Wednesday, March 25, 2015

Pemimpin ....

Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya. Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam kepimpinannya supaya dia jelas melihat mengapakah sokongan daripada orang dibawahnya amat penting dan penting juga dia menjaga hubungan dengan mereka. Mari kita melihat senarai aliran dibawah.

1.Objektif

2.Tugasan

3.Orang

4.Kerjasama

5.Hasil

 Apabila kita melihat senarai aliran ini, jelaslah bahawa hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kerjasama yang baik dapat diwujudkan oleh orang bawah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dengan objektif yang jelas,mudah dan senang; yang diberikan oleh seorang pemimpin untuk dilakukan oleh orang dibawahnya.

Namun,sekiranya objektif yang tidak jelas,susah difahami dan sukar dilakukan yang diberikan oleh seorang pemimpin kepada orang dibawahnya maka ini akan membuatkan mereka susah dalam melaksanakan tugasan tersebut ditambah pula kesusahan dalam mewujudkan kerjasama antara meraka akan memberikan hasil yang kurang baik.

Kesimpulanya, seorang pemimpin perlu mengetahu objektif sesuatu tugasan itu sebelum diberikan kepada orang dibawahnya agar menyenangkan tugasan mereka lalu mereka dapat bekerjasama dan memberikan hasil yang baik.

Penting bagi seorang pemimpin menjaga orang dibawahnya. Tanpa mereka kita sebagai pemimpin akan gagal dalam memimpin. Namun bagaimana kita nak memberikan keselesaan kepada 100 atau 200 atau 300 orang dibawah kita yang memiliki pelbagai ragam dan watak?

Bagaimana kita hendak memastikan beratus-ratus orang dibawah kita ini dapat melihat objektif tugasan yang kita berikan?

Inilah yang perlu diambil serius oleh setiap pemimpin di mana mereka perlu memiliki fokus yang tinggi terhadap keadaan orang dibawah.

Pemimpin perlu memiliki imej yang baik dipandangan mata orang dibawahnya dan pemimpin perlu membawa mereka daripada sesuatu titik yang rendah kepada titik yang tinggi dan cemerlang.

Mereka perlu dorongan oleh seorang pemimpin sehinggakan mereka melihat betapa hebatnya seoarang pemimpin itu mengambil berat terhadap kejayaan dan diri mereka.

Dengan ini maka orang di bawah seseorang pemimpin itu akan menyenangi segala tindak tanduk pemimpin dan mereka akan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pemimpin dengan baik.

Apabila orang dibawah melaksanakan tugasan dengan baik maka hasil yang baik akan diperoleh dan kita akan digelar pemimpin yang berjaya.

Wednesday, March 11, 2015

Buang buanglah sikap pentingkan diri sendiri

Pentingkan diri dan menganggap diri kita sebagai perhatian akan melukakan hati orang lain terutama mereka di sekeliling kita. Perasaan ini sebenarnya berpunca kerana kita inginkan perhatian dari orang sekeliling ataupun ia adalah sikap kita yang memang tidak menghargai orang lain.

Kebiasaannya sikap pentingkan diri sendiri akan lebih serius apabila orang sekeliling sudah mula perasan dan mengambil langkah untuk menjauhkan diri. Tidak semua orang boleh menerima kita sepenuhnya dan mengambil baik dan buruk sikap kita sebagai satu pertimbangan. 

Kalau kekasih pun sanggup meninggalkan pasangannya hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri, apatah lagi di kalangan kawan-kawan yang mungkin menganggap sikap kamu itu terlalu melampau dan sepatutnya dijauhkan saja. Bukankah kita yang rugi?

Hilang kawan dan lama-kelamaan kita akan duduk sendirian atas sikap buruk yang terlalu pentingkan diri dan tidak langsung mengendahkan perasaan orang lain.

Justeru apa kata kita cari jalan untuk sekurang-kurangnya mengubah sikap ini perlahan-lahan dan kalau boleh buang untuk tidak terus dihimpit kebencian orang sekeliling.

Pertama sekali, apa kata kita letakkan diri di tempat dan situasi mereka. Sikap kamu yang pentingkan diri itu kadangkala menyebabkan orang lain tersinggung. Mungkin ada sesetengah tidak perasan, tapi mengikut kajian dan pemerhatian, lebih 90 peratus dari sikap pentingkan diri itu sudah tentu akan mengundang rasa tidak selesa kepada pihak lain.

