Akan tetapi liberalisme telah mengajar bangsa Melayu agar melepaskan hak mereka kepada bangsa lain sedangkan bangsa lain sedikitpun tidak mengurangkan apa yang telah mereka warisi dari tanah asal mereka.

Seboleh-bolehnya mereka ingin melaksanakan apa yang terdapat dari tanah besar di bumi Malaysia walaupun sekecil-kecil perkara.

Mereka ingin mengamalkan seluruh sistem kehidupan mereka sebagaimana warisan nenek moyang di tanah besar.

Malangnya liberalisme telah mengajar bangsa Melayu menjadi selemah-lemah bangsa atas dasar keadilan dan kesamaratan.

Bangsa pendatang ingin menjadikan Malaysia sebagai tanah mereka yang kedua. Bangsatnya liberalisme telah menjadikan bangsa Melayu tidak sayang dan cinta kepada bangsa dan agama. Pada masa yang sama mereka perjuangkan hak-hak bangsa lain dalam pendidikan, ekonomi, budaya dan lain-lain lagi. 

Penganut agama lain tidak mengkritik agama mereka tetapi pejuang liberalisme mengkritik agama sendiri dan mentakwilnya agar bersesuaian dengan kehendak agama lain.

Amat malang bila ada ulamak yang mengiyakan dakwaan dan tuduhan mereka kerana tertipu dengan kelunakan dan kelicikan mereka berbicara dan berhujjah.

Mungkin para ulamak juga tidak mengenali aliran liberalisme kerana tidak dinyatakan dalam kitab-kitab lama, mereka lebih mengenali kumpulan muktazilah, jabariah dan lain-lain lagi yang disebutkan dalam kitab yang mereka pelajari sejak berzaman.

Suasana ini lebih mudah bagi pejuang liberalisme bersandiwara dengan bertopengkan sebagai pejuang Islam.

Kesimpulannya aliran liberalisme yang diperjuangkan individu atau kumpulan dari bangsa Melayu yang beragama Islam telah meletakkan Islam di tempat yang lebih rendah dari agama lain.

Mereka merendahkan bangsa Melayu dan Islam sedangkan bangsa lain tidak sedikitpun merendahkan bangsa atau agama mereka. Lebih malang mereka diberi layanan yang istimewa oleh gerakan Islam dan pimpinan mereka.

1435 Hijrah telah berlalu

1435 Hijrah akan berlalu, 1436 Hijrah menjelang tiba - sekali lagi kita menyambut Ma'al Hijrah.

12 Rabi'ul Awal, itulah tarikh sebenar Rasulullah saw tiba di Yathrib dalam peristiwa besar Hijratul-Rasul. Setelah beberapa hari berada di Quba', dan mendirikan Masjid Quba', serta mendirikan solat Jumaat pertama dalam Islam (kini didirikan Masjid Jumaat ditapak itu berhampiran Madinah), Rasulullah bergerak ke Yathrib bersama sahabat Baginda Saidina Abu Bakr As-Siddiq.

Sesampai Baginda di Yathrib, dengan sambutan nasyid tola'al badru 'alaina, Rasulullah yang menunggang unta bernama Quswa memulakan ucapan dengan berkata:

Aiyyuhannas - Afsyussalam!!! Wahai manusia, sebarkan salam!

Mengapa Rasulullah saw membuka ucapan dengan kenyataan itu? Menyeru manusia supaya menyampaikan salam - iaitu ucapan Assalammau'alaikum!

Kerana didalam salam ada pelbagai mesej - dan ia adalah pengikat perpaduan dan kesatuan.

Pertama, didalam salam ada doa. Berbeza dengan ucapan tradisi yang diamalkan oleh orang lain, ucapan salam bermaksud 'saya doakan sejahtera keatas kamu'. Dan penerima salam juga wajib menjawab dengan doa - wa'alaikum salam- sejahtera juga keatas kamu!

Kedua, ucapan salam merangkumi semua waktu. Ia tidak setakat ucapan selamat hanya untuk waktu pagi seperti Good Morning, atau hanya untuk waktu petang seperti Good Evening, tetapi ianya mencakupi seluruh hari tidak kira siang, malam, ribut, terang dan lain-lain!

