Wednesday, April 30, 2014

Lampu hijau untuk perhimpunan, bukan untuk perarakan ...!!!

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah memberi ‘lampu hijau’ ke atas perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan diadakan di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad hari ini, namun tidak ke atas perarakan ke tempat tersebut.

Pihak penganjur berkata, 10 ribu orang akan menyertai perhimpunan ini dan mula berjalan dari beberapa tempat sekitar ibu negara ke Jalan Raja dekat Dataran Merdeka.

“Apa-apa perarakan adalah tidak dibenarkan dan ia salah di sisi undang-undang. Jika mahu berhimpun pergi terus ke lokasi Jalan Raja. Protes jalanan adalah kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kita tidak membenarkannya” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

“Peserta diminta tidak menganggu orang awam atau menyesakkan jalan raya. Bukan semua sukakan perkara begini, jadi diminta mereka menghormati ketenteraman awam,” tambah beliau lagi.

Peserta dijangka akan membuat perarakan di empat kawasan iaitu KLCC, Pasar Raya Sogo, Masjid Negara, Dataran Maybank (Pudu) pada pukul 2 petang sebelum bergerak ke lokasi di hadapan Dataran Merdeka.

Pihak berkuasa sebelum ini menutup Dataran Merdeka kerana ia sedang menjalani proses pengubahsuaian.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.

Zainuddin ketika dihubungi Astro AWANI berkata, Jalan Raja akan ditutup hari ini dan boleh memuatkan sehingga 15,000 sehingga 18,000 orang dan peserta diminta tidak berpindah ke kawasan lain.

“Penahanan akan dibuat sekiranya perkara seperti membawa senjata,  pemberontakan atau  apa saja yang melanggar undang-undang dan bukan kerana menyertai perhimpunan tersebut” kataZainuddin lagi.

Sementara itu Ketua Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan mewakili 95 badan NGO yang menganjurkan perhimpunan ini berkata, mereka mengharapkan agar orang awam hadir beramai-ramai.

“Tahun ini kita akan memberi tumpuan kepada penghapusan GST.

“GST hanya boleh diimplementasikan sekiranya kita melaksanakan penddidikan percuma, khidmat kesihatan percuma dan rakyat berpendapatan tinggi. Tanpa ini semua, bagaimana?” kata Arutchelvan.

Katanya lagi, 70% golongan berpendapatan rendah akan terkesan teruk sekiranya kerajaan meneruskan hasrat melaksanakan GST.

Naib Presiden Pakatan Rakyat, Tian Chua berharap agar perhimpunan ini akan diingati sebagai hari di mana rakyat mahukan ekonomi yang lebih baik.

“Saya harap perhimpunan ini diingati sebagai hari di mana rakyat bersatu untuk meluahkan hasrat mahukan ekonomi diuruskan dengan lebih baik” kata Tian.

Tian juga menegaskan bahawa GST bukan jawapan untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah korupsi. 

Merah adalah warna rasmi dalam perhimpunan tersebut dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat  dijangka hadir sama termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu.



BN lebih baik daripada DAP ?..!!!

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) merangkap ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran berkata pihak pembangkang datang ke kawasan luar bandar untuk mengapi-apikan masyarakat di rumah-rumah panjang dengan pelbagai janji kosong dan helah.

Baru-baru ini DAP dalam kempen mereka, mahu menyediakan kemudahan air untuk penduduk di Lubok Nibong dengan mendapatkan bekalan terus dari air terjun yang berhampiran namun dengan gotong-royong semua penduduk.

Tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) pula menyediakan kemudahan tangki penapis air 1Malaysia yang dinamakan 1Malaysia Life Saver yang mengandungi penapis dan ia lebih bersih serta bermakna dan sesuai untuk terus diminum.

Kerajaan BN memang suka dan mahu rakyatnya minum dan mengambil air bersih yang sudah ditapis dengan baik serta dapat diminum serta-merta.

Justeru saya memohon kepada masyarakat kita di sini supaya jangan terlalu dekat dan terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang dengan pelbagai taktik daripada mereka.

Entri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rasmi Tangki Penapis Air 1Malaysia di Rumah Baran Abong di Lubok Nibong kira-kira 35 kilometer dari sini kelmarin.

Dalam pada itu sebanyak 35 rumah panjang kaum Iban di Poyut/Lubok Nibong telah diagihkan dengan tangki air tersebut oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Di Telang Usan sahaja kerajaan telah mengagihkan tangki tersebut kepada 135 rumah panjang manakala di kawasan Marudi sebanyak 80 rumah panjang sudah menerima bantuan itu dan pemberian tersebut akan diteruskan.

Entri yang juga Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) dan ADUN Marudi memberitahu bahawa kehadiran beliau di situ adalah untuk merasmikan penyerahan tangki air tersebut dan pengagihannya akan diteruskan sehingga semua rumah panjang di kawasan beliau diagihkan.

Pada majlis tersebut, Entri dan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau turut meluluskan peruntukan kerajaan berjumlah RM13,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Baran, RM10,000 untuk Unit SIDS Rumah Baran dan RM100,000 lagi untuk pembinaan tempat letak kereta di hadapan rumah panjang tersebut.

Fitnah pakatan yang membuak....!!!

Kedatangan Obama ke Malaysia sebenarnya Kerambit tak merasa sedikit pun teruja , malah memikirkan apakah muslihat disebalik kedatangan Obama ke negara Asean seperti Malaysia.

Namun kita sebagai rakyat malaysia seharusnya bangga kerna kita mempunyai sebuah negara yang berdaya saing dan  nilai murni dalam diri setiap rakyat Malaysia, sudah pasti banyak negara luar tertarik untuk datang melihat sendiri keindahan semula jadi dan pembangunan di negara kita.

EMPAYAR MELAYU AKAN PUPUS


                               

Tiba-tiba terdetik di hati apabila melihat satu gambar (dibawah) terpampang di mata Ibnu. Sayu hati ini melihat keadaan sebuah negara yang mewah, aman dan serba serbinya lengkap tetapi akhirnya tumbang akibat hasutan dan permainan saraf anasir-anasir luar kepada rakyat negara itu.


                                        

Terpanggil rasanya Ibnu untuk menulis setelah sekian lama mendiamkan diri bila melihat rakyat di negara ini sudah mula menghadam setiap hasutan dan permainan saraf yang didalangi oleh anasir luar dan dimainkan oleh sesetengah pemimpin negara ini.

Dengan permainan kenaikan harga barangan keperluan dan barangan BUKAN keperluan, dengan permainan akidahnya, dengan permainan perkaumannya, semua ini menjurus kepada satu keadaan dimana negara berkemungkinan terpaksa menelan kenyataan "kita bakal lalui sepertimana gambar diatas".