Justeru, apa kata cuba letakkan diri kamu di tempat dan situasi mereka. Pasti kamu merasai apa yang mereka berdepan dengan sikap buruk kamu. Setidak-tidaknya kamu boleh memahami perasaan mereka kerana sanggup menghadapi sikap mementingkan diri kamu.

Contohnya apabila sebelum ini kita sering meninggalkan semua orang di sekeliling dengan satu keputusan yang kita buat sendiri tanpa bertanya bagaimana perasaan mereka. Tempat makan, restoran pilihan, destinasi percutian atau apa saja, semuanya hanya kamu saja yang membuat keputusan. 

Bagaimana dengan keputusan kawan lain? 

Keduanya, apa kata kita pertimbangkan kehendak orang lain pula. Kebiasaannya, individu yang mementingkan diri ini biasanya meletakkan diri mereka di tempat pertama. Tanpa memikirkan perasaan dan keadaan seseorang yang lain, mereka hanya menjadikan diri mereka sendiri sebagai keutamaan.

Jadi kali ini cuba letakkan kehendak orang lain di hadapan. Contohnya, selama ini hanya kamu yang meminta dibelanja macam-macam. Kali ini tanya pula apa mereka mahu dan cuba balas jasa mereka pada kamu selama ini. Jika dia asyik mengikut telunjuk kamu, cuba pula ikut apa yang dia mahukan.

Percayalah, persahabatan dan hubungan kamu dengan kawan-kawan atau sesiapa saja akan menjadi lebih sihat dan dihormati kerana kamu tidak jenis hanya meletak fokus pada diri kamu sebaliknya menjadikan semua orang penting dan mempunyai peranan untuk membuat keputusan.

Paling seronok sebelum kamu dan teman-teman membuat keputusan untuk menonton wayang atau memilih restoran untuk makan, apa kata bersembang dan berkongsi pendapat daripada hanya satu pihak saja yang membuat keputusan.

Ketiga pula, apa kata kita berhenti ambil kesempatan kerana individu yang mementingkan diri biasanya kerap menggunakan perkhidmatan atau jasa baik orang lain untuk kegunaan peribadi. Contohnya, kamu selalu meminta kawan belanja, selalu mengharapkan bantuan orang lain tapi apabila mereka memerlukan bantuan, kamu tidak hirau dan berlagak seperti tiada apa berlaku. 

Ini adalah sifat dan sikap kebiasaan mereka yang mementingkan diri sendiri. Kalau mereka susah, bukan main kata-kata dan pujukannya, tapi kalau orang lain baru sekali meminta bantuan atau memberi 'hint' untuk meminta bantuan, macam-macam alasan yang diberikan untuk mengelak. 

Seboleh-bolehnya mereka akan cuba mengelak dan memberi alasan untuk tidak membantu. Paling tidak faham, bagaimana mereka boleh mempunyai perasaan kering dan keras seperti itu untuk tidak menghulurkan sebarang bantuan. 

Situasi kebiasaan, orang yang pentingkan diri sendiri adalah mereka yang langsung tidak membawa hadiah atau cenderahati kepada teman-teman di majlis hari jadi atau apa saja majlis yang diraikan bersama. 

Malah mereka juga adalah jenis yang tidak akan mengeluarkan duit ketika makan bersama dan gemar memberikan pelbagai alasan seperti duit belum keluar dari bank, beg duit atau dompet tertinggal dan macam-macam lagi. 

Itulah sikap paling perlu dihindari dan jangan kerana sikap remeh ini akan memberikan kamu seribu satu persepsi negatif di kalangan kawan-kawan. 

Mungkin selepas ini kamu perlu pertimbangkan persahabatan dua hala kerana lambat laun mereka akan meninggalkan kamu.

Keempat, kali ini kita cuba pula untuk menjadi pendengar yang baik. Remaja yang pentingkan diri biasanya memiliki kemahiran mendengar yang kurang. Kamu bercadang untuk berhenti dan ubah sikap buruk itu. Oleh itu, perkara yang perlu dilakukan ialah mendengar apa kata atau luahan orang lain kepada kamu.

