Tuesday, September 30, 2014

Wang rakat ???

Isu tentang duit rakyat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perkara ini menjadi popular dalam politik negara pada ketika ini.

Malah ramai yang memperkatakan perihal duit rakyat ini tidak kira tempat termasuklah di kedai kopi, laman sosial dan juga di demonstrasi yang semakin menjadi ‘trend’ rakyat Malaysia hari ini.

Mereka membincangkan tentang duit rakyat yang disalahgunakan oleh kerajaan dan duit itu tidak sampai kepada mereka. Malah yang lebih menggelikan hati, pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa yang masih belum membayar sebarang hasil cukai juga sibuk memperkatakan tentang isu duit rakyat ini.

Apa yang dikatakan duit rakyat ini? Kita hanya tahu menyebut tetapi kita sendiri tidak faham maksud duit rakyat ini. Duit rakyat ini adalah duit atau wang yang mengalir di dalam negara dan diurus tadbir oleh pihak pemerintah supaya rakyat mendapat faedah darinya.

Makanya semua duit ini datangnya dari rakyat sendiri. Jadi memang seharusnya rakyat mendapat faedah dari duit mereka ini. Tetapi yang menjadi isu adalah sesetengah pihak mendakwa wang rakyat ini tidak dikembalikan kepada rakyat malah telah digunakan atau diselewengkan oleh pihak pemerintah untuk kepentingan diri. Adakah dakwaan ini benar?

Memang tidak dapat dinafikan berlaku rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan pemerintah. Tetapi bukan kerajaan sahaja, malah boleh dikatakan hampir semua golongan masyarakat, termasuklah pihak pembangkang juga melakukan perkara ini. Kita harus ingat bahawa bukanlah semua kerajaan melakukan ini tetapi hanya segelintir pemimpin yang melakukannya.

Ini lebih kepada kesalahan inidividu dan bukan kerajaan keseluruhannya. Tetapi seperti pepatah, “kerana nila setitis maka rosak susu sebelanga”. Kita tidak boleh menyalahkan malah mengatakan kerajaan hari ini perasuah dan makan duit rakyat.

Kerana individu yang melakukan rasuah ini telah pun didakwa dan digugurkan jawatannya. Ini sikap adil dan tegas oleh kerajaan dalam membasmi gejala rasuah ini.

Rakyat pada hari ini telah dimomokkan dengan isu duit rakyat. Tidak kira tua, muda, miskin atau kaya semua telah dimomokkan tentang perkara ini. Mereka mengatakan rakyat hidup miskin, barang naik, ekonomi mundur, gaji sedikit dan pelbagai lagi isu yang mereka lemparkan. Persoalannya, adakah benar seperti yang didakwa mereka? Sebenarnya rakyat pada hari ini semakin gila kehendaknya.

Mereka dipengaruhi oleh golongan tertentu sehingga mereka merasakan mereka patut diberikan bantuan hanya melalui wang tunai.
Ini yang rakyat pada hari ini harapkan.Mereka tidak nampak akan pembangunan yang menjanjikan peluang-peluang pekerjaan, peluang-peluang perniagaan, tetapi mereka ingin duduk dan menerima bantuan secara terus tanpa perlu gigih berusaha.

Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang mampu memberikan mereka kemewahan tanpa mereka perlu berusaha untuk mencapainya. Inilah minda rakyat dan minda orang melayu pada hari ini. Perkara ini jugalah yang sangat ditakuti oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhamad. Mereka ini mahukan seguni duit bukannya pembangunan negara. Mereka sudah buta.

Sebenarnya kerajaan telah mengembalikan ‘duit rakyat’ ini kepada mereka dan mereka telah menikmati akan pemberian itu.
Segala pembangunan, infrastruktur, perkhidmatan dan segalanya yang memberi faedah dan kesenangan pada mereka telah dilakukan kerajaan. Dengan segala pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan telah membolehkan rakyat menikmati peluang-peluang pekerjaan bagi mengubah nasib mereka.

Bukan itu sahaja, kerajaan telah memudahkan untuk rakyat mencebeburi peluang-peluang perniagaan tanpa menyisihkan mana-mana kaum demi untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Malah kerajaan juga telah membelanjakan duit ini demi memberi subsidi kepada semua rakyat.

Hanya di Malaysia sahaja yang mempunyai subsudi setinggi ini sehingga boleh mengakibatkan negara mengalami muflis jika ianya diteruskan. Tetapi kerajaan masih memberinya atas dasar tidak mahu membebankan rakyat.

Tetapi malangnya kebanyakkan rakyat buta dan tidak nampak semua ini. Kebutaan ini semakin menjadi-jadi dengan pengaruh individu tertentu yang berjuang demi kepentingan diri.

Bukan itu sahaja, setiap rakyat diberi peluang untuk berjaya dengan mendapat pendidikkan yang tinggi dan itu menjamin kepada masa depan mereka. Kerana itu banyak universiti di bangunkan untuk memberi peluang kepada semua rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.

Dan tujuan untuk memperbanyakkan univesiti adalah menjadi harapan kerajaan agar semua rakyat mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi bagi melahirkan rakyat dan negara yang cerdik pandai serta mempunyai daya saing yang tinggi. Tetapi ada kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan, “negara maju tapi rakyat miskin”. Mana mungkin ini terjadi.

Kemajuan sesebuah negara dinilai pada rakyatnya kerana rakyat yang maju akan membuatkan negara juga berkembang maju. Adakah kita miskin pada hari ini? Kajian yang dilakukan menunjukkan kuasa beli orang melayu adalah lebih tinggi berbanding kaum lain.

Malah di Malaysia kuasa beli rakyat adalah amat tinggi sehingga setiap dari isi rumah mampu untuk memeliki sekurang-kurangnya dua buah kereta. Ini tidak berlaku kepada negara-negara Asean yang lain. Adakah rakyat kita miskin?

Kerajaan sekarang ini juga telah memberi bantuan wang kepada rakyat dengan pemberian wang lima ratus ringgit kepada rakyat berpendapatan tiga ribu kebawah, wang anak bersekolah seratus ringgit seorang dan baucher buku sebanyak dua ratus ringgit kepada mahasiswa.

Adakah duit rakyat ini tidak sampai kepada rakyat?
Anda yang bijak dan celik boleh nilai sendiri. Berubahlah orang melayu. Sampai bila kamu hanya mampu meminta-minta?