Ketiga, ucapan salam bersifat universal. Pergilah kemana sahaja - barat, timur, utara, selatan, Eropah, Amerika, Russia, India, China, Australia, malah ke Kutub Utara atau Kutub Selatan, atau bercakaplah dalam bahasa apa pun - tetapi ucapan salam bagi umat Islam tetap sama -assalammu'alaikum.

Keempat, disebabkan ucapan salam itu berbentuk universal, maka dengan mudah kita mengenali saudara se Islam - walaupun dia daripada negara mana sekalipun, walau dia bercakap apa bahasa sekali pun. Bila sahaja bertemu dan dia mengucapkan salam, kita sekalugus tahu dia adalah Muslim saudara kita!

Kelima, disebabkan sifat universal salam itulah maka ucapan salam menjadi pengikat kepada perpaduan, kesatuan dan ukhwah umat Islam. Kerana didalamnya mengandungi kesatuan bahasa, kesatuan doa, kesatuan akidah!

Sebab itulah Rasulullah saw menyeru didalam muqaddimah ucapan Baginda sebaik sahaja menyempurnakan hijratul-Rasul - aiyyuhannas, afsyussalam - wahai manusia - sebarkanlah salam.

Hari ini umat Islam berpecah parah. Pertelingkahan kerana perbezaan mazhab, politik, kaum, etnik, dan pelbagai kepentingan menyebabkan kita menjadi lemah dan musuh mengambil kesempatan.

Apabila ada umat Islam sendiri meredhakan kristian mengguna kalimah Allah sebagai tuhan triniti, apabila umat Islam meredhai arak diminum secara berleluasa di tempat awam, apabila umat Islam melebihkan gereja daripada masjid, apabila umat Islam lebih seronok membelai dan berpelukan dengan anjing daripada bermesra sesama Islam - bermakna KPI umat Islam menurut Al-Quran dan Sunnah sudah sampai ke tahap kronik!

Sempena 1436 Hijrah ini, marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, memperkukuhkan ukhwah, kesatuan dan perpaduan kita dengan mengamalkan perkara yang begitu mudah - amalkan memberi salam kepada sesiapa sahaja umat Islam yang kita temui.

Apabila amalan memberi dan menjawab salam ini sudah meluas diamalkan dikalangan umat Islam, lihatlah nanti bagaimana mukjizat salam akan membawa kesan menyatupadukan umat Islam insya Allah.

SATU UMAT - AQIDAH DIUTAMAKAN, SYARIAH DIDAULATKAN

HIJRAH PENCETUS UKHWAH PERPADUAN

Wallahua'lam dan Wassalam.

Tunggulah Kemusnahan Bila Memilih Pemimpin Yang Tidak Amanah

Mengambil bahagian dalam politik adalah satu tindakan yang mulia dan berfaedah sekiranya penglibatan ini diniatkan untuk mencari keredaan Allah SWT. Bergiat dalam politik untuk menerajui kuasa pemerintahan sepatutnya dijadikan sebagai landasan untuk seseorang itu melaksanakan amanah bagi membawa rahmat ke seluruh alam. Surah al-Anbia' ayat 107 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW, serta para Nabi dan Rasul yang lain, diamanahkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Oleh itu, setiap orang yang beriman wajiblah mencontohi para rasul melaksanakan amanah ini demi kesejahteraan alam.

Politik atau dikenali Siyasah dalam bahasa Arab adalah ilmu pengetahuan berkaitan cara pemerintahan. Dalam Mu'jam al-Wajiz, Siyasah bermaksud mentadbir sesuatu perkara dengan baik atau pemerintah mentadbir urusan rakyat dengan penuh amanah. Apabila politik dilandaskan kepada Islam ia dinamakan politik Islami atau Siyasah Syariyah. Menurut para fuqaha, Siyasah Syariyah diertikan suatu "tindakan pemerintah menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak". Ringkasnya, Politik Islami merangkumi ilmu-ilmu berkaitan sistem, peraturan dan undang-undang yang diperlukan untuk mengurus sesebuah negara bertepatan dengan asas-asas agama bagi menjamin pencapaian kemaslahatan kepada manusia, menunaikan segala keperluan mereka dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan dunia dan akhirat.