Mendengar bermaksud menganalisa, memahami dan berupaya memberikan pendapat mengenai topik itu.

Individu yang pentingkan diri sendiri selalunya hanya ingin orang sekeliling saja mendengar ceritanya. Kalau bersembang bersama atau duduk melepak, hanya dia saja yang tidak henti bercerita mengenai pengalamannya, kisah sedih dan gembiranya dan macam-macam lagi.Tapi bila orang lain punya cerita, langsung tidak diendahkan.

Kalau si pentingkan diri berdepan masalah, baik cinta mahupun konflik diri di tempat kerja, keluarga ataupun peribadi, mulalah semua kawan-kawan digesa untuk memberikan pendapat.

Tapi bayangkan apabila kawan lain pula berdepan masalah, banyak sangat alasannya untuk tidak membantu atau memberi motivasi kepada kawan. 

Kalau ada pun nasihat yang diberikan, semuanya seperti menjatuhkan semangat dan keyakinan kawan yang bermasalah itu. Bukan membantu sebaliknya lagi menjatuhkan seseorang itu.

Terakhir sekali, apa kata kita cuba untuk membiarkan mereka pula putuskan sesuatu keputusan. Sebelum ini mungkin kamu yang selalu membuat keputusan untuk pergi ke mana mana atau membuat pelan bagi aktiviti hujung minggu. Apa kata kali ini biarkan mereka pula yang bagi cadangan. Mungkin kamu dapat melakukan aktiviti baru yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Seperti kerambit sarankan pada langkah pertama dan kedua tadi, kali ini kamu perlu lebih peka dan prihatin terhadap nasihat kawan-kawan kamu dan tidak hanya mengikut diri sendiri saja. Ini paling perlu diambil serius bagi memastikan kamu tidak lagi seperti dulu. 

Kerambit cukup  percaya jika kamu cuba lakukan setiap satu langkah ini, kerambit sendiri yakin masalah kamu dapat diselesaikan. Paling tidak, orang sekeliling nampak perubahan yang ada pada kamu. Cubalah!

Solidariti itu lebih penting dari kita mementingkan diri sendiri.

Tuesday, March 10, 2015

Tanggungjawab dan bantuan rakyat/ ahli.

Tanggungjawab pemimpin untuk memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan, tidak kira tempat, dalam keadaan apa, masa bila, warna kulit dan sebagainya. Apatah lagi mereka yang miskin tegar. Jika yang miskin tegar telah berusaha tidak berubah juga, ketika itu jika perlu dibantu sepanjang hayat, maka berikanlah.  Lagipun apalah sangat puluhan ribu berbanding dengan jutaan dan ribuan juta.

Justeru, tidak hairan jika pada zaman Rasulullah dan para sahabat, pemimpin agung ini sanggup berkorban dan berjaga malam untuk mencari rakyat yang memerlukan bantuan. Pada masa sama, jika ada rakyat yang kaya-raya dan berkemampuan, tidak tampil ke hadapan membantu seperti menunaikan zakat, maka mereka boleh diperangi atau dikenakan tindakan.

Cuma hari ini kita begitu sedih, kenapa dan mengapa kita mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dalam konteks bantuan ini. Tidakkah kita boleh bersangka baik daripada bersangka buruk. Tidak perlulah melabelkan seseorang sebagai bantuan firaun, pelacur,  lembu, hampas, dan banyak lagi binatang kiasan dalam isu bantuan oleh kerajaan. Faedah apa yang kita dapat mengeluarkan kenyataan sedemikian, selain menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Kenapa kita bertindak melebarkan jurang bukan merapatkannya?

Kenapa kita sengaja melakukannya, sedangkan kita tahu perpecahan melemahkan?

Wahai umatku, kita sudah terlalu banyak berpecah. Perlukah kita tambah dengan kesakitan sebegini. Jika kita ramai tidak mengapa lagi jika berpecah. Tetapi perpecahan ini telah  menjadikan kita minoriti, walaupun bilangannya agak majoriti. Sebenarnya kita sudahpun menjadi minoriti dalam majoriti.  Ini yang menjadikan orang lain mengambil kesempatan.