Berusahalah dengan gigih demi mengubah nasib sendiri, keluarga dan bangsa. Gunakanlah segala apa yang disediakan oleh kerajaan untuk kamu berubah. Jangan jadi bangsa yang mudah lupa.

Apa sumbangan kamu untuk negara? Jika belum ada maka lakukanlah sesuatu.

Bangunlah wahai rakyat Malaysia. Bukakan mata dengan besar  dan jagalah pokok yang telah memberi kamu buah yang kamu dan keturunanmu makan dari dahulu.Dan janganlah kamu menebang pokok itu kerana ingin menanam pokok lain yang belum tentu kita tahu hidup matinya.

Monday, September 29, 2014

Bulan 3 MH370? fanin apa hal?

Kita Melayan FB  TV dibiarkan terpasang selepas menonton Buletin 1:30 Biar suasana bising sikit, kerana tak genar  dan tidak suka  keadaan keadaan sunyi.

Kebiasaannya hobi mendengar lagu melalui headphone. Malang sekali headphone masuk icu rosak dan belum pulih lagi. Leka melayan fb, terdengar pulak nama Anwar Ibrahim disebut. Apa pula halnya si  Anuar Ibrahim dengan sinetron tidak masuk akal petang-petang Isnin ni.

Apa lagi menghentikan layan fb dan terus Memberi fokus kepada sinetron. Alat kawalan jauh dicapai untuk memutarkan kembali sinetron tersebut dari mula. Tajuk Sinetron, Sinar. Bersiaran pada jam 3:00 melalui slot sinetrom TV3 pada 29 September 2014.

Meneliti kandungan sinetron tersebut, ternampak seperti sebagaimana biasa di dalam mana-mana teori konspirasi, penyampaian-penyampaian maklumat yang di dalam beberapa lapisan yang tidak mudah ditangkap dengan pengamatan biasa.

Entah kenapa sinetron ini sibuk bermain dengan perkara berikut :

1) Anuar Ibrahim mendapat tajaan VIP.

2) No 3 dan 307 (Bulan 3 MH370?) disebut sebagai tempat di mana Anuar Ibrahim mendapat ruang perlindungan selepas mengalami masalah.

3) Papan catur yang memberi fokus kepada perancangan berikut. Untuk menjatuhkan Raja, perlu jatuhkan Ratu yang melindungi Raja. (Untuk menjatuhkan sistem Raja, perlu jatuhkan sistem yang melindungi institusi tersebut)

Ya.. mungkin ia sekadar skrip sinetron tidak masuk akal petang-petang Isnin. Terpulanglah kepada pengamatan masing-masing.

Tetapi melihatkan kepada perkara-perkara yang sedang berlaku lewat ini di dalam negara. Dengan masalah melibatkan survival politik sesetengah pihak, trajedi yang berlaku sebaik plan A penguasaan Amerika melalui proksinya gagal pada bulan Mac 2014 dan percubaan demi percubaan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 yang merupakan satu-satunya Akta perundangan yang melindungi peruntukan Perlembagaan terutamanya Majlis Raja-Raja daripada sebarang pertikaian, penghinaan dan serangan, maka isikandungan sinetron ini diamati dengan pandangan penuh curiga.

Mungkin ia sekadar sebuah sinetron yang suka bermain dengan pemasukan unsur-unsur konspirasi dan mungkin juga penghasil sinetron ini ingin menyampaikan sesuatu atau membuat sesuatu pernyataan mengenai berapa dalamnya tangan-tangan konspirasi terlibat dalam Malaysia.

Oleh kerana teori konspirasi sentiasa dikaburkan di dalam lapisan-lapisan penyampaian yang berbeza, maka terpulanglah kepada pendekatan masing-masing untuk memahami episode sinetron ini dalam fahaman masing-masing.

Menafsirkan sinetron mengikut kefahaman masing-masing merupakan hak asasi dalam kebebasan bersuara yang sentiasa diperjuangkan oleh golongan yang memperjuangkan hak bersuara kecuali jika manusia-manusia yang hipokrit.

Sinetron mungkin sekadar sinetron. Jangan membuang masa menontonnya kecuali anda mahu meneliti isikandungannya.Cuma satu perkara yang menarik, nama ini bukanlah kali pertama digunakan di dalam filem atau drama. Sebelum ini sebuah filem bertajuk Rendition juga sibuk menjaja nama tersebut dengan bermacam konspirasi.

Biar Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang diniatkan penghasil kerja seni ini semua.

Sunday, September 28, 2014

Tarif air dinaikkan tidak benar

Tarif air dinaikkan tidak benar", MB Johor
Tarif air dinaikkan tidak benar. Kerajaan Negeri cadang pinjaman 1.3 billion ditukar kepada geran seperti negeri lain - Mohamed Khaled Nordin 

Khabar angin yang mengatakan kerajaan negeri akan menaikkan tarif air dari 10 hingga 12 peratus adalah tidak benar, begitu juga desas-desus pengambilalihan SAJH.

Kerajaan negeri juga telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat supaya pinjaman berjumlah RM1.3 bilion yang diberikan bagi melengkapkan infrastruktur air di negeri ini ditukar kepada bentuk geran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan tersebut ada asasnya memandangkan ia turut digunakan bagi menyediakan projek air luar bandar dan berbeza dengan projek air luar bandar di negeri-negeri lain yang menggunakan sepenuhnya geran Kerajaan Persekutuan.

"Perubahan status daripada Syarikat Air Johor (SAJ) kepada Syarikat Air Johor Holding (SAJH) membuatkan bayaran pajakan tinggi berdasarkan pinjaman yang ada. Pertukaran pinjaman kepada geran dapat mengurangkan sewa pajakan yang dikenakan Perbadanan Aset Air Johor Berhad (PAAJB) kepada SAJH.

"Ia juga menjadi faktor penentu kepada sebarang cadangan menaikkan tarif air di Johor kerana mengambil kira kos operasi yang ditanggung SAJH ketika ini. Sebarang cadangan menaikkan tarif air perlu melalui beberapa proses perundangan dengan kelulusan Parlimen dan pendengaran awam terlebih dahulu," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ketujuh Kesatuan Pekerja-Pekerja SAJ (KPPSAJ) di Kukup Golf Resort, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandgar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak KPPSAJ agar terus memberi sokongan kepada pihak pengurusan dalam menjayakan segala program pembangunan di negeri ini kerana pekerja adalah faktor utama SAJH menerima anugerah operator pengurusan air terbaik negara.