Seseorang yang berhasrat untuk bergiat aktif dalam politik perlu membetulkan niatnya terlebih dahulu supaya tidak dipengaruhi oleh kepentingan dan kemewahan dunia samata-mata. Tujuan utama seseorang itu melibatkan diri dalam politik adalah untuk melaksanakan maqasid syar'iyyah bagi membawa kebaikan (maslahat) dan menghilangkan kemudaratan (mafasid) kepada manusia. Melaksanakan maqasid syar'iyyah bererti menjaga dan memelihara lima perkara utama kesucian agama; keselamatan nyawa; kemurnian dan kewarasan akal; kehormatan keturunan dan maruah diri; dan pemilikan harta benda. Oleh kerana itu, politik yang mendasari Islam sebagai rujukan adalah amat dituntut. Tingkah laku dan pandangan sesorang pemimpin yang adil mestilah terikat dengan kerangka maqasid syar'iyyah.

Memandangkan syariat Islam merangkumi semua perkara berkaitan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam perhubungan sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah seperti halal, haram, wajib, sunat dan harus, maka syariat ini tidak akan dapat ditegakkan dalam kehidupan manusia melainkan adanya kuasa pemerintahan Islami. Di sinilah wujudnya keperluan dan kepentingan kuasa politik Islami untuk melaksanakan maqasid syar'iyyah.

Dalam konteks sebuah negara bercirikan Islam seperti Malaysia, urusan pemerintahan haruslah selari dengan ciri-ciri Islam yang ada di dalam negara ini. Walaupun Islam adalah agama rasmi Persekutuan, perlembagaan tidak menyekat penganut agama lain mengerjakan ibadat mereka. Ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina agama-agama lain. Oleh sebab sifatnya yang sejagat, syariat Islam diturunkan untuk semua manusia, tempat dan masa. Ia mampu memenuhi keperluan manusia dan tidak menyusahkan dan menghalang manusia mencapai kemajuan.

Corak pemerintahan negara perlu dipandu dengan syariat Islam. Ahli politik harus memahami bahawa agama Islam adalah pegangan majoriti penduduk di negara ini dan setiap rakyatnya juga dipandu dengan semangat Rukun Negara yang menekankan aspek kerohanian. Maka agak jangal sekiranya negara ini diurus-tadbir mengikut pandangan sekularisme. Sudah tentu akan berlaku banyak konflik dalam kalangan rakyat sekiranya rujukan Islam dipinggirkan. Oleh sebab itu, keharmonian dalam negara perlu dijaga dengan tidak membakar sentimen agama yang boleh menyebabkan pergaduhan dan perpecahan.

Matlamat utama institusi pemerintahan diwujudkan adalah untuk menegakkan keadilan kepada semua rakyat. Wujudnya ketidakadilan dalam sistem pemerintahan dan masyarakat adalah kerana agama dipinggirkan daripada kehidupan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kepada Allah SWT kerana sikap dan tahap penerimaan rakyat dengan apa yang sudah kita miliki pada masa ini tidak kita sia-siakan. Walaupun sistem pemerintahan merangkumi undang-undang, ekonomi and sosio-politik dalam negara ini sebahagiannya diwarisi daripada penjajah, tidak semestinya kita menolak semuanya kerana kita diberikan kelonggaran dan keupayaan untuk memurnikan sistem tersebut selaras dengan kehendak dan semangat Islam. Pendekatan pemurnian sebegini adalah jauh lebih baik daripada melakukan revolusi.

