Fitrah manusia mahu menegakkan apa yang dirasakan mereka benar. Apa yang dirasakan adil dan apa yang mereka rasakan perlu . Apatah lagi bagi seorang manusia yang beriman. Manusia yang iman mendasari hati mereka. Sudah semestinya dorongan iman tidak akan pernah membenarkan kezaliman dan pendustaan .
Tegakkanlah sesuatu kebenaran kerana ianya benar. Bukan kerana kita mempunyai kepentingan peribadi disebalik perjuangan menegakkan kebenaran itu.
Tanpa mengira bangsa apa yang berpolitik secara bodoh macam mana sekali pun, adalah jauh lebih baik daripada mahasiswa yang hidup seperti binatang ternak pada memikirkan makan, minum, kuliah, rehat, kahwin. Sikap peduli kepada kezaliman dan salah laku pentadbiran perlu untuk melakar sempadan hidup iman."
Cuma dalam memperjuangkan apa yang dirasakan adil dan benar perlulah menggunakan cara yang benar juga. Jika makan mempunyai adab dan cara yang betul , berjuang dan berhujah juga mempunyai adab dan cara yang betul.
Jika pihak lawan menggunakan kata-kata kesat , carutan dan makian dan anda menggunakan cara yang sama. Maka apakah bezanya? Dimanakah kebenarannya?
Mungkin anda merasakan carutan itu menegaskan hujah anda. Anda merasakan makian itu menandakan anda begitu serious dengan apa yang anda pegang. Carutan itu dirasakan dapat merendahkan pihak lawan seterusnya menaikkan suara anda.
Namun di mata masyarakat yang matang , sihat dan mampu berfikir dengan baik. Carutan ini sebenarnya merendahkan martabat pencarut tersebut. Masyarakat melihat anda sebagai penghujah mentaliti kelas bawahan.
Tidak salah berpolitik. Tidak salah berbeza pendapat. Tidak salah berhujah. Tidak salah menegakkan apa yang anda rasa betul. Tidak salah juga menghormati pihak lawan anda.
No comments:
Post a Comment