Kena Buktikan Bukan ‘MB Kawalan Jauh’



Walaupun Menteri Besar, Azmin Ali menegaskan beliau tidak akan menjadi ‘MB kawalan jauh’, namun ia hanya akan kekal sebagai retorik sehinggalah setiap tindakannya dibuktikan, kata Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali.

Azmin, kata beliau, perlu bertindak dan melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang telah dilafazkan sewaktu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, iaitu untuk menjaga kepentingan rakyat negeri itu dan juga memelihara kesucian agama Islam.

Kata Aidit, Azmin perlu membuktikan kredibiliti dan keupayaannya mentadbir kerajaan negeri setanding atau lebih baik daripada mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ini kita dapat buat rumusan mungkin selepas 100 hari pertama Azmin sebagai MB. Secara peribadi saya ingin beri peluang dan ruang untuk buktikan bahawa saat beliau angkat sumpah di hadapan Sultan sebagai MB Selangor, betul-betul hati dan jiwanya beriktikad untuk jaga agama Islam, perlembagaan negeri, perlembagaan persektuan..

“Dan pastikan apa yang dilakukan musuh Islam tak akan berlaku lagi. Saya nak tengok setakat mana ia diperlakukan,” 

Bagaimanapun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meletakkan Azmin pada kedudukan sukar apabila menegaskan beliau mendesak supaya Menteri Besar Selangor itu meneliti semula beberapa ketetapan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid adalah Menteri Besar Selangor yang hilang sokongan majoriti DUN Selangor, selepas dipecat PKR, bulan lalu, kerana enggan memberi laluan kepada presiden parti itu untuk menerajui negeri itu.

Antara ketetapan itu adalah mengkaji semula kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, pembinaan lebuh raya KIDEX serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya.

Desakan itu dibuat Anwar pada hari ketiga Azmin menjawat jawatan nombor satu di Selangor.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menjadi pilihan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggantikan Khalid, selepas hampir sembilan bulan negeri ini ‘kucar-kacir’ akibat peralihan jawatan tersebut.

Mengulas lanjut, kata Aidit, walaupun ada pendapat yang mengatakan Azmin berkemungkinan ‘tertekan’ kerana beliau bukanlah calon utama yang diutarakan oleh partinya dan DAP, Azmin perlu membuktikan dirinya layak untuk jawatan tersebut biarpun akan ada ketika beliau dikritik oleh golongan yang kurang bersetuju dengan pelantikannya sebagai MB.

“Satu perspektif mengatakan bahawa Azmin akan hadapi tekanan. Kalau secara zahir, akan dilihat dalam tindakan susulan. Misalnya, selepas apa tindakan dan kenyataan, kalau betul beliau tak disenangi Anwarinas, atau orang PKR dan DAP, kita dapati akan banyak orang akan sanggah beliau.


Tak sangka ada Rahsia simbol Kristian di logo merdeka Pakatan didedahkan !!

Tak sangka rupa-rupanya rahsia  simbol logo kemerdekaan Pakatan yang ke 55 iaitu burung merpati adalah simbol agama Kristian ! 

Adakah ia kebetulan atau memang  dirancang oleh pihak tertentu mahu simbol ini digunapakai ?

Renung-renungkan lah ...




Burung merpati melambangkan Roh Kudus, iaitu jasad ketiga Tuhan Triniti dalam agama Kristian.
Simbolisme burung merpati merah adalah berdasarkan tindakan “Christ redeemed Man with his blood”.
Lihat logo ciptaan Pakatan (atas) untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan — dilaporkan oleh Harakah
Banyak ayat al-Kitab (terutamanya buku-buku Gospel) yang merujuk kepada burung merpati.
Surah John 1:32
Ayat 32 John testified saying, “I have seen the Spirit descending as a dove out of heaven, and He remained upon Him. 33 “I did not recognize Him, but He who sent me to baptize in water said to me, ‘He upon whom you see the Spirit descending and remaining upon Him, this is the One who baptizes in the Holy Spirit.’ 34 “I myself have seen, and have testified that this is the Son of God.”
Sumber gambar: Christian Spirituality: The Place of the Holy Spirit in Christian Discipleship
16 As soon as Jesus was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and lighting on him. 17 And a voice from heaven said, “This is my Son, whom I love; with him I am well pleased.”
10 Immediately coming up out of the water, He saw the heavens opening, andthe Spirit like a dove descending upon Him11 and a voice came out of the heavens: “You are My beloved Son, in You I am well-pleased.”
22 and the Holy Spirit descended upon Him in bodily form like a dove, and a voice came out of heaven, “You are My beloved Son, in You I am well-pleased.”
Lihat juga bentuk kelopak bunga raya yang terkandung dalam logo Pakatan. Bandingkan dengan nyalaan api dengan imajan burung merpati dan juga logoIgnite.
(Kemeja-T untuk sambutan Subang Rally – “Take Subang for Jesus” – juga menggunakan cogankata ‘Ignite for Christ’. Baca sini).
Hati merah suci merupakan satu lagi simbol penting dalam ikonografi Kristian.
Logo Hari Kemerdekaan yang direkacipta Pakatan mempunyai simbol burung merpati, hati merah dan kelopak bunga yang nampaknya macam nyalaan api Holy Spirit.

Simbol Gereja

Burung merpati adalah lambang gereja.
Ia juga simbol Kristian dalam lukisan-lukisan bercorak keagamaan serta digunakan sebagai hiasan popular untuk kad Krismas dan kad ucapan tahniah bagi upacara pengkristianan bayi dan kanak-kanak.