Seperti mana yang disebut tadi, para ahli politik harus menyakini bahawa pemerintahan yang berlandaskan Islam menjamin keadilan kepada semua. Oleh itu, setiap pemimpin politik yang menentukan dan mempengaruhi hala tuju pembentukan dasar negara harus ingat bahawa tanggungjawab yang telah diamanahkan wajib dilaksanakan. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini bukan sahaja dimurkai Allah SWT, bahkan menyekat keadilan serta membawa manusia kepada kezaliman. Bertepatan dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud "Apabila dikhianati amanah maka tunggulah kiamat. Lalu ditanya, ‘wahai Rasulullah bagaimanakah mengkhianatinya?', sabda baginda: Apabila diserahkan kepimpinan bukan kepada ahlinya maka tunggulah kiamat". Pemimpin yang dilantik hendaklah meletakkan tanggungjawab menegakkan keadilan sebagai agenda utama dalam hidup mereka. Di antara tanggunjawab ini adalah seperti berikut;

1. Berlaku adil dan memelihara keadilan sesama manusia,
2. Bermusyawarah untuk mendapatkan jalan terbaik menyelesaikan sesuatu masalah itu,
3. Memelihara hak-hak persamaan manusia,
4. Membawa rahmat kepada manusia,
5. Melarang melakukan kemusnahan,
6. Menunaikan amanah dan janji,
7. Menjaga asas-asas hubungan luar negara.

Inilah di antara sebahagian tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin politik demi menegakkan keadilan kepada semua. Keadilan Islam juga dapat dilihat dalam konteks rasional hukuman jenayah yang terkandung dalam al-Quran. Terdapat lima kategori jenayah yang pelaksanaan hukumannya adalah jelas contohnya, jenayah hirabah (pemberontakkan); membunuh dengan sengaja tanpa hak atau tak sengaja; menuduh orang-orang beriman melakukan zina; jenayah berzina dan mencuri. Selainnya daripada ini terpulang kepada pemerintah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya memandangkan terdapatnya perbezaan keperluan antara satu tempat dengan tempat yang lain dan juga peredaran masa.

Oleh yang sedemikian, bergelar ahli politik atupun Yang Berhormat Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Ahli Dewan Negara bukan sahaja satu keistimewaan kepada seseorang itu, malah satu beban tanggungjawab yang besar yang harus dipikul untuk menegakkan keadilan. Kemampuan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini memerlukan sesorang itu memiliki sikap amanah dan jujur serta tahap kelayakan yang tinggi. Sekiranya kelayakan dari segi fahaman agama, akal, sikap dan kudratnya tidak dimiliki, dengan mudah mereka akan terpesong dengan naluri kerakusan kuasa dan kekayaan yang suatu hari nanti memakan dirinya sendiri.

Menyongsang Pada 2015.

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.’

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)


Wednesday, October 22, 2014

Tak boleh bukti kerana ia hanyalah besi

Your browser doesn't support the video tag

Tapi kann.., apa lah sangat kita nak heran dengan video-video macam ni. Dah ramai rasanya orang-orang ternama didalam negara kita yang pernah terlibat dengan penyebaran video skandal seks di bilik tidur..

Yang paling awal adalah Chua Soi Lek.. Kemudiannya Anwar Ibrahim serta Azmin Ali.. Dan tak ketinggalan juga Mustapha Ali Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia.. Semua ada video sama ada tengah ringan-ringan ataupun tengah "buat projek" dengan pasangan masing-masing..

Dan jawapan skema yang diberikan selepas tersebarnya video terbabit adalah.., "muka macam saya.., tapi itu bukan saya..." Tak pun akan keluar jawapan..., "video tersebut tak boleh dijadikan bukti kerana ia hanyalah besi.." Ataupun jawapan macam ni..., " Itu semua fitnah bagi menjatuhkan karier dan imej saya.."

Apapun.., seks dan manusia adalah lumrah dan tak ada sesiapa pun mampu jangka bagaimana gilanya nafsu seseorang tu.. Ada pernah keluar berita atuk rogol cucu.., nenek 70 tahun kena rogol dalam kebun getah..., dan juga OKU kena rogol dengan remaja.. Tak gila ke semua benda tu hanya kerana nafsu..

Jadi apa nak heran dengan video-video macam ni.. Kalau betul pun apa yang kita boleh buat kecuali kutuk si pelaku secara berjemaah.. Dan kalau tak betul pun apa yang boleh kita cakap selain kutuk juga si pembuat video secara berjemaah lagi...

Kesimpulannya.., tengok saja lah dan ambik ikhtibar dari apa yang berlaku.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Sunday, October 19, 2014

Kau tau tenterara mana?