Sejenak Ibnu menarik perhatian pembaca, Libya, dibawah pemerintahan diktator (kononnya) berjaya mengubah lanskap sebuah negara yang tandus menjadi sebuah negara yang subur dan kaya. Dengan bermodalkan bahan api iaitu minyak, beliau berjaya membawa Libya ke mata dunia.

Pada mulanya permainan saraf dimainkan hanya untuk memburukkan Presidennya iaitu Muammar Gaddafi (Allahyarham) dengan mengaitkan beliau dengan keganasan antarabangsa. Tapi nampaknya, rancangan itu tidak sesempurna yang dirancangkan maka diubah pula strategi dengan menghasut rakyat agar membenci pemerintah.

Nah! Hasilnya bersamaan 21hb Ogos 2011, pemerintahan Gaddafi tumbang oleh gerakan pemberontakan rakyatnya.

Tetapi apa yang Ibnu hendak tekankan disini adalah apa sudah jadi Libya selepas itu dan apakah relevannya keadaan disana dengan negara kita?

                  

Sudah menjadi adat, tiada satupun peperangan samada diserang dari luar ataupun dari dalam, negara itu akan mengalami proses damai sesegera yang mungkin. Ekonomi merundum, politik tidak stabil dan sudah pastinya pembangunan infrastuktur sudah hancur luluh dek bedilan mortar.

Mungkin ada dikalangan rakyat kita mahukan sedemikian. Hanya terhadam hasutan murahan sesetengah pemimpin maka mereka cuai dan lupa akan sejarah sahih apa yang berlaku di Libya. Itu tidak termasuk di Iraq, Syria, Palestin dan lain-lain negara yang terlibat dengan kancah peperangan.

Demi dendam, demi ketidakmatangan politik dan demi kedunguan maka sanggup mereka turun berdemo untuk menjatuhkan pemerintahan sah sekarang. Pada hal, mereka mempunyai peluang iaitu setiap 5 tahun maka pilihlah kerajaan mana yang sesuai. Tidak perlu budaya yang bisa memporak perandakan negara sehingga terpaksa mengambil tempoh yang panjang untuk membaikinya semula.

                        

Itulah salah satu permainan saraf pihak-pihak anasir luar yang mahu merobek kestabilan ekonomi dan politik negara ini. Mempergunakan apa sahaja peluang yang ada demi untuk melihat empayar Malaysia tumbang maka dengan secara tidak rasminya empayar Melayu terakhir didunia akan pupus di telan zaman.

Wallahualam...

Majlis Syura Ulama berhak tentukan kedudukan Pas

Majlis Syura Ulama Pas mempunyai kuasa menentukan kedudukan parti itu sama ada untuk terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya, jika cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan terus ditentang sekutunya, PKR dan DAP.

Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata ini kerana penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang mempunyai enam syarat termasuk tiada halangan daripada mana-mana pihak untuk Pas meneruskan agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Katanya, syarat-syarat itu termaktub dalam Kertas Kerja Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh, dan diterima pakai oleh Majlis Syura Ulama Pas pada 10 Okt 2010.

"Antara syarat lain ialah memastikan kedudukan orang Islam tidak tergugat dan Pas boleh terus melaksanakan syariat Islam.

"Selain itu, Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah (kepentingan dan keburukan politik) dari semasa ke semasa untuk mengkaji semula dan seterusnya menarik balik penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Kamarul berkata berdasarkan kepada sejarah, Pasa pernah keluar daripada  pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) pada tahun 2001 dan adalah tidak mustahil jika ia berulang jika DAP terus menentang pelaksanaan undang-undang Islam.

Katanya semasa pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai presiden, parti, Pas telah menyatakan persetujuannya bahawa Pas tetap mengekalkan dasar perjuangan bagi menegakkan negara Islam dan prinsip itu akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan DAP dalam pakatan BA.

"Akibat ketegasan Pas mempertahankan prinsipnya pada waktu itu, maka Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pun memutuskan penarikan diri DAP daripada BA mulai 22 Sept 2001," katanya.    

Beliau berkata Pas perlu mengikuti ketetapan Majlis Syura Ulama yang mengenakan syarat penyertaan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Suara Pondok Kelantan, Mohd Shamsul Mohd Yusuf al-Hafiz berkata Pas Kelantan perlu tegas dengan pendiriannya untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai pelaksanaan Hudud di Dewan Rakyat bagi penyatuan Islam dan orang Melayu.

Mohd Shamsul berkata walaupun mendapat tentangan sekutu mereka daripada DAP dan PKR, agenda melaksanakan Hudud perlu diteruskan kerana ia janji yang dibuat Pas sejak memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas.   

"Walaupun tindakan itu mungkin menyebabkan Pas 'ditendang' keluar daripada menganggotai pakatan pembangkang selepas ini, namun ia akan memberi impak positif kepada penyatuan Islam dan orang Melayu. 

"Ramai (orang Melayu dan Islam) yang menyokong pelaksanaan undang-undang Islam  itu," katanya.

Isu pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan negeri Kelantan, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan Hudud, di Dewan Rakyat Jun ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata pembentangan rang undang-undang Hudud itu, bagi mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Namun, hasrat Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu ditentang oleh sekutunya, DAP, yang menegaskan bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan Pas-DAP-PKR. - Bernama

Tuesday, April 29, 2014

BONGKAR..!!!

Kenapa Tidak Ada Tindakan Undang-Undang Terhadap Sam Ketot Yang Ada 72 Saman Trafik Tidak Berbayar.

Pada hari kejadian yang membunuh Karpal Singh, para pecacai Pakatan Rakyat cuba mengalihkan kesalahan melanggar oleh pemandu Karpal Singh yang juga merupakan warganegara India, kepada pemandu lori yang kenderaannya dilanggar dari belakang dan di lorong sebelah kiri Lebuhraya PLUS. Cubaan mengaitkan ujian atau saringan pertama air kencing pemandu tersebut yang dikesan ganja, bagaimanapun tidak dapat mengaburi atau menutup jumlah saman yang membabitkan kenderaan Karpal Singh yang musnah itu.

Dilaporkan bahawa terdapat 29 jumlah saman dengan 15 daripadanya belum berbayar. Bagaimanapun, siasatan mendapati terdapat 35 saman trafik tertunggak dengan sebahagian besar saman-saman tersebut adalah PEMANDUAN LAJU.

Itu Karpal Singh yang akhirnya terbunuh dalam kemalangan jalanraya kesan daripada pemanduan yang pastinya tidak mengikut peraturan. Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain?

Daripada siasatan kami, orang yang paling banyak mengutip saman trafik adalah SAM KETOT atau nama sebenarnya SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE BIN MOHD AKIN, bernombor kad pengenalan 741229-04-5273. Bermula dari tarikh 14 Januari 2002 lagi, dia telah melakukan kesalahan lalu lintas iaitu memandu secara melulu di Temerloh. Saman telah dikeluarkan tetapi Sam Ketot tidak menjelaskan saman tersebut.