Pada kerambit, lebih baik kita fikirkan bersama, cara bagaimana bantuan tersebut boleh dimanfaatkan. Bagaimana RM500 boleh dikembangkan menjadi RM1000 dan berbagai gandaan lagi. Seperti yang pepatah Cina sebut, beri seseorang seekor ikan, ia hanya boleh mengenyangkan untuk satu hari, tetapi ajar bagaimana cara menangkap ikan, ia boleh mengenyangkan seumur hidup.

Keperluan mendesak hari ini adalah soal bagaimana? Kenapa tidak gunakan dana tersebut untuk melatih anak bangsa soal kemahiran. Bayangkan daripada ratusan ribu yang menerima bantuan, kita ajar mereka skill menjahit, memasak, membaiki dan sebagainya, tidakkah dana tersebut akan beranak-pinak?

Persoalan selalu dilontar, kenapa keluarga Cina boleh hidup kaya-raya di kampung Melayu yang begitu asing bagi mereka?

Kenapa orang Melayu tidak boleh hidup kaya-raya dalam perkampungan Cina?

Usahkan mahu berniaga, tempat tinggalpun, seboleh-bolehnya mereka mahu lari daripada perkampungan atau taman tersebut. Kita tidak ada daya tahan berhadapan mereka, berbanding mereka berhadapan kita. Sikap ini terus terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Bangsa Cina tidak suka anaknya duduk diam atau membaca buku sahaja. Mereka akan pastikan anaknya mewarisi skill perniagaannya.

Maka diajar anaknya bangun awal pagi, kemudian sembahyang, selepas itu menolong ibu bapa, sama menjaga kedai atau menjaga kebun. 

Persoalannya, kenapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka?

Sudahlah skill tidak dipelajari, hari ini masa banyak terbuang mengata, mengumpat dan saling dengki-mendengki.kerambit begitu teruja dengan kata-kata pemimpin Melayu ultra kiasu sehari dua ini. Katanya, selepas menguasai negara kita tidak timbul lagi soal balas dendam. Benarkah perkara tersebut akan berlaku?

Apa yang kerambit lihat, selepas menang beberapa buah negeri dalam PRU lalu, boleh dikatakan semua badan yang berada di bawah kawalan negeri berubah. Masjid surau bertukar imam dan ahli jawatan kuasa, begitu juga dengan badan-badan seperti majlis perbandaran. Semua ahli jawatan lama digugurkan, dimasukkan orang-orang mereka.

Apakah ini bukan membalas dendam?

Sebenarnya sifat inilah yang menyebabkan Melayu tidak boleh pergi jauh.Dalam diri mereka penuh hasad dengki. Di kala itu orang lain mengambil kesempatan. Justeru, sudah sampai masanya kita buang sifat-sifat negatif tersebut. Yang paling hari ini, fikirkan bagaimana cara membantu anak bangsa untuk survive dalam dunia yang mencabar hari ini. Jangan beri ikan, tetapi ajarlah mereka cara menangkap ikan......

P/s:Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan.

1MDB Beri ruang kepada Jabatan Audit Negara laksana tugas

Semua pihak perlu berhenti membuat sebarang andaian, sebaliknya memberi ruang secukupnya kepada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk melaksanakan audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, berkata pihaknya menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap kewibawaan, keupayaan dan kredibiliti JAN di bawah pimpinan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk melakukan pengauditan secara berkecuali, telus dan bertanggungjawab, lapor Bernama.

“JAN perlu diberikan ruang secukupnya bagi melaksanakan audit terhadap 1MDB dan ia perlu dilakukan tanpa sebarang rasa takut atau ada campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, berikutan terlalu banyak andaian dan maklumat yang disebarkan mengenai akaun 1MDB di media sosial, portal berita dan blog, adalah lebih baik supaya semua pihak berkepentingan agar bersabar dan menunggu kesahihan hasil pengauditan daripada JAN.

Beliau berkata, penting untuk JAN menjalankan pengauditan secara tidak tergesa-gesa dalam memastikan setiap sudut dan ruang lingkup akaun, operasi dan pelaburan 1MDB diaudit dengan teliti.

“PAC juga akan mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik menerima laporan daripada JAN sekiranya wujud penyelewengan yang boleh didakwa mengikut undang-undang SPRM,” katanya.