Sebuah Laman sosial Listen Original pada 31 mei lepas mempersoalkan beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa anggota tentera yang tidak diketahui daripada negara mana menikmati makanan di dalam hutan.

Menurut facebook berkenaan, ia mendakwa anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia dan dilihat menjalani latihan memakan benda 'haram' sebagai latihan ketika darurat.

Gambar itu dikatakan dipaparkan pada mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara untuk menangkap, memasak serta memakan.


"Antara binatang yang kelihatan ialah monyet, katak dan beberapa binatang liar yang lain," katanya.

Di status facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yang terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.

"Adakah ini latihan untuk menghadapi status darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak.

"Dr Mashita dalam ruang soal jawab akhbar harian Metro bertarikh 19 jun 2005 mengatakan, dalam keadaan biasa memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan," katanya.

Selepas puas memberikan soalan berbaur prpvokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang dikatakan haram.

"Apakah perlu dilatih memakan benda seperti ini dalam keadaan darurat atau keadaan terpaksa? Bagaiman pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan? kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?

Friday, October 17, 2014

Harga internet perlu diturunkan di malaysia

PIKOMHarga langganan internet merupakan salah satu perkara yang sering dirungut oleh para pengguna, dan kini dilihat pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) turut menekankan perkara sama.

PIKOM dipetik mengatakan yang mana harga langganan internet di Malaysia perlu diturunkan, memandangkan akses internet telah menjadi salah satu keperluan masyarkat pada masa kini.

Pada masa yang sama, PIKOM turut mengatakan yang mana kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan, memandangkan ramai pengguna mengatakan yang mana mereka tidak mendapat perkhidmatan selari dengan harga yang dibayar mereka.

Secara kasarnya, harga purata jalur-lebar dan langganan internet yang dibayar adalah sekitar RM79 ke RM133, yang mana boleh dikatakan agak mahal berbanding beberapa negara lain.

Bagi kami sendiri, yuran langganan yang dibayar boleh dikatakan agak mahal, berbanding dengan penawaran yang diterima. Walaupun terdapat beberapa penyedia seperti ABNxcess dan Symphonet yang menyediakan langganan pada harga murah, namun ia dilihat mereka tidak menawarkan perkhidmatan secara meluas, dan terdapat beberapa pengguna yang mempertikaikan kualiti perkhidmatan mereka.

Harga langganan yang rendah juga dilihat akan membolehkan lebih ramai pengguna baru untuk melanggan dan mempunyai akses internet, sekaligus mempertingkatkan industri digital di Malaysia.

Status terbaharu Vivian Lee yang dilihat melahirkan kekecewaan terhadap Alvin Tan - Gambar Facebook

Penulis blog lucah, Vivian Lee 'pasrah' ditinggalkan kekasihnya yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook, Vivian turut menyifatkan Alvin sudah melupakannya selain tidak bersimpati terhadap nasib yang menimpanya di sini.

"Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar.

"Kamu menjadi seolah-olah lupa diri dengan dunia baru di sana. Kebimbangan saya sebelum ini seperti sia-sia sahaja kini," katanya.

Jelas Vivian, penderitaan yang dihadapi sejak Alvin meninggalkan negara juga seolah-olah tidak dihargai Alvin sendiri.

"Hubungan kita berakhir kini. Kamu terlalu melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya," jelasnya.





Status terbaharu Vivian Lee yang dilihat melahirkan kekecewaan terhadap Alvin Tan - Gambar Facebook


Polis sebelum ini menyiasat Alvin di bawah Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataan terhadap beberapa pemimpin negara di Facebook baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua Alvin disiasat di bawah akta yang sama selepas dia dan Vivian mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan tahun lepas.

Alvin kemudian dilapor menghilangkan diri selain difahamkan berada di Singapura sebelum ke AS.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yakin lelaki itu akan pulang ke Malaysia kerana dia tidak akan membiarkan teman wanitanya berseorangan menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.

Alvin sebelum ini dilapor menuduh Vivian, di dalam laman Facebook, terlibat dengan penawaran khidmat seks.

Tuduhan itu mendapat pelbagai maklum balas daripada beberapa pengguna laman sosial itu yang menyifatkan tindakan meninggalkan Alvin adalah yang terbaik buat Vivian.