Kali terakhir mengikut rekod, Sam Ketot melakukan kesalahan lalu lintas pada 24 Februari 2012 di Sabak Bernam, juga atas kesalahan MEMANDU LAJU. Jumlah keseluruhan saman lalu lintas yang dikutip dan tidak dibayar oleh Sam Ketot adalah 72 saman.

Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang turut mengutip saman terbanyak termasuklah Saifuddin Nasution (67 saman), Azmin Ali (50 saman), Chegu Bard (24 saman), Tian Chua (35 saman), Dzulkefly Ahmad (49 saman), Salahuddin Ayub (25 saman), Johari Abdul (19 saman) dan Rafizi Ramli (13 saman).

Bagaimana cukai-cukai jalan kenderaan milik para pemimpin Pakatan Rakyat ini boleh dilepaskan? Bukankah kalau rakyat marhein, jumlah saman yang sebegitu banyak akan membuatkan mereka tersadai dan disenarai hitamkan?

Apakah para pemimpin Pakatan Rakyat cukup kebal dan undang-undang negara ini perlu tunduk kepada mereka?


Dari sumber

Banteras kegiatan subversif kumpulan penganut Kristian

JOHOR BAHRU 27 April - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa pihak berkuasa khususnya jabatan agama Islam negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membanteras kegiatan subversif oleh sekumpulan penganut Kristian yang cuba mempengaruhi anak muda Melayu untuk murtad.

Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, langkah secara agresif wajar dilakukan kerana kumpulan berkenaan menggunakan pelbagai strategi termasuk menyebarkan risalah ajaran Kristian dalam bahasa Melayu yang disifatkan sebagai taktik untuk mempengaruhi dan merosakkan akidah anak muda Melayu di negara ini.

"Selain risalah tersebut, turut membimbangkan adalah kewujudan gereja yang tumbuh bagaikan cendawan, di mana mereka menggunakan premis rumah kedai untuk dijadikan gereja secara berleluasa yang boleh dilihat di banyak taman perumahan.

"Sehubungan ini kami berharap pihak berkuasa khususnya jabatan agama negeri dan PBT terbabit menyemak semula status rumah kedai yang dijadikan gereja.

Kami percaya rumah ibadat itu dijadikan pusat beroperasi doktrin mubaligh Kristian di seluruh negara untuk mengembangkan agama mereka kepada umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan bantahan penyebaran risalah agama Kristian dalam bahasa Melayu kepada umat Islam di Taman Munsyi Ibrahim, di sini hari ini.

Yang turut serta dalam bantahan itu ialah Naib Dipertua 1 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor, Mohd. Gouth Yusoff dan Ketua Penerangan Perkasa Johor, Rosli Othman.

Bantahan tersebut berikutan risalah yang diedarkan oleh pihak tertentu berhubung undangan untuk menghadiri ceramah agama Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di beberapa kawasan di bandar raya ini termasuk di Taman Bukit Indah, Gelang Patah dan Nusajaya pada 13 dan 14 April serta semalam.

Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya mahukan pihak berwajib dan PBT tidak berkompromi dalam isu ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini dan merupakan pencerobohan yang amat serius kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara (11) (4); bahawa dakyah agama lain kepada umat Islam adalah dilarang.

"Oleh itu kami membantah dan memandang serius terhadap cubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan apa juga upacara agama Kristian dalam Bahasa Melayu. Kerana motifnya adalah sebagai cubaan mempengaruhi orang Melayu agar menganut Kristian.

"Kalau boleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) senarai hitam orang Islam yang sudah murtad dengan mengeluarkan kad pengenalan baru yang tidak tercatat status agama dan secara automatik mereka tidak berhak mendapatkan apa juga keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu," katanya.


Gambar hiasan.

Johor punya cerita...!!!!

PAGOH 29 April - Kira-kira 190 Sekolah Agama Rakyat (SAR) sedang dalam pembinaan di seluruh negeri dengan kos kira-kira RM260 juta yang dijadualkan siap menjelang 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, ketika ini sekolah-sekolah terbabit menumpang di sekolah kebangsaan yang tidak menggunakan bilik darjah pada sebelah petang termasuk di bangunan awam lain.

“Apabila siap nanti, kita akan mempunyai 557 SAR yang mempunyai bangunan sendiri dan semuanya di-letakkan di bawah tadbir urus kerajaan negeri. Ini memberi keselesaan kepada murid-murid yang sekian lama menantikan bangunan sendiri.

“Kita tidak akan lagi berkongsi bilik darjah dengan sekolah kebangsaan selepas ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Praperkahwinan Parlimen Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini kelmarin.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh dan Ketua Puteri UMNO negeri, Rohaizah Ahmad.

Abd. Mutalip berkata, jumlah SAR itu adalah mencukupi untuk menampung murid-murid ketika ini tetapi apabila taman-taman perumahan baharu yang majoriti dihuni umat Islam dibuka, sekolah baharu akan dibina lagi bagi memastikan kanak-kanak Islam mendapat pendidikan agama yang teratur dan sempurna.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegur program realiti televisyen yang berkonsepkan mencari jodoh kerana dilihat tidak membantu bakal pengantin dalam kalangan golongan tidak berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

Beliau berkata, matlamat penerbitan program itu wajar dipersoalkan dan sepatutnya pasangan kurang berkemampuan dibantu, bukannya peserta yang sememang kaya dan tidak memerlukan bantuan berkenaan.

Sementara itu, Rohaizah

Ahmad mencadangkan supaya kursus anjuran UMNO Bahagian Pagoh dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Muar itu diperluaskan ke peringkat negeri supaya lebih ramai dapat menyertainya.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh berkata, program itu bertujuan meringankan beban pasangan pengantin kerana hanya RM50 dikenakan berbanding RM150 oleh pihak swasta.

Percubaan Pengarah Strategi PKR Menipu..!!!

Nampaknya Rafizi sekali lagi tersalah orang nak serang dalam Parlimen apabila dia sekali lagi dikantoikan oleh Tok Mat Maslan.. Rafizi menyerang Menteri Kewangan YAB DS Najib kononnya terpaksa membentang 2 kali penambahan bajet setiap tahun selama YAB DS Najib menjadi Menteri Kewangan..

Tapi Rafizi terlupa, semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, Anwar bentangkan 4 kali setahun berturut turut selama 6 tahun, 3 kali setahun dan terakhir 2 kali sebelum di pecat..

Bermakna dalam tempoh 8 tahun, Anwar bentang 29 kali bajet tambahan.. Adakah Anwar lebih bagus atau DS Najib yang kita tahu berkelulusan dalam bidang ekonomi ??