The Church:
 Dove as a symbol of the Church, the agent through which the Holy Spirit works on Earth.
Pentecost: Whitsunday, a feast of the universal Church which commemorates the Descent of the Holy Ghost upon the Apostles, 50 days after the Resurrection of Christ.
  • Saint Gregory is generally shown with a dove on his shoulder, symbolizing inspiration or rather Divine guidance.
Baptism: The dove symbol occurs frequently in connection with early representations of baptism.
In ancient times a dove-like vessel was frequently suspended over the baptismal fount.
Martyrdom: As a symbol of martyrdom it indicated the action of the Holy Spirit in bestowal of the fortitude necessary for the endurance of suffering.
Dove as a Christian symbol, rujuk http://www.jesuswalk.com/christian-symbols/dove.htm
Sudah berpuluh tahun negara kita menyambut Hari Merdeka. Cuba tengok logo tahun-tahun lepas (bawah).
Belum pernah ada logo hari kebangsaan yang serupa logo rekaan Pakatan berjiwa Kristian ini.
Simbolisme burung merpati terang-terang ikonografi Kristian dan asing daripada budaya tempatan kita.

ANWAR IBRAHIM DOT COM (AIDC) BERKUBUR BEGITU SAHAJA!

Sehari sebelum PRK Galas dan Batu Sapi, KS ada mendapat sms dari blogger  mengenai blog AIDC akan ditutup disebabkan masalah tertentu. Sehari selepas tu, Mc sendiri ada berburak dengan Timbalan Editor AIDC, apakah benar blog AIDC akan menamatkan operasinya.

Mengikut katanya, memang benar AIDC akan ditutup disebabkan 'masalah' tertentu, sudah banyak kali mereka cuba selamatkan AIDC tetapi akhirnya segala usaha mereka gagal.

Tahukah anda, jika blog AIDC menamatkan operasinya, kita akan kehilangan sumber maklumat mengenai salah laku Anwar di dalam dan luar negara. Selama ini Anwar dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat, baik di dalam atau luar negeri. Selepas wujudnya AIDC, membongkarkan segala salah laku Anwar didalam dan luar negara, termasuk salah laku seks liwatnya. Baru kita kenal siapa makhluk bernama Anwar ini.

Dulu Anwar amat disanjung oleh puak Pakatan Haram. Dia dianggap seolah 'dewata' pembangkang yang turun untuk menjajah Malaysia dari Barisan Nasional, tapi selepas pendedahan demi pendedahan mengenai Anwar. Sekarang, puak pembangkang sendiri sudah curiga dan ragu2 dengan Anwar. Walaupun masih ada yang tidak percaya, tetapi keraguan sudah wujud didalam hati mereka.

Dulu siapa tahu Anwar seorang ejen CIA, NED, IMF dan bermacam2 lagi. Walaupun ada khabar angin tapi dengan mudah Anwar nafikan.

Dulu siapa tahu Anwar seorang peliwat dan penzina tegar??

Dulu siapa tahu Anwar seorang penipu, pembohong dan kaki kelentong.

Sejak pendedahan AIDC secara teliti dan detailnya mengenai salah laku Anwar di luar negara yang menyokong dasar2 barat yang keji, serta terbabitnya Anwar dengan yahudi. Baru kita tahu hati perut Anwar sebenarnya. 

Pendedahan kawan2 yahudi Anwar seperti Wolfwitz, Soros, Madam Al-bright dan Al-Gore yang sememangnya anti Islam mendedahkan hati perut Anwar sebenarnya.

Juga sokongan bertalu-talu Anwar terhadap demokrasi dan Islam liberal (contoh negara Turki) mendedahkan betapa dia ingin menjadikan Malaysia sebagai negara bebas 'meliwat'.

Dulu ada kita mengenai semua ini?? Siapa yang beritahu kita mengenai hal ini? Berbukti, bergambar dan berfakta? 

Bukahkah blog AIDC?

Adakah blog AIDC masih relevan dipertahankan?

YAA.. jangan tutup blog AIDC.. sama2lah kita pertahankan.

Thursday, September 25, 2014

MENGHINA SULTAN SANGAT BIADA

Perbuatan biadap menghina sultan di laman sosial tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses demokrasi sebaliknya individu terbabit perlu diajar dengan tindakan undang-undang dengan lebih tegas.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi,kata Muhammad Fadzli Hasan, sudah sampai masa untuk satu langkah yang lebih progresif diambil bagi tangani perkara tersebut daripada terus berulang.

Akta dan undan-undang yang sedia ada perlu diperkemas. Cara penguatkuasaan dan penangkapan individu seperti ini perlu ditegaskan lagi agar sesiapa sahaja tidak sewenangnya boleh menghina institusi tertinggi dalam negara johor.

Perbuatan biadap yang ditunjukkan itu juga tidak boleh dibiarkan dan diharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas individu terbabit,

Beliau ditemui berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini, semalam.

Muhammad Fadzli mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemilik akaun bernama Faizal Sharil Rauf yang telah menghina Sultan Johor melalui akaun facebooknya.

Sementara itu, Zamhizul Ariffin Muhideen, 30, pula berkata, bagi individu yang cuba untuk melakukan penghinaan kepada sultan perlu berfikir kembali bagaimana jika bahasa kesat yang digunakan itu terkena kepada ibu bapa mereka.

Katanya, tindakan individu tersebut juga jelas menunjukkan kebiadapan sehingga sanggup menggunakan ayat yang tidak bertamadun itu terhadap sultan yang sangat dikasihi warga Johor.

“Sebagai rakyat kita amat menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor malah amat menyayangi baginda. Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan raja berpelembagaan wajib menjunjung taat setia pada sultan.

Jika mahu bertindak biadap pihak seperti individu tersebut, boleh keluar dari negara ini. Rakyat yang tidak pandai menghormati tidak diperlukan disini.

Friday, September 19, 2014

Kita sudah boleh mimpi ambil alih Johor Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, perkembangan pengaruh PAS di Johor yang dahulunya antara kubu BN paling sukar ditembusi, kini pada tahap membanggakan.

Bercakap pada sesi 'warming up' ceramah sempena Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini petang tadi, beliau berkata malah PAS kini sudah boleh bermimpi untuk menawan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Bukan mimpi saja-saja tetapi dengan perkiraan strategi dan kekuatan politik yang kita ada sekarang.

"Dulu Selangor kita tak mimpi nak dapat, tapi sekarang Umno pulak yang tak mimpi nak ambil balik," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Turut berucap pada sesi itu petang tadi termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mat Sabu menjelaskan, PAS ketika mula bertapak di Johor hanya dibawa oleh golongan marhain seperti pemandu teksi dan tukang gunting rambut.

Namun lama-kelamaan, golongan cerdik pandai yang mendapat pengaruh Islam di kampus-kampus kembali ke kampung dengan mendukung perjuangan PAS.