Antara alasan diberi pengguna Facebook adalah, Vivian tidak harus menghabiskan masa dengan melayan perangai Alvin yang tidak pernah menghargainya.

Vivian turut dinasihat belajar daripada kesalahan dan tidak mengulangi kesilapan pada masa hadapan.

Pada 13 Jun lepas, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin kerana gagal hadir untuk mengembalikan semula pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan bagi tujuan melakukan penggambaran di Singapura.

Alvin juga gagal hadir ke mahkamah ketika kesnya disebut pada 18 Julai.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 setelah memuat naik satu penerbitan bersifat kontroversi di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.



Orang Sudah Naik Menyampah Lah tu

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempelak dalam cubaan mengheret rakyat sekali lagi dalam keputusan kes liwatnya sepertimana yang dilakukan pada 1998.

Terbaru, Aktivis Pro-Pembangkang Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menggesa Anwar untuk bersara dan berhenti untuk melibatkan rakyat bagi membantah keputusan rayuan terakhirnya di Istana Kehakiman Putrajaya, 28 dan 29 Oktober ini.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yangh tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu," kata aktivis LENSA, Ekhsan Bukharee.

Beliau turut menyoal seberapa kerap rakyat perlu dipergunakan setiap kali Anwar menghadapi kes di Mahkamah.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," katanya yang dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini, Anwar turut dikecam di laman sosial Facebooknya apabila beliau memuat naik poster menjemput rakyat bersoladiriti di Istana Kehakiman pada hari keputusan rayuan tersebut.

Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan Anwar dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya tidak lagi menggunakan modus operandi yang sama.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, October 16, 2014

RAKYAT BUAT SERANG FACEBOOK ANWAR

Sesuatu yang menarik telah berlaku semalam di laman Facebook milik Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila post beliau yang mengajak rakyat turun berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini dengan tema Rakyat Hakim Negara tidak mendapat sokongan.

Tidak seperti zaman reformasi pada 1998, penyokong-penyokong Anwar pantang dicuit, akan bermati-matian membela idola mereka dengan pelbagai hujah. Namun kini sebaliknya berlaku.

Bertambah menarik, penyokong-penyokong beliau sendiri dengan lantang menyuarakan pandangan mereka yang mahukan isu ini diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu mengheret rakyat. Membuang masa dan tenaga semata-mata mempertahankan masalah peribadi beliau.

Sendiri buat sendiri tanggung. Kes yang telah berlarutan sekian lama membuatkan penyokong beliau sendiri meluat dengan sikap cakap tak serupa bikin dan jelas menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar takut kerana salah. Mudah nak hadam apa sebenarnya yang Anwar takutkan.

Satu fenomena baru. Anwar tidak lagi menerima sokongan seperti sebelumnya. Penyokong beliau semakin sedar, untuk memilih seorang pemimpin, kualiti moral amat dititik beratkan apatah lagi Malaysia sememangnya diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah Negara Islam.



Wednesday, October 1, 2014

Punca mata wang malaysia turun

Punca Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh. Ahli Ekonomi Ramal Kadar BLR Terkini Tidak Bertahan Akan Lama!

Nampaknya Ringgit malaysia kita sekali berada dalam keadaan pada ketika ini. Yang mana pakar dan penganalisis ekonomi sudah mula memerhati daripada dekat nilai ringgit Malaysia ini akan terus menunjukkan trend kejatuhan bermula pada 22 September yang lalu sekaligus menyebabkan nilai bon terus meningkat. Apa punca kenaikan ringgit Malaysia yang berlaku sekarang ini?

Jikalau ada yang teliti perjalanan Bank Negara baru-baru, di mana BNM baru sahaja selesaikan mengadakan dasar Monetari baru-baru ini.

Akhir daripada keputusan mesyuarat dasar Monetari pada 18 september 2014 yang lalu memutuskan untuk mengekalkan Kadar dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3.25 peratus sekaligus kadar BLR peminjam-peminjam di Malaysia tidak berubah yang mana keputusan Bank Negara telah pun diramal tepat oleh 11 pakar ekonomi daripada 21 ahli ekonomi yang dilakukan kajian oleh Bloomberg. Impaknya….