Rafizi yang baru jadi Ahli Parlimen penggal ini barang kali lupa untuk membuat " homework " sebelum menyerang DS Najib yang telah lama menjadi Menteri kabinet sebelum beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dari Sumber..

Perhimpunan bantahan GST !!!

Perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dilabelkan sebagai haram oleh pihak polis, akan diadakan di Jalan Raja dan bukannya di padang Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Jurucakap jawatankuasa perhimpunan itu, S. Arutchelvan berkata ini adalah kerana padang itu ditutup untuk proses menaik taraf padang, seperti yang diberitahu oleh pihak polis sebelum ini.

“Kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis pagi ini dan memberitahu mereka bahawa kami akan berkumpul di Jalan Raja kerana kita mahu berbuat demikian di sekitar Dataran Merdeka.

“Pihak polis telah bersetuju dengan langkah ini dan mereka berkata asalkan perhimpunan itu tidak dilakukan di padang Dataran Merdeka, tiada masalah,

Arutchelvan berkata pihak penganjur perhimpunan itu telah menolak tawaran Stadium Merdeka dan Padang Merbok oleh polis sebagai lokasi alternatif kerana Dataran Merdeka dan lokasi disekitarnya mempunyai kepentingan sejarah.

Sebelum ini,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad telah berkata perhimpunan itu haram kerana  penganjur perhimpunan itu telah mengemukakan notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan tersebut, tetapi gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Perhimpunan yang dirancang pada 1 Mei itu, bertujuan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pihak penganjur bercadang untuk berkumpul di KLCC kira-kira pada pukul 2 petang, sebelum menamatkan perhimpunan itu di Jalan Raja.

Musibah apakah yang telah menimpa ummat ini?

Aku melihat manusia yang tengelam mencari dunia ibarat orang yang mabuk. Mereka mencari kepuasan pada sumber yang tidak pernah akan memuaskan. Sibuk mencari dunia yang akhirnya tidak membawa apa-apa erti , mahu pun melahirkan bahagia di hati.

Golongan muda pula telah hampir hancur tidak ada lagi jati diri dan tidak mampu bangun lagi. Hilang identiti , tidak lagi mengenal siapa mereka dan ke arah mana hidup hendak dibawa. Hidup dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Perkara yang membuang masa dan tidak  langsung memberi apa-apa faedah kepada diri apatah lagi ummat ini.

 sibuk dengan dunia mereka. Dari terbit fajar hingga ke larut malam dihabiskan dengan permainan yang sia-sia.

Yang sibuk bercinta diluar nikah pula semakin menjadi-jadi menayangkan aurat di facebook . Tidak lagi merasa malu berdua-duaan  . Tidak perlu menunggu Jakim membuat serbuan untuk membuat pendedahan , mereka dahulu telah menayangkan maksiat mereka kepada umum dengan gambar dan status yang menjijikkan.

Ada juga yang cuba mencari bahagia menghilangkan kebosanan dengan gelak ketawa dan begembira dengan budaya pop yang dijaja dari merata dunia. Dari Korea , Jepun , hingga ke Amerika semuanya dicuba. Namun setelah habis ketawa mereka merasakan kekosongan masih tetap berada di dalam jiwa. 

Kadang-kadang aku bertanya kepada diri. Apakah pengertian iman bagi mereka? Aku juga tertanya tanya apakah mereka percaya akan hari kebangkitan? Apakah yang akan mereka persembahkan dihadapan Rabb ketika disoal mengenai masa dan usia ke pada mana dihabiskan?

Apakah mereka akan menjawab " Wahai Rabb sesungguhnya usia yang Engkau beri kepadaku aku habiskan dengan bermain game komputer dari pagi hingga ke larut malam , usia mudaku aku habiskan dengan gelak ketawa menonton rancangan realiti TV di depan komputer , usia mudaku aku habiskan dengan menceritakan kisah cinta romantik luar nikah ku kepada umum! Maka terimalah aku ya ALLAH masukkanlah aku ke dalam syurga MU"

Apakah cukup jawapan ini nanti untuk membeli syurga?

Semakin lama aku memerhati semakin sakit aku memikirkannya. Mereka berada dalam keadaan yang lemah , rugi dan hina tetapi mereka bergembira. Musibah apakah yang telah menimpa ummat ini?



Selesaikan dengan mencarut.....!!!! Ada kah benar....???

Fitrah manusia mahu menegakkan apa yang dirasakan mereka benar. Apa yang dirasakan adil dan apa yang mereka rasakan perlu . Apatah lagi bagi seorang manusia yang beriman. Manusia yang iman mendasari hati mereka. Sudah semestinya dorongan iman tidak akan pernah membenarkan kezaliman dan pendustaan .

Tegakkanlah sesuatu kebenaran kerana ianya benar. Bukan kerana kita mempunyai kepentingan peribadi disebalik perjuangan menegakkan kebenaran itu.

Tanpa mengira bangsa apa yang berpolitik secara bodoh macam mana sekali pun, adalah jauh lebih baik daripada mahasiswa yang hidup seperti binatang ternak pada memikirkan makan, minum, kuliah, rehat, kahwin. Sikap peduli kepada kezaliman dan salah laku pentadbiran perlu untuk melakar sempadan hidup iman."
 Cuma dalam memperjuangkan apa yang dirasakan adil dan benar perlulah menggunakan cara yang benar juga. Jika makan mempunyai adab dan cara yang betul , berjuang dan berhujah juga mempunyai adab dan cara yang betul. 
Jika pihak lawan menggunakan kata-kata kesat , carutan dan makian dan anda menggunakan cara yang sama. Maka apakah bezanya? Dimanakah kebenarannya?
 Mungkin anda merasakan carutan itu menegaskan hujah anda. Anda merasakan makian itu menandakan anda begitu serious dengan apa yang anda pegang. Carutan itu dirasakan dapat merendahkan pihak lawan seterusnya menaikkan suara anda.
 Namun di mata masyarakat yang matang , sihat dan mampu berfikir dengan baik. Carutan ini sebenarnya merendahkan martabat pencarut tersebut. Masyarakat melihat anda sebagai penghujah mentaliti kelas bawahan.
 Tidak salah berpolitik. Tidak salah berbeza pendapat. Tidak salah berhujah. Tidak salah menegakkan apa yang anda rasa betul. Tidak salah juga menghormati pihak lawan anda.

Monday, April 28, 2014

GEGAR BERBEGAR KEMAJUAN EKONOMI JOHOR..!!!

 Penilaian terhadap kemajuan danpertumbuhan ekonomi negeri Johor tidak harus bersandarkan kepada pembangunan Iskandar Malaysia semata-mata, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin."Negeri itu berpotensi besar untuk lebih maju pada masa hadapan. 


Johor bukan hanya 'Iskandar' dan wilayah ekonomi itu hanya sebahagian daripada pertumbuhan negeri."Benar, Iskandar merupakan 'campur tangan yang dirancang' bagi memastikan

Malaysia memanfaatkan limpahan pertumbuhan ekonomi dari tanah seberang.