Sehingga kini, ramai dikalangan profesional menjadi pemimpin dan penggerak PAS di negeri ini.

"Inilah jasa mereka terdahulu, membawa selaku pembawa obor.

"Obor ini akan terus dibawa oleh golongan muda selaku generasi penyambung peejuangan PAS ini.

Kah..kahh...kahh.....boleh dapat ke johor ? 
Tepuk dada tanya pada dari

Tuesday, September 16, 2014

membocor soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibuat rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan.

 Seorang guru tidak menolak kemungkinan dalam membocor soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibuat rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, berkata perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.

Guru diberi tekanan prestasi pelajar dan sekolah untuk kejar prestasi dan gred yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada perbualan di Facebook.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian.

Nurul berkata, tanggungjawab guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai sistem, jauh berbeza dengan peranan pendidik sekitar 20 tahun lalu.

Beliau berpendapat, dalang yang membocor soalan itu mungkin bertujuan cuba memenuhi indeks pencapaian yang ditetapkan kementerian.




Friday, September 12, 2014

Anwar Ibrahim memohon ampun kah..kahh...

Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor merupakan kenyataan paling kurang ajar pernah diucapkan oleh pemimpin Melayu moden.

“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Shelangor dan amalan (‘convention’) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,” kata Anwar.

Dengan kata lain, permintaan maaf mereka hanyalah sekadar “budi bahasa” menghormati Tuanku, bukan kerana mereka rasa bersalah ingkar titah yang meminta tiga nama calon Menteri Besar.

Tidak cukup itu, Anwar seolah-olah mengejek dan menghina Sultan Selangor apabila menyatakan kemurkaan tuanku ke atas mereka hanya kerana mereka mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UTNS).

Apakah maksud mereka DYMM Tuanku tidak mengikut undang-undang apabila meminta tiga nama? Dalam bahagian mana UTNS menyatakan parti yang menang majoriti hanya perlu menghantar satu nama sahaja? Malah UTNS langsung tidak menyatakan keperluan parti menghantar nama kepada Sultan atau keperluan Sultan meminta nama daripada mana-mana parti.

Menurut Perkara 53(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan baginda Sultan boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN, selaku menteri besar.

Tiada ada langsung sebarang kenyataan menyatakan mana-mana parti yang mendapat majoriti dikehendaki menghantar nama Menteri Besar kepada Tuanku. Dan tidak ada langsung fasal yang menyatakan Tuanku mesti menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti yang menang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Dengan kata lain, pencalonan nama oleh parti hanyalah adat dan dan budi bahasa yang diterima oleh Sultan Selangor. Justeru apabila sultan menitahkan agar dikemukakan tiga nama, ia adalah budi bicara Tuanku Sultan yang tidak sepatutnya dicabar.

Jika perlantikan Menteri Besar tidak mendapat sokongan Dewan, maka usul undi tidak percaya perlu dilakukan di dalam Dewan Negeri Selangor.

Membabitkan UMNO

Permohonan maaf Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak ikhlas malah penuh pembohongan dan sindiran apabila mendakwa sejak 1957 Barisan Nasional hanya menghantar satu nama sahaja tanpa menerangkan lebih lanjut.

“Najib also knows that in Umno’s history since 1957, when in Perikatan and now BN, had only ever names one state assemblyperson or parliamentarian for the chief minister, menteri besar or prime minister post.

“As PM, Najib should be honest about his party and BN’s own stand and not attack PKR for doing the same,”

Mungkin benar, mungkin bohong dakwaan Anwar Ibrahim ini kerana tradisi Barisan Nasional ialah kita mengemukakan nama kepada DYMM Tuanku Sultan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada umum. Ini bermakna berlaku proses perbincangan dan mendapat perkenan sebelum ia diumumkan.

Proses ini boleh jadi lancar dan hanya satu nama sahaja dikemukakan. Malah boleh jadi juga berkali-kali sehingga tuanku berpuas hati. Masalah dengan Anwar Ibrahim ialah beliau mengumumkan terlebih dahulu calon Menteri Besar sebelum mendapat perkenan Tuanku Sultan.

Kita tidak tahu berapa nama pernah dihantar kepada sultan negeri-negeri untuk pelantikan Menteri Besar. Apa yang kita tahu ialah setiap kali apabila Sultan atau Raja mahukan pertukaran Menteri Besar, BN akur dan melaksanakannya.

Ini berlaku kepada Datuk Seri Idris Jusoh pada 2008 apabila Istana Terengganu mahukan nama lain untuk calon Menteri Besar. Idris Jusoh digugurkan dari pelantikan Menteri Besar dan Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar baru atas perkenan Sultan.

Demikian juga di Perlis, apabila Raja Perlis mahukan calon Menteri Besar lain selepas 2008, maka Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dari pelantikan semula sebagai Menteri Besar Perlis.

Oleh itu dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Tuanku harus mengikut kovensyen pelantikan sedia ada adalah satu pembohongan dan penipuan yang menunjukkan sikap biadap beliau.

Perangai Anwar Ibrahim memohon ampun tetapi dalam masa yang sama menyindir dan menipu seumpama kata peribahasa Melayu, telunjuk lurus kelingking berkait.-m

Ikhlas atau kesempatan


Ideologi Berbeza Tak Mungkin Sepakat Tapi Saling Ambil Kesempatan

Pelbagai kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang menampakkan kecacatan yang terselah selama ini disembunyi lantaran kegagalan dalam mencapai idelologi yang sama akhirnya membawa ketidaksepakatan membuat keputusan hingga kini.

apabila banyak isu yang bertentangan antara PKR dan Pas maka jelaslah bahawa kedua-dua parti tersebut seakan saling mengambil kesempatan untuk kepentingan masing-masing dan kemudiannya saling menuding jari.

Di Dalam isu Negeri Selangor misalnya, PKR banyak memainkan peranan biarpun Pas mempunyai bilangan kerusi DUN yang banyak di negeri itu. Sementara bagi Pas pula ternyata mereka amat kelam-kabut dalam membuat keputusan dan memberikan sokongan sehinggakan berlaku salah faham dan kenyataan yang bercanggah.

apabila antara kedua-dua parti saling bertentangan maka dapat dibuktikan bahawa selama ini antara mereka sememangnya hanya saling mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing tanpa mencapai satu persetujuan yang sama.

