Wednesday, April 30, 2014

BN lebih baik daripada DAP ?..!!!

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) merangkap ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran berkata pihak pembangkang datang ke kawasan luar bandar untuk mengapi-apikan masyarakat di rumah-rumah panjang dengan pelbagai janji kosong dan helah.

Baru-baru ini DAP dalam kempen mereka, mahu menyediakan kemudahan air untuk penduduk di Lubok Nibong dengan mendapatkan bekalan terus dari air terjun yang berhampiran namun dengan gotong-royong semua penduduk.

Tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) pula menyediakan kemudahan tangki penapis air 1Malaysia yang dinamakan 1Malaysia Life Saver yang mengandungi penapis dan ia lebih bersih serta bermakna dan sesuai untuk terus diminum.

Kerajaan BN memang suka dan mahu rakyatnya minum dan mengambil air bersih yang sudah ditapis dengan baik serta dapat diminum serta-merta.

Justeru saya memohon kepada masyarakat kita di sini supaya jangan terlalu dekat dan terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang dengan pelbagai taktik daripada mereka.

Entri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rasmi Tangki Penapis Air 1Malaysia di Rumah Baran Abong di Lubok Nibong kira-kira 35 kilometer dari sini kelmarin.

Dalam pada itu sebanyak 35 rumah panjang kaum Iban di Poyut/Lubok Nibong telah diagihkan dengan tangki air tersebut oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Di Telang Usan sahaja kerajaan telah mengagihkan tangki tersebut kepada 135 rumah panjang manakala di kawasan Marudi sebanyak 80 rumah panjang sudah menerima bantuan itu dan pemberian tersebut akan diteruskan.

Entri yang juga Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) dan ADUN Marudi memberitahu bahawa kehadiran beliau di situ adalah untuk merasmikan penyerahan tangki air tersebut dan pengagihannya akan diteruskan sehingga semua rumah panjang di kawasan beliau diagihkan.

Pada majlis tersebut, Entri dan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau turut meluluskan peruntukan kerajaan berjumlah RM13,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Baran, RM10,000 untuk Unit SIDS Rumah Baran dan RM100,000 lagi untuk pembinaan tempat letak kereta di hadapan rumah panjang tersebut.

No comments:

Post a Comment