"Tapi kita berjaya memastikan Iskandar bukan hadir hanya menampung limpahan

ekonomi Singapura, bahkan memiliki keupayaan dan tarikan tersendiri serta

istimewa," katanya ketika menyampaikan amanat sulung kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar hari ini.

Khaled berkata kejayaan membangunkan Iskandar boleh dimanfaatkan bagi menerapkan strategi pembangunan baharu di kawasan lain di Johor.

"Bila saya merenung kembali kenapa pertumbuhan Johor hanya pada paras sederhana di sebalik potensi kita yang luar biasa, maka jawapan saya ialah rakyat Johor berada dalam 'persimpangan yang mengelirukan',"Khaled berkata masyarakat Johor inginkan pembangunan, namun sebilangan mereka mempunyai sikap dan perlakuan seperti tidak mahukan pembangunan kerana khuatir kehilangan 'status quo'.

Justeru itu, penjawat awam diminta menjalankan kewajipan bagi meyakinkan

rakyat bahawa pembangunan itu wajar dan perlu didambakan.Beliau berkata model ekonomi baharu yang akan menunjangi kelangsungan pembangunan Johor dan negara adalah berdasarkan sektor ekonomi yang berteraskan

perkhidmatan dan kreatif.

"Menyedari perlunya Johor menukar model ekonominya, maka 'Johor Growth Vision' sedang dirangka. Ini merupakan komitmen kita untuk menukar orientasi

ekonomi negeri Johor secara transformatif," kata beliau.Antara pendekatan yang diambil termasuk menjadikan pendidikan tinggi dan latihan sebagai agenda besar perubahan negeri itu.

Pada majlis yang sama, Khaled turut melancarkan majalah rasmi baharu kerajaan negeri...


Ini lah Orang yang luar biasa sederhana dalam ucapan, tetapi hebat dalam tindakan....





Azimin ali melatah ....!!!

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.

"Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.

“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong, Sarawak semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali.

Beliau menyebarkan gambar di laman media sosial menunjukkan beberapa lelaki sedang bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu.

Johari mengaku menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu.



"Bukan saja Chegubard (Badrul) ramai lagi buat aduan," kata beliau.

masa tidak menunggu kita....!!!!


Sedih hati kadangkala.Pilu dan sayu terasa bila melihat generasi muda yang penuh dengan potensi diri hanyut hilang di bawa arus dunia. Potensi yang ada tidak disalurkan ke jalan yang membina.Masa usia muda masa emas yang seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendaki puncak tertinggi hilang dengan perkara sia-sia.

Sebagai generasi yang sedar maka harus ada pemuda dan pemudi yang berusaha membaiki keadaan ini. Atau mungkin keadaannya sudah tidak lagi dapat dibaiki , tetapi boleh di kawal agar tidak membarah dan membesar. Pemuda dan pemudi ini mungkin bukanlah terbaik dari segi akademik. Juga mereka mungkin tidak sempurna dari sudut peribadi diri.

Namun mereka seharusnya sedar bahawa mereka bukanlah yang terburuk. Harus dipupuk keberanian dan disusun langkah perubahan. Kita tidak memerlukan mereka yang sempurna untuk memulakan gelombang perubahan pada generasi muda di tempat kita. Kerana tiada manusia lahir sempurna.

Kehadiran pemuda dan pemudi ini seharusnya membawa ombak-ombak kecil perubahan yang penuh kasih sayang. Dengan keyakinan , usaha dan tawakkal Inshaallah ombak tadi akan membesar dan terus bergerak meskipun hayunan pertama yang mencetuskannya telah tiada.

Mulakanlah langkah dengan hati yang ikhlas. Kerana keikhlasan ini akan menjadi ukuran disisi ALLAH dan keikhlasan ini akan menjamin konsistensi apabila datang ujian dan cubaan. Jangan pernah takut dengan sindiran dan kata-kata. Jangan biarkan ejekan melenturkan harapan. Pohonlah kepada ALLAH akan kekuatan.

Biarlah pemuda dan pemudi dicampak dimana pun. Ke kolej atau ke universiti , ke dalam atau ke luar negara , biar sepekat dan sehitam mana pun masyarakat di sekelilingnya. Yakinlah pemuda dan pemudi mampu dan perlu memberi impak positif. Jangan di benci pelaku dosa , senyum dan selamilah hati mereka. Mereka juga seperti kita cuma mungkin tidak pernah lagi berpeluang memahami apa yang kita fahami. Merasai apa yang kita pernah rasai.Yang harus di benci adalah dosanya bukan orangnya.

Pemuda dan pemuda ini adalah mereka yang faham akan tujuan dan tanggungjawab mereka. Mereka yang akan mengembalikan keceriaan pada ummat ini.Bersih dan jujur hati mereka. Pemuda dan pemudi yang mahukan masyarakat dan komuniti mereka bertambah baik. Berusahalah untuk menjadi pemuda dan pemudi ini. Atur langkah segera kerana masa tidak menunggu kita.bangkit pemuda pemudi demi johor ,bangkitlah sebagai pahlawan meluaskan kuasa demi keamanan negara .






MAT SAID KENA PANGKAS DAN PANCUNG SEGERA PARASIT YANG JADI NANAH DAN BISUL DALAM UMNO TERENGGANU???I

Itu yang sedang berlaku di Terengganu sekarang. Golongan yang kalah dan kecewa pada pemilihan lalu, serta kalah pula sebagai calon dalam PRU-13, sedang cuba menunjukkan taring bagi membenamkan Mat Said dan lebih utama lagi, UMNO-BN Terengganu. Kesempatan diambil sebaik-baiknya untuk menusukkan duri dan racun asalkan hati puas.

Siapa Dr. Azmi yang memberi ulasan kononnya Mat Said akan menjahanamkan UMNO Terengganu? Kononnya kerana Mat Said terlebih memberikan tumpuan kepada rakyat, maka UMNO Terengganu akan kehilangan penguasaan ke atas negeri tersebut?

Siapa Dr. Azmi yang membuat analisa hanya kerana dia ada gelaran Dr. tetapi sebenarnya dia hanyalah macai kepada seorang Exco yang sekarang ini sedang bercita-cita besar untuk menyingkirkan Mat Said dan menggantikan Menteri Besar tersebut.

Mat Said sebenarnya terlalu baik dan terus membiarkan parasit-parasit dalam UMNO Terengganu berleluasa. Seharusnya apa yang berlaku kepada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Najib Abdul Razak, menjadi iktibar kepadanya.