Adakah ini namanya pakatan sedangkan realitinya telah terserlah bahawa mereka tidak pernah sepakat kerana hanya satu parti sahaja yang mendominasi sedangkan Pas terpaksa berhempas pulas manakala Dap pula lebih suka mengambil jalan selamat.

Berbagai isu politik yang membabitkan ketiga-tiga parti tidak selesai malah semakin kritikal sebagaimana di Selangor dan kemudiannya dikatakan melarat ke Pengkalan Kubor yang bakal berdepan dengan pilihan raya kecil tidak lama lagi.

kerusi DUN Pengkalan Kubor menjadi pertelingkahan antara PKR dan Pas untuk meletakkan calon dalam PRK ekoran kekosongan setelah wakil rakyatnya meninggal dunia.

Jika mereka ada keikhlasan dan saling percaya maka tentunya tidak akan berlaku perselisihan namun yang kemudiannya melarat secara terbuka.

Sememangnya ini semua bukan sesuatu yang menghairankan malahan telah dijangka sejak awal lagi apabila mereka membentuk pakatan namun apabila berlaku pertikaian seperti ini maka tentunya rakyat yang menjadi mangsa.

dengan apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang maka ia dapat dijadikan penilaian untuk rakyat melihat sikap saling menyalahkan dan saling mengambil kesempatan antara satu sama lain.

Lihatlah bagaimana pentadbiran di Selangor yang mana rakyatnya terpaksa berdepan masalah air, isu perumahan kos rendah dan macam-macam lagi yang tidak selesai sedangkan dalam manifesto yang lalu macam-macam janji dibuat.

Dalam BN itu semua tidak berlaku walaupun mempunyai kesepakatan 13 parti kompenan malahan semua perselisihan atau perbezaan pendapat dibawa ke meja rundingan dan diselesaikan secara matang tanpa mengalihkan fokus untuk membantu rakyat.

Wednesday, September 10, 2014

KEJADAH APA TENTERA AMERIKA BUAT DI KUALA TERENGGANU?

Sejak malam  tadi kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

 Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera.

Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat terengganu kursusnya.

Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.

Anuwar mintak ampun dengan kebohongan

Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor merupakan kenyataan paling kurang ajar pernah diucapkan oleh pemimpin Melayu moden.

“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (‘convention’) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,” kata Anwar.

Dengan kata lain, permintaan maaf mereka hanyalah sekadar “budi bahasa” menghormati Tuanku, bukan kerana mereka rasa bersalah ingkar titah yang meminta tiga nama calon Menteri Besar.

Tidak cukup itu, Anwar seolah-olah mengejek dan menghina Sultan Selangor apabila menyatakan kemurkaan tuanku ke atas mereka hanya kerana mereka mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UTNS).

Apakah maksud mereka DYMM Tuanku tidak mengikut undang-undang apabila meminta tiga nama? Dalam bahagian mana UTNS menyatakan parti yang menang majoriti hanya perlu menghantar satu nama sahaja? Malah UTNS langsung tidak menyatakan keperluan parti menghantar nama kepada Sultan atau keperluan Sultan meminta nama daripada mana-mana parti.

Menurut Perkara 53(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan baginda Sultan boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN, selaku menteri besar.

Tiada ada langsung sebarang kenyataan menyatakan mana-mana parti yang mendapat majoriti dikehendaki menghantar nama Menteri Besar kepada Tuanku. Dan tidak ada langsung fasal yang menyatakan Tuanku mesti menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti yang menang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Dengan kata lain, pencalonan nama oleh parti hanyalah adat dan dan budi bahasa yang diterima oleh Sultan Selangor. Justeru apabila sultan menitahkan agar dikemukakan tiga nama, ia adalah budi bicara Tuanku Sultan yang tidak sepatutnya dicabar.

Jika perlantikan Menteri Besar tidak mendapat sokongan Dewan, maka usul undi tidak percaya perlu dilakukan di dalam Dewan Negeri Selangor.

Membabitkan UMNO

Permohonan maaf Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak ikhlas malah penuh pembohongan dan sindiran apabila mendakwa sejak 1957 Barisan Nasional hanya menghantar satu nama sahaja tanpa menerangkan lebih lanjut.

“Najib also knows that in Umno’s history since 1957, when in Perikatan and now BN, had only ever names one state assemblyperson or parliamentarian for the chief minister, menteri besar or prime minister post.

“As PM, Najib should be honest about his party and BN’s own stand and not attack PKR for doing the same,”

Mungkin benar, mungkin bohong dakwaan Anwar Ibrahim ini kerana tradisi Barisan Nasional ialah kita mengemukakan nama kepada DYMM Tuanku Sultan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada umum. Ini bermakna berlaku proses perbincangan dan mendapat perkenan sebelum ia diumumkan.

Proses ini boleh jadi lancar dan hanya satu nama sahaja dikemukakan. Malah boleh jadi juga berkali-kali sehingga tuanku berpuas hati. Masalah dengan Anwar Ibrahim ialah beliau mengumumkan terlebih dahulu calon Menteri Besar sebelum mendapat perkenan Tuanku Sultan.

Kita tidak tahu berapa nama pernah dihantar kepada sultan negeri-negeri untuk pelantikan Menteri Besar. Apa yang kita tahu ialah setiap kali apabila Sultan atau Raja mahukan pertukaran Menteri Besar, BN akur dan melaksanakannya.

Ini berlaku kepada Datuk Seri Idris Jusoh pada 2008 apabila Istana Terengganu mahukan nama lain untuk calon Menteri Besar. Idris Jusoh digugurkan dari pelantikan Menteri Besar dan Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar baru atas perkenan Sultan.

Demikian juga di Perlis, apabila Raja Perlis mahukan calon Menteri Besar lain selepas 2008, maka Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dari pelantikan semula sebagai Menteri Besar Perlis.

Oleh itu dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Tuanku harus mengikut kovensyen pelantikan sedia ada adalah satu pembohongan dan penipuan yang menunjukkan sikap biadap beliau.

Perangai Anwar Ibrahim memohon ampun tetapi dalam masa yang sama menyindir dan menipu seumpama kata peribahasa Melayu, telunjuk lurus kelingking berkait.

Tuesday, September 9, 2014

Macam mana nak kenal Red Bean Army?