Kadar Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Jatuh : Faktor & Sebab Penurunan?

Melihatkan pertumbuhan eksport mula perlahan sekurang-kurangnya selama satu tahun berdasarkan data Julai tahun 2014 ini
Inflasi Malaysia sudah hampir kepada paras tertinggi pada tempoh 3 tahun terakhir ini berdasarkan data Ogos 2014
Hutang isi rumah di Malaysia tertinggi di Asia
Akhirnya, natijahnya kita boleh lihat penurunan nilai Ringgit Malaysia pada ketika ini Tambahannya, anda boleh semak paparan yang Berita Semasa lampirkan di bawah laporan berita ini ringgit malaysia

Kadar Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Jatuh VS Kadar BLR?

Walaubagaimanpun, kalangan ahli ekonomi menganggap keputusan Bank Negara tidak akan bertahan lama apabila sekali akan bersidang pada 6 November 2014 ini. Di mana berdasarkan semakan Berita Semasa setakat ini :

ING Groep NIV meramalkan yang mana Bank Negara akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata sekaligus bank di Malaysia akan mengumumkan kenaikan BLR naik akhir 2014 kelak
Manakala Credit Agricole CIB pula masih berpendapat yang mana BNM akan mengekalkan kos pinjaman sediaada yang mana tidak berlaku kenaikan OPR

P/S : Walaubagaimanapun kadar inflasi di Malaysia 2015 dijangka akan terus melonjak. Berapa kenaikan? Sama-sama kita nantikan dan lebih bersedia daripada sekarang. Mulakan menabung dan menyimpan.

PAS TELANJANGKAN PEKUNG BUSUK HANYIR DAP !


Akhirnya, parti PAS bersuara tentang kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang. Walau pun agak terlambat dan sekadar retorik politik tetapi pendedahan di bawah semestinya telah memeningkan dan memalukan Lim Guan Eng DAP.

Beginikah cara pentadbiran kerajaan DAP yang bukan sahaja memalukan tetapi membuka pekung DAP yang sangat hanyir? 
PAS Pulau Pinang berkata tidak ada respons diterima daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap memorandum yang dihantar oleh PAS mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli majlis Iszuree Ibrahim di muktamar parti itu.

Setiausaha PAS Negeri Fadzil Kemi berkata memorandum itu dihantar kepada Lim pada bulan Julai, tetapi tidak ada jawapan dari KM. seterusnya Anda baca juga laporan di bawah :

Pengerusi Biro Tanah PAS Mazlan Aliman mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu.

Katanya, itulahyang membawa kepada ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di muktamar PAS di Batu Pahat pada 19 September.

Sebagai menyokong dakwaannya itu, Mazlan (kiri dalam gambar) memetik kes Kg Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas. 


Mazlan berkata pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut.Mazlan menunjukkan surat tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media di Pulau Pinang. seterusnya

Jika begini ceritanya, adalah tidak benar bahawa PAS tidak menggunakan saluran yang betul atau tidak membangkitkan itu itu secara dalaman terlebih dahulu, sebelum menimbulkannya secara terbuka seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.


Sehingga hari ini, katanya, mereka masih tidak dapat bertemu dengan Lim.

Oleh itu, perkara tersebut telah dibawa ke muktamar, katanya, sambil menegaskan bahawa DAP dan PKR juga mempunyai kongres tahunan masing-masing di mana mereka membangkingkan masalah rakyat.
Jadi mengapa PAS tidak boleh PAS berbuat demikian, tanya Mazlan.
Mazlan, bagaimanapun, mengakui bahawa pemimpin parti telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Rashid Hasnon, bekas TKM Datuk Mansor Othman dan seorang ahli Exco negeri Abdul Malik Kassim untuk membincangkan isu 'Tanah wakaf. 


Beliau mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mengambil ringan isu pengusiran itu kerana penduduk kampung Melayu tidak mempunyai perumahan alternatif apabila mereka dikeluarkan dari tanah mereka.