Antara masalah yang paling besar dan terpaksa ditanggung oleh Najib ialah, kewujudan golongan parasit yang seringkali memberi nasihat tidak berguna dan akhirnya menjatuhkan imejnya. Kebaikan hati dan belas kasihan Najib kepada mereka, akhirnya dibalas dengan menjadikan Najib sebagai kotak yang boleh ditendang terajang sesuka hati. Dan di sebalik tekanan agar Najib segera menyingkirkan para penasihat yang menjadikannya sebagai buah mulut negatif, mereka sebaliknya diberikan jawatan dan kedudukan dengan harapan, jawatan dan kedudukan itu akan membuatkan mereka tutup mulut.

Silap atau tidak, tetapi keadaan semakin memburuk. Rakyat yang mengeluarkan dan memberikan undi kepada UMNO-BN semakin muak dengan apa yang sedang berlaku. Walaupun mungkin kelihatan baik, tetapi secara dasarnya undi-undi untuk UMNO-BN semakin kehilangan. Golongan parasit yang diberikan jawatan dan kedudukan tidak membantu untuk menaikkan UMNO dan BN sebaliknya semakin meranapkan parti dan gabungan 14 buah parti itu. Sebabnya golongan parasit itulah yang berasakan mereka sentiasa betul dan mereka sahaja yang bijaksana.

Mat Said sedang berhadapan dengan benda yang sama di Terengganu. Seperti kata sahabatnya, Shabery Cheek, Terengganu mempunyai terlalu banyak WARLORD - masalah yang sama di Kedah dan negeri-negeri UMNO yang lain. Dr. Azmi menyatakan bahawa Terengganu akan jatuh ke tangan PAS pada PRU akan datang sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan pucuk pimpinan.

Memang benar!

Negeri Terengganu akan jatuh ke tangan PAS sekiranya Mat Said terus membiarkan parasit-parasit bermaharajalela di dalam UMNO Terengganu. Mat Said perlu segera memangkas, memancung dan menerajang keluar parasit-parasit berkenaan. Mereka tidak sahaja perlu dilucutkan segala kemudahan, bahkan ruang untuk mereka menggunakan kuasa juga perlu ditamatkan.

Dr. Azmi tidak bekerja secara bersendirian, tetapi dia sebenarnya didalangi oleh SEORANG EXCO TERENGGANU yang sedang bercita-cita besar untuk menjadi Menteri Besar Terengganu. Dan Exco tersebut juga tidak bekerja secara bersendirian, sebaliknya dipayungi oleh seorang lagi pemimpin Terengganu yang tidak berpuas hati kerana jawatan Menteri Besar Terengganu terlucut dari tangannya.

Photo: MAT SAID KENA PANGKAS DAN PANCUNG SEGERA PARASIT YANG JADI NANAH DAN BISUL DALAM UMNO TERENGGANU???Itu yang sedang berlaku di Terengganu sekarang. Golongan yang kalah dan kecewa pada pemilihan lalu, serta kalah pula sebagai calon dalam PRU-13, sedang cuba menunjukkan taring bagi membenamkan Mat Said dan lebih utama lagi, UMNO-BN Terengganu. Kesempatan diambil sebaik-baiknya untuk menusukkan duri dan racun asalkan hati puas.

Siapa Dr. Azmi yang memberi ulasan kononnya Mat Said akan menjahanamkan UMNO Terengganu? Kononnya kerana Mat Said terlebih memberikan tumpuan kepada rakyat, maka UMNO Terengganu akan kehilangan penguasaan ke atas negeri tersebut?

Siapa Dr. Azmi yang membuat analisa hanya kerana dia ada gelaran Dr. tetapi sebenarnya dia hanyalah macai kepada seorang Exco yang sekarang ini sedang bercita-cita besar untuk menyingkirkan Mat Said dan menggantikan Menteri Besar tersebut.

Mat Said sebenarnya terlalu baik dan terus membiarkan parasit-parasit dalam UMNO Terengganu berleluasa. Seharusnya apa yang berlaku kepada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Najib Abdul Razak, menjadi iktibar kepadanya.

Antara masalah yang paling besar dan terpaksa ditanggung oleh Najib ialah, kewujudan golongan parasit yang seringkali memberi nasihat tidak berguna dan akhirnya menjatuhkan imejnya. Kebaikan hati dan belas kasihan Najib kepada mereka, akhirnya dibalas dengan menjadikan Najib sebagai kotak yang boleh ditendang terajang sesuka hati. Dan di sebalik tekanan agar Najib segera menyingkirkan para penasihat yang menjadikannya sebagai buah mulut negatif, mereka sebaliknya diberikan jawatan dan kedudukan dengan harapan, jawatan dan kedudukan itu akan membuatkan mereka tutup mulut.

Silap atau tidak, tetapi keadaan semakin memburuk. Rakyat yang mengeluarkan dan memberikan undi kepada UMNO-BN semakin muak dengan apa yang sedang berlaku. Walaupun mungkin kelihatan baik, tetapi secara dasarnya undi-undi untuk UMNO-BN semakin kehilangan. Golongan parasit yang diberikan jawatan dan kedudukan tidak membantu untuk menaikkan UMNO dan BN sebaliknya semakin meranapkan parti dan gabungan 14 buah parti itu. Sebabnya golongan parasit itulah yang berasakan mereka sentiasa betul dan mereka sahaja yang bijaksana.

Mat Said sedang berhadapan dengan benda yang sama di Terengganu. Seperti kata sahabatnya, Shabery Cheek, Terengganu mempunyai terlalu banyak WARLORD - masalah yang sama di Kedah dan negeri-negeri UMNO yang lain. Dr. Azmi menyatakan bahawa Terengganu akan jatuh ke tangan PAS pada PRU akan datang sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan pucuk pimpinan.

Memang benar!

Negeri Terengganu akan jatuh ke tangan PAS sekiranya Mat Said terus membiarkan parasit-parasit bermaharajalela di dalam UMNO Terengganu. Mat Said perlu segera memangkas, memancung dan menerajang keluar parasit-parasit berkenaan. Mereka tidak sahaja perlu dilucutkan segala kemudahan, bahkan ruang untuk mereka menggunakan kuasa juga perlu ditamatkan.

Dr. Azmi tidak bekerja secara bersendirian, tetapi dia sebenarnya didalangi oleh SEORANG EXCO TERENGGANU yang sedang bercita-cita besar untuk menjadi Menteri Besar Terengganu. Dan Exco tersebut juga tidak bekerja secara bersendirian, sebaliknya dipayungi oleh seorang lagi pemimpin Terengganu yang tidak berpuas hati kerana jawatan Menteri Besar Terengganu terlucut dari tangannya.

-Surat terbuka Tony Pua untuk Barack Obama -


obama

Ke hadapan Presiden Barack Obama,

Selamat datang ke negara saya, tanahair saya, Malaysia yang indah.

Kami rakyat Malaysia sangat berbangga bahawa tuan, sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), menjadi presiden AS yang pertama pula memutuskan untuk melawat negara kami yang tidak seberapa ini dalam tempoh 48 tahun lalu.