Siapa RBA tu......?
Sekarang do hot dengan cerita Red BeN Army. Tapi dulu RBA ni meletup dikalangan blogger jer. Orang ramai tak pandang hal ni.Tapi disebabkan RBA dah masuk dalam dunia offline, maka mula la jadi kecoh pasal isu ni.

Aku bagi tau sedikit sebanyak siapakah yang bergelar red bean army ni. Mereka terdiri daripada pemilik perniagaan, penjawat swasta, petugas profesional dan pelajar kolej serta universiti.

Mereka akan menggunakan kerjaya mereka sebagai senjata utama untuk menghasut orang awam agar suasana menjadi kecoh atau dalam erti lain "memprovokasi".

Seperti contoh: seorang doktor klinik swasta yang menjalankan misi RBA akan mengenakan caj perubatan serta kaunseling kesihatan melebihi nilai keuntungan klinik yang sepatutnya. Jika harga perubatan asal adalah RM50.00, maka doktor tersebut akan menggandakan nilainya menjadi RM100.00 atau lebih. Apa bila ditanya mengapa harga menjadi begitu tinggi maka doktor tersebut akan menjawab bahawa kerajaan Malaysia telah menaikkan cukai perubatan.

Contoh yang kedua ialah: provokasi perkauman dimana seorang pensyarah kolej atau universiti akan menghasut pelajar supaya membenci kerajaan atas sebab peningkatan penganggur dikalangan bangsa cina, india dan lain-lain kaum selepas keluar dari universiti kerana kuota pekerjaan awam hanya untuk pelajar melayu sahaja.

Contoh bagi kes hartanah pula, RBA akan cuba mengenakan tekanan harga hartanah mengikut jenis kaum. Bagi yang tidak berkemampuan, mereka tidak akan mampu membeli tanah perumahan. Kita semua tahu aset yang sangat bernilai sekarang ialah aset hartanah. Jika dilihat sekarang, bumiputera hanya mampu memiliki rumah pangsa atau flat sahaja dan tak mampu memiliki walau satu lot pun tanah. Bukan aku berniat nak menghasut, tapi fikirlah masa depan bangsa bumiputera. Jika bangsa lain ada tanah seluas banglo, kita pula hanya ada rumah petak tanpa halaman.

Contoh yang ketara pula adalah dikalangan pengilang produk dan pihak pemborong. Mereka akan menaikkan harga jualan pukal terhadap kaum lain dan mengenakan harga rendah untuk kaum mereka sendiri. Ini bertujuan bagi menjadikan harga barangan pasaran menjadi tidak stabil. Ini akan menjurus kearah inflasi.

Peratus RBA paling banyak adalah dalam sektor tersebut:

-Perkhidmatan perubatan dan kesihatan swasta (naik harga ubat)
-pengangkutan awam terutamanya teksi (hasutan sepanjang perjalanan)
-pensyarah universiti atau kolej (hasutan perkauman sepanjang pengajian)
-perniagaan peruncitan (naik harga barangan atas alasan cukai)
-perniagaan restoran (naikkan harga makanan / minuman)
-sektor hartanah (membezakan jenis hartanah dan harga rumah antara kaum)
-perindustrian (menaikkan harga barangan kilang secara tak seimbang antara kaum)
-pelajar kolej dan universiti (menghasut rakan sebangsa supaya membenci rakan dari kaum yang lain)

Bila semua ini terjadi dan masyarakat awam mempercayainya, maka semua pihak akan menunding jari kepada pihak kerajaan dan mencetuskan suasana huru hara yang akan menarik perhatian negara luar yang menanti saat kucar kacir. Ini akan menjadikan alasan utama untuk mereka masuk campur atas sebab hak asasi manusia. 

Kesannya ialah seperti yang berlaku kepada Singapura yang terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Maka semakin kecillah negara dan tidak mempunyai kekuatan lagi. Yang akan kerugian ialah semua pihak terutamanya bangsa bumiputera tidak kira dipihak pembangkang mahupun kerajaan pimpinan BN.

Mat sabu lebih jujur ?????

Kalau bukan Ideologi komunis bukan DAPig namanya Terbaru Exco DAP Selangor

"RONNIE LIU SIFATKAN MAT SABU LEBIH BIJAK DARI HADI AWANG"..!! BIJAK APA KE BENDA RONNIE..!!

Demi mempertahakan amalan Raja Nepotisme,Anwar Ibrahim,DAP dan PKR berterusan menyerang Hadi Awang berikutan kenyataan Hadi Awang yg bertegas mengatakan yg Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor.

Paling biadab apabila Ronnie Liu(DAP)bertindak memandingkan kebijaksanaan Hadi Awang dgn Mat Sabu selain menyifatkan pihak yg menyokong Hadi Awang itu adalah sebahagian elemen tidak masuk akal(gila).

Malah tanpa segan silu,Ronnie Liu menganggap Mat Sabu sebagai tokoh PAS yg jauh lebih jujur dari Hadi Awang..!! IYE KE RONNIE LIU..MAT SABU SEORANG YG JUJUR?

Siapa Red Bean Army(RBA)

Fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejarm (B) Razali Zakaria berkata, kegiatan tentera siber pembangkang itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Menurut beliau, aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina bagi memburukkan- burukkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

“Kita bimbang perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu boleh mengundang keadaan huru-hara sehingga menghancurkan negara.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis perlu bertindak tegas terhadap dalang-dalang di sebalik Red Bean Army dengan segera mengheret mereka ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia Online di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

Pasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.

Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon-calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.

Tambah Razali, buat permulaan, kerajaan boleh mewajibkan permohonan lesen untuk pengendali blog bagi memudahkan tindakan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang negara.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim menyifatkan dakwaan Kit Siang kononnya tidak mengetahui tentang Red Bean Army sebagai strategi untuk melarikan diri daripada isu sebenar.

Menurut beliau, reaksi Kit Siang itu tidak menghairankan kerana pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang sering dilanda ‘sindrom penafian’.

“Berdasarkan pengalaman saya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu, pakatan pembangkang memanipulasi media sosial sebagai saluran utama bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap BN dalam kalangan rakyat,” katanya.

Ruslan turut menggesa pihak berkuasa membuktikan ketegasan dalam menangani ancaman Red Bean Army dan bukan sekadar memberikan amaran sahaja.

Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi memberitahu, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan amat berharap pihak berkuasa bertindak segera terhadap Red Bean Army.

“Kita hanya mampu mendesak tetapi pihak berkuasa sahaja yang boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan,” jelasnya.

Beliau berpandangan, kegiatan Red Bean Army menyebarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi media sosial tidak sepatutnya dibiarkan berpanjangan.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, pihak berkuasa hendaklah mengesan identiti sebenar anggota-anggota Red Bean Army supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan atas fitnah dan hasutan yang disebarkan.

Bendung Jenayah Hasutan

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak berkuasa termasuk polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan peguam negara perlu mengambil tindakan segera dan tegas terhadap individu yang melakukan jenayah hasutan dalam media sosial.

Timbalan perdana menteri berkata penguatkuasaan undang-undang sedia ada juga perlu diperketat bagi membendung jenayah itu daripada menular dalam masyarakat serta demi memastikan keharmonian kaum dan agama tidak dicemari oleh tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Jelasnya ketegasan kerajaan dalam membendung jenayah hasutan adalah penting demi memastikan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat negara ini terus terpelihara.

“Perlembagaan negara kita bukan saja memberi jaminan hak yang adil dan saksama kepada semua kaum, malah memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara bagi memastikan perkara termaktub dalam perlembagaan tidak mudah dipersoal oleh sesiapa pun.

“Tidak ada mana-mana pihak boleh mengatakan mereka mempunyai hak kebebasan bersuara dalam mempersoalkan perkara-perkara asas yang membentuk Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang aman dan harmoni kerana perlembagaan sendiri tidak menganggap ia sebagai satu hak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan ‘Program Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian’ di Stadium Titiwangsa anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional G.Letchumanan.

Muhyiddin berkata antara asas yang paling penting dalam pembinaan negara adalah jaminan hak bagi setiap kaum seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kepentingan perkara-perkara asas ini turut dizahirkan oleh Perlembagaan Persekutuan apabila Perkara 10 menetapkan bahawa Parlimen boleh meluluskan undang-undang menyekat kebebasan bersuara bagi tujuan menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan apa-apa perkara.

“Antaranya yang berkaitan keistimewaan kaum Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak yang sah bagi kaum lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak bagi semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing,” jelasnya.

Justeru, timbalan perdana menteri berkata Akta Hasutan 1948 yang dipinda selepas tragedi 13 Mei 1969 menetapkan tindakan mempersoalkan perkara-perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai satu perbuatan menghasut dan boleh dihukum oleh mahkamah.

Muhyiddin berkata dalam semangat menghargai serta menghormati Perlembagaan negara ini, wajar sekali seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum menghindari perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan dan mengancam keharmonian negara.

“Ini amat penting kerana sejak akhir-akhir ini telah wujud satu kecenderungan dalam kalangan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuat kenyataan-kenyataan biadap yang menghina kaum dan agama tertentu.

“Kenyataan-kenyataan ini yang menjadi viral dalam media sosial berpotensi untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama jika tidak dikawal,” katanya.

Beliau berkata sebagai sebuah negara majmuk, cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju dengan rakyat mampu menikmati taraf hidup yang lebih baik hanya mampu dicapai dengan memperkukuh perpaduan nasional.

Tanpa perpaduan nasional, tidak akan wujud kestabilan politik yang menjadi teras segala kejayaan negara sebelum ini, tambahnya.

Pada majlis sama Muhyiddin menyerahkan sijil dan plak pelantikan kepada 50 ‘Rakan Perpaduan’ yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, badan swasta, badan bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan wakil media.

Rakan Perpaduan berperanan bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan bertujuan membudaya dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Konflik perbalahan PR

Nampaknya konflik dan perbalahan PR akan memasuki fasa baru. Pendedahan screen post mesej whatsapp ini mendedahkan betapa dendam Presiden PAS terhadap KETUM PKR, Anwar Ibrahim sudah tidak tertahan sehinggakan sanggup membelakangkan keputusan Syura Ulama pada 17 Ogos yang lalu.

Hmmm... Sampaikan Pengarang akhbar rasmi PAS (Harakah), Dato Tarmizi pun tembak Presidennya sendiri.....handal ni...

Mesej dalam whatsapp ini juga mendedahkan betapa Hj Hadi telah menyusun langkahnya sendiri menongkah persetujuan PR dalam hal berkaitan politik Selangor. Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Negeri Selangor telah dihasut untuk melompat dari Parti PKR dan menyertai dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara. Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

"Justeru, adalah pelik sekali apabila presiden tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya.

"Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan menteri besar di kalangan ahli Dewan Undangan PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.

"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Thursday, September 4, 2014

Hadi awang marah

Ust Khalil kata yang TG Haji Hadi cukup marah dlm isu MB Selangor nie. Sehingga ada kumpulan datang dari KL untuk memujuk TG Haji Hadi untuk tarik balik kenyataan.

Apabila sampai sahaja dan duduk, tak sempat bersuara terus TG Haji Hadi bertegas berkata "ini soal amanah, biarlah amanah ini dilakukan selagi mana tiada salah silap" Ust Khalil juga cerita ysng sehari selepas keputusan Majlis Syura Ulama keluar.

TG Haji Hadi bermimpi berada di tengah laut dan ternampak ombak yang sangat besar sedang merempuh.

Habis semua ranap dan musnah kecuali satu tembok kecil yang masih kukuh.

TG Haji Hadi kata kepads ust Khalil "tembok itulah keputusan majlis syura ulama" Allahuakbar!! Tapisan sedang berlaku, samada kita antara yang hanyut dipukul ombak ataupun kita antara yg selamat disebalik tembok kecil yang kukuh itu.

Amanat datuk seri mohamed khaled nordin

Hari ini Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan amanat kepada mahasiswa mahasiswi baru UTM.

Beliau juga menasihatkan agar mahasiswa memantapkan diri dengan lima perkara ketika berada di universiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Lima perkara itu ialah mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal, berfikiran kreatif dan inovatif, belajar bagaimana bekerjasama, menjadi penyampai yang berkesan serta belajar menyesuaikan diri dengan kepelbagaian.

Dengan adanya lima perkara ini, pelajar dapat menempatkan diri mereka di alam pekerjaan yang sentiasa memerlukan pendekatan yang baru untuk mencapai sesuatu objektif.