SI LEMBU GAGAL KELUARKAN BUKTI !!! MERAPU BILA KENA KITAI DENGAN LOKMAN ADAM

Malam tadi telah diadakan satu perdebatan diantara Rafizi Ramli, Dr Zaharuddin serta Lokman Nor Adam berkenaan dengan GST di Universiti Malaya.


Tapi malam ni jelas Sangkakala lihat bahawa Rafizi Ramli tidak mampu untuk menghuraikan apa itu GST yang dikatakan selama ini menyusahkan rakyat dan bakal membebankan rakyat.


Oleh kerana terlalu hendak menunjukkan bahawa GST itu bermasaalah dan untuk mematahkan hujah Lokman Adam, Rafizi mungkin tidak mengkaji bahawa permulaan cukai GST di Singapura sebenarnya bermula dengan 3% dan bukan 2% seperti yang disebutkan oleh beliau pada malam ni.

Lagi satu, mungkin untuk menunjukkan kehebatan beliau yang sebelum itu ditangkap oleh pasukan polis diatas akta perhimpunan aman, Rafizi jelas menipu bahawa beliau mengatakan bahawa jika beliau tidak dibebaskan untuk pergi ke UM malam ini maka pelajar UM akan merempuh balai polis Dang Wangi.

Alamak bro, ingat budak budak yang datang tu bodoh ke, itu semua budak budak terpelajar la, bukan cikai cikai nak dilambung dengan kata kata macam tu.

Berbalik pada kisah debat malam tadi, Rafizi jelas tidak mampu mengeluarkan fakta berbanding dengan Lokman Adam yang menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan GST.

Rafizi hanya mampu membuat perbandingan dengan negara luar yang mana jelas dan nyata kadar GST mereka adalah tinggi.

Ini ke tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen yang Sangkakala rasa kalau tak menipu bukan Rafizi namanya.

Jadi disini Sangkakala rasa, pelajar pelajar yang hadir tadi lebih memahami apa itu GST yang diterangkan oleh Lokman Adam berbanding dengan kisah merapu Rafizi Ramli.

Esok kita nanti kan video video menarik yang akan Sangkakala kongsikan untuk kita sama sama nilaikan siapa Rafizi Ramli.

Dia asal dari anank orang kaya ke?

Pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd. 

Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang

RM395,937.

wahHH sebagai perunding? bila masa dia nak lawat rakyat di kawasannya? banyak duit dalam tabung haji ni..dari mana duit tu datang, tak sampai sepenggal jadi Wakil Rakyat dah bertimbun cash? Gaji sebanyak itu, berapa yang dapat di simpan setiap bulan? Takkanlah masa kerja dengan Petronas gaji mengalahkan GM..

Saturday, March 7, 2015

Polis mengisytiharkan perhimpunan

Himpunan Haram KITA LAWAN yang diadakan di hadapan SOGO telah mencetuskan beberapa insiden yang tidak sepatutnya. Berdasarkan  gambar yang sedang “viral” di media sosial, tiga orang lelaki sedang “memperlekehkan” gambar Yang Dipertuan Agung.


Kerambit melihat senario ini sebagai “gerakan” jahat untuk menjatuhkan negara kita sebagai sebuah negara demokrasi berpelembagaan.  Menurut sumber dalaman, pihak polis sedang memburu tiga orang lelaki ini yang dipercayai telah menghina Yang Dipertuan Agung. 

Semoga langkah ini akan memberi pengajaran yang berguna kepada para “pemberontak” yang mewakili pakatan rakyat. 

Untuk makluman, Pergerakan #KitaLawan oleh Pemuda PKR tetap diteruskan dengan perarakan mega di Kuala Lumpur petang ini kononnya bagi mendesak kebebasan penjenayah liwat yang bernama Anwar Ibrahim.

Pihak polis telah memberi amaran agar himpunan haram #KitaLawan ini dibatalkan. Penjenayah bernama Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Umum PKR, ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas sabitan liwat terhadapnya dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. 

Pihak Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut boleh diteruskan dengan syarat ia diadakan di stadium namun begitu penganjur #KitaLawan menolaknya dan memilih melakukannya di jalanan.

Polis juga mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram, dengan alasan PKR tidak mengemukakan notis lebih awal bagi perhimpunan tersebut. Berita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Seandainya ISA tidak di mansuhkan sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.....