Meski pun tuan berbangsa Amerika, rakyat Malaysia telah turut sama dengan masyarakat seluruh dunia merayakan kejayaan tuan memenangi pilihanraya presiden yang bersejarah pada tahun 2008. Mengambil kata-kata pendahulu tuan, Presiden George W Bush, perjalanan tuan “melambangkan satu kemenangan dalam kisah perjuangan Amerika”.

Saya secara peribadi terkesan dan terdorong dengan ucapan kemenangan tuan di Chicago, “Jika ada di luar sana yang masih meragui bahawa Amerika adalah tempat di mana segalanya mungkin; yang masih tertanya-tanya adakah impian pengasas kita masih menyala pada zaman ini; yang masih mempersoalkan kuasa demokrasi, malam ini adalah jawapannya…pada detik penentuan ini, perubahan sudah berlaku di Amerika.”

Bererti, tuan tentunya ingat dan menghargai perjuangan kaum Afro-Amerika dalam sejarah AS demi kebebasan, keadilan dan kesamarataan. Artikel 1, Seksyen 2 perlembagaan pertama AS tahun 1787 menyatakan golongan kulit hitam sebagai “tiga per lima insan” (bukan insan sempurna). Dalam kes penting Dred Scott melawan Sandford (1857), Mahkamah Agung AS telah memutuskan bahawa golongan kulit hitam, merdeka atau hamba, tidak boleh menjadi warganegara.

Sehingga selepas Perang Saudara dan pemansuhan perhambaan oleh Pindaan ke 13 dan 15 Perlembagaan Amerika Syarikat (1865) sekali pun, golongan pelampau kulit putih telah menggagalkan tujuan perubahan itu dengan menggunakan pelbagai strategi untuk meminggirkan warga kulit hitam. Penggagalan Perlembagaan AS malah disokong secara langsung mahu pun tidak langsung oleh Presiden dan ahli Kongres era itu, dengan menguatkuasakan pemisahan dan diskriminasi.

Hanya melalui usaha politik berterusan oleh gerakan hak sivil Afro-Amerika pada tahun 1950-an dan 60-an, yang mencapai kemuncaknya dalam Akta Hak Sivil 1964 dengan pengharaman diskriminasi berasaskan kaum, warna kulit, agama, jantina dan tempat asal, barulah dapat dihapuskan syarat pendaftaran pengundi yang tidak adil dan pemisahan kaum di sekolah, tempat kerja dan kemudahan awam.

Empat dekad kemudian, dunia menyaksikan pelantikan Presiden kulit hitam pertama AS. Kami dirangsang oleh kejayaan tuan dan kami merayakannya kerana di Malaysia, kami berhadapan dengan cabaran yang sama, dan kami masih bergelut untuk mengatasinya.

Kaum minoriti di negara ini didiskriminasi secara meluas dalam aspek politik, sosial dan ekonomi. Tiada seorang pun warga Malaysia mampu membayangkan kemungkinan bahawa seorang bukan-Melayu akan menjadi Perdana Menteri di negara ini. Isu kaum dan agama diperalatkan secara terang-terangan untuk mengukuhkan kuasa elit pemerintah.

Kebebasan sivil dikekang melalui pelbagai undang-undang kuku besi, dibantu oleh badan eksekutif, perundangan dan kehakiman. Mendiang Karpal Singh, bekas Pengerusi parti saya, disabitkan atas kesalahan menghasut, hanya kerana beliau cuba menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Malah kerajaan mahu memenjarakan beliau atas ‘kesalahan’ itu, walau pun beliau lumpuh separuh badan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditindas secara politik dan dengan tidak adil, serta pernah dipenjarakan sebelum ini, pada tahun 1998. Malah saya sendiri mungkin bakal hilang kelayakan selaku Ahli Parlimen dan dipenjara sehingga dua tahun jika didapati bersalah terbabit dalam “perhimpunan haram” sewaktu menyertai himpunan nyalaan lilin (candlelight vigil) yang aman.

Selain itu, kebebasan beragama dalam negara ini semakin hari semakin ditekan, dengan ekstremisme agama yang semakin menonjol. Malaysia adalah satu-satunya negara yang memutuskan kalimah ‘Allah’ sebagai hak eksklusif Muslim – pendirian yang disokong secara terbuka oleh Perdana Menteri kami, Datuk Seri Najib Razak. Bible berbahasa Melayu dirampas. Pihak Gereja kini didakwa di mahkamah, sementara pemimpin agama disiasat menurut akta hasutan.

Tuan Presiden, saya yakin, pegawai-pegawai diplomatik tuan tentunya telah memberi penerangan berhubung amalan korupsi yang berleluasa, serta salah guna kuasa oleh kerajaan kami untuk mengkayakan golongan elit berpengaruh dan kroni mereka.

53 peratus rakyat Malaysia telah mengundi untuk menukar kerajaan pada pilihanraya umum setahun lalu. Malangnya, disebabkan helah persempadanan pilihanraya (gerrymandering) yang meluas, manipulasi media dan juga amalan pilihanraya yang korup, cita-cita perubahan yang diimpikan rakyat biasa tidak tercapai.

Maka menjadi harapan kami bahawa tuan tidak cuma melawat negara ini semata-mata untuk mengukuhkan “perhubungan perdagangan”, suatu ungkapan berdiplomasi sebagai ganti bagi “keuntungan maksima” dan “keselamatan wilayah”.

Rakyat Malaysia berharap agar lawatan tuan ke negara ini boleh menjadi cahaya pemberi harapan dalam saat-saat sukar kini. Kami berharap tuan akan dapat berkongsi perjalanan peribadi tuan dan perjuangan para pemimpin agung Amerika melawan perkauman dan diskriminasi yang suatu masa lalu terlembaga di negara tuan, sehingga memungkinkan tuan untuk dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat – pemimpin dunia bebas.

Rakyat Malaysia juga mengimpikan tibanya hari di mana diskriminasi, peminggiran dan pemisahan mengikut kaum, agama, warna kulit, dan jantina menjadi peristiwa silam, supaya seluruh rakyat Malaysia diberikan layanan dan peluang yang sama rata.

Tuan Presiden, dengan penuh hormat, kami tidak mengharapkan tuan untuk datang ke sini bagi memberitahu kami bahawa negara ini adalah contoh cemerlang bagi kesederhanaan, kerana perkara itu tidak benar; atau untuk tuan memuji kerajaan kami bahawa ia adalah model masyarakat majmuk yang hidup aman dan harmoni, kerana ia topeng semata-mata.