Tetapi, kata Mazlan, bukan tanah persendirian sahaja yang berhadapan dengan masalah pengusiran.
Beliau memetik kes Kg Selut di Sg Pinang di mana penduduk menghadapi pengusiran dari tanah kerajaan negeri.
"Jadi apa peranan kerajaan negeri di sini?" soalnya. seterusnya
Beranikah Lim Guan Eng DAP memberi respons kepada pendedahan yang memalukan beliau itu atau beliau buat-buat tidak tahu dan zip mulut beliau kerana beliau memang bersalah?

Malah, isu tanah Melayu yang tidak mahu dilayan oleh DAP ini akan mengguatkan lagi persepsi rakyat yang menganggap parti itu adalah parti chauvinis rasis.

Ironinya, jika kita perhatikan, anak Lim Kit Siang DAP ini begitu cepat memberi respons jika isu itu menguntungkan political mileage beliau tetapi beliau akan berdolak-dalih atau tutup mulut jika isu itu mempertikai kredibiliti beliau.

Dan sungguh memalukan apabila suara PAS tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Isu ini merupakan beberapa episod penghinaan parti DAP kepada parti PAS. Sebelum ini, DAP Sarawak telah 'meludah' PAS dengan tidak mahu berkerjasama lagi dengan parti PAS.

Sebelum ini juga, parti PAS disisih, dimalukan dan dibiarkan berseorangan di PRK Pengkalan Kubor. Dan apabila kalah, parti DAP sanggup menyindir kekalahan PAS di sana.

Begitu juga dengan tindakan kurang ajar DAP yang mengangkat 2 'barua' PAS sebagai 'wira' walau pun parti PAS telah menganggap mereka sebagai pengkhianat parti.

Persoalannya, berapa lama lagi parti PAS sanggup dihina dan 'diludah' terang-terangan oleh parti DAP dan PKR?

Di manakah tinggal maruah parti PAS?

BLOGER PORNO ALVIN TAN BUAT KACAU LAGI ...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat aduan kepada Facebook meminta akaun milik blogger seks kontroversi Alvin Tan ditutup.

Dalam posting di media sosial itu semalam, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi bekata kandungan dimuatnaik Tan perlu dikeluarkan kerana ia melanggar terma dan syarat perkhidmatan.

"Kami mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab Alvin Tan di FB dan merasakan ianya perbuatan yang tidak wajar.

"Kami juga membuat aduan kepada FB dan meminta agar kandungan berkenaan segera dikeluarkan daripada FB kerana kami percaya ianya melanggar terma dan syarat perkhidmatan mereka," katanya.
SKMM juga mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi bahan sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam Facebook.

Tan, yang ketika ini menghadapi tuduhan jenayah susulan ucapan kontroversi Ramadan di Facebook, dikatakan berada di Amerika Syarikat dalam usaha mendapatkan suaka politik.

Bekas pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) itu melanggar syarat jaminannya apabila dia menghilangkan diri selepas berkata hendak pergi ke Singapura atas urusan kerja, menyebabkan namanya dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol.

Selepas mendiamkan diri seketika, Tan muncul di laman media sosial baru-baru ini memaklumkan beliau di California, Amerika Syarikat dan merancangan mendapatkan suaka politik di negara itu.

Tan memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini keputusannya meninggalkan negara ini kerana lari dari "kezaliman" kerajaan Malaysia dan "kejahilan" rakyat Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berikrar akan mencari Tan "hingga ke lubang cacing".

Setakat ini, posting SKMM itu menerima 373 "likes" dan beberapa komen dari pengguna Facebook.

"Sokong SKMM. Bagi orang lain, jgn kaitkan dgn kaum! Yg suka fitnah dan racist hari pembalasan menunggu di hadapan anda," tulis Lee Pei Ren.

Sementara Hanz Izham IV berkata: "Puak mana yang suka sangat menghina? Fikir-fikirkanlah."

"Langkah terbaik perlu untuk pastikan keharmonian kaum," kata Nordeen Deen manakala Goriati Usman menulis: "Good job SKMM... Alvin memang psycho!!!!" – 2 Oktober, 2014.
Hairan kerana dimanakah suara Ambiga tentang keceluparan budak mulut celupar ini?