Kami perlukan tuan, Tuan Presiden, untuk bercakap tentang nilai kemanusiaan yang sejagat, tentang prinsip-prinsip yang leluhur tuan tegakkan dengan darah dan keringat mereka. Kami ingin tuan bercakap tentang kepentingan hak asasi manusia, kesamarataan, kebebasan dan prinsip-prinsip asas demokrasi. Kami ingin tahu bahawa Presiden Amerika Syarikat masih lagi yakin dengan usaha mempertahankan dan mengembangkan kebebasan sivil di seluruh dunia – kebebasan yang memungkinkan tuan sendiri untuk berdiri di tempat tuan hari ini.

Kami berharap, Tuan Presiden, tuan akan meneruskan legasi salah seorang aktivis hak asasi paling disanjungi, Dr Martin Luther King, yang percaya kepada penentangan awam (civil disobedience) tanpa kekerasan. Tuan sendiri telah menonjolkan pencapaian beliau dalam ucapan ulangtahun ke-50 pidato ulung Dr King, November tahun lalu. Tuan menyebut ketika itu,

Kita meyakini kebenaran ini sebagai hakikat, bahawa setiap insan diciptakan sama rata, bahawa mereka dianugerahkan oleh pencipta hak-hak yang tidak ternafikan, antaranya adalah hak untuk hidup, hak kebebasan dan hak untuk mengejar kebahagian.

…Kita secara wajar mengenang sebaik-baiknya pidato mengangkasa Dr. King hari itu, bagaimana gemuruh suara beliau memberikan harapan kepada jutaan manusia yang diam-diam berharap, bagaimana beliau telah menawarkan jalan penebusan kepada yang tertindas, juga kepada yang menindas. Kata-katanya merentasi zaman, memiliki kuasa dan daya ramalan tak tertanding pada zaman kita.

…Dan kerana mereka tetap mara, Amerika berubah. Kerana mereka mara, undang-undang hak sivil diluluskan. Kerana mereka mara, undang-undang hak mengundi ditandatangani. Kerana mereka mara, pintu-pintu peluang dan pendidikan terbuka agar anak-anak akhirnya dapat membayangkan kehidupan yang lain, melampaui kehidupan sebagai pembasuh baju dan pengilat kasut orang. Kerana mereka mara, anggota pihak berkuasa bandar, badan perundangan negeri, Kongres, dan, ya, akhirnya Rumah Putih bertukar. Kerana mereka mara, Amerika menjadi lebih bebas dan saksama…”

Kami rakyat Malaysia mengharapkan tuan akan berkongsi impian tuan dengan rakyat Malaysia dan seluruh warga dunia, seperti Dr King berkongsi impiannya dengan rakyat Amerika, dalam “pidato mengangkasa” itu, di mana beliau mengatakan;

“Saya ada impian, bahawa suatu hari nanti negara ini akan bangkit dan melaksanakan makna sebenar kata-kata yang menjadi pegangannya: ‘Kita meyakini kebenaran ini sebagai hakikat yang nyata: bahawa setiap insan diciptakan sama rata.’

Saya ada impian, bahawa suatu hari nanti di atas bukit merah Georgia, anak-anak bekas hamba dan anak-anak bekas pemilik hamba akan dapat duduk bersama di meja persaudaraan.

Saya ada impian, bahawa empat anak kecil saya suatu hari nanti hidup dalam sebuah negara yang tidak menilai mereka berdasarkan warna kulit, tetapi berdasarkan inti watak mereka.

Hari ini, saya ada impian.”

Tuan Presiden, rakyat Malaysia juga ada impian, dan kami berharap, dari lubuk hati kami, tuan akan berkongsi impian kami.

Terima kasih, Tuan Presiden. Kami berharap tuan akan menikmati layanan daripada kami rakyat Malaysia yang diakui sebagai pemberi layanan yang baik.


Kah..kahh...kahhh......Buta-buta kantoiiii........!!!!!!

Macam tak percaya bila ada sumber yang memberi tahu maklumat tentang kegiatan keji dan jijik pembangkang tentang penipuan .setelah di selidik dengan rapi  pasukan pemantau PACA TSKI membuat serbuan di sebuah bilik Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dan mendapati berlakunya aktiviti memangkah undi secara sulit untuk calon tertentu.
kah..kah...kahhh.........!!!!! 
 

yang best nya...........Ketika diserbu, mereka tak mahu membuka pintu.Setelah beberapa minit kemudian barulan dibuka wow.....!!!!! Alangkah terperanjat pihak operasi serbuan  Mendapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti serta dipercayai melakukan kerja-kerja memangkah kertas undi dan dimasukkan kedalam beberapa kotak.
jeng...jeng...jeng.........!!! 
Tu dia bukti gambar di bawah.



Kejadian ini juga benar-benar memberi tamparan yang sangat-sangat hebat kepada parti khususnya pimpinan PKR yang mana sebelum ini begitu lantang melontarkan fitnah terhadap SPR dan BN kononya  BN mengamalkan penipuan setiap kali pilihanraya. Sedangkan, tiada satu tanda yang dapat dibuktikan oleh mereka hingga kehari ini. 




Selepas tersiarnya agenda skandal jijik ini, PKR dilihat seperti pekak dan bisu dengan serta merta dengan tanpa sebarang ulasan atau tindakan setakat ini. Biarpun hal ini telah diadukan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP).

  
Kah..kahh...kahhh......!!!!
Lepas ini Anwar dan PKR meroyanlah ke seluruh pelusuk negara berceramah mengatakan semua ini  'salah' UMNO/BN......

Ingat: Jika  tidak mampu untuk memberikan yang terbaik untuk negara, agama dan keluarga maka sematkan  sifat kejujuran wakaupun sedikit , prihatin terhadap rakyat terhadap diri sendiri karana tanpa sebuah kejujuran negara dan isinya akan rapuh dan akan mudah kembali terjajah.

Sunday, April 27, 2014

90 buah tahfiz dan sekolah pondok johor


90 buah Kolej Komuniti penggerak Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama.

Program PISH ini akan dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional dan pendidikan keusahawanan yang digabung pendidikan agama kepada pelajar tahfiz dan sekolah pondok.

Ditemukan Injil Asli di Turki



Assalamualaikum sobat blogger,alhdmulillah bisa update lagi.Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Yesus (Isa Almasih).

Hal yang tentu saja mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatikan itu sendiri.Sebagaimana diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahwa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun, dan baru sekarang di beberkan ke publik.Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, bahasa yang sama seperti bahasa yang umum dipakai pada masa Yesus Isa Almasih.

Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah Injil Barnabas orisinal.Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa YESUS TIDAK PERNAH DI SALIB, dan terdapatnya ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Jaman, Muhammmad SAW.

Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya :"Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis "La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah"Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.

Pihak Iran lewat Basij Press menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak.

Bahkan pihak Kristen lewat berbagai jamaatnya menyatakan bahwa Kitab Barnabas tersebut diragukan keotentikannya.
Namun walau begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.

Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh Dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Islam

Wallahu a'lam bish-shawab ...
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah ..