Wednesday, March 25, 2015

Pemimpin ....

Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya. Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam kepimpinannya supaya dia jelas melihat mengapakah sokongan daripada orang dibawahnya amat penting dan penting juga dia menjaga hubungan dengan mereka. Mari kita melihat senarai aliran dibawah.

1.Objektif

2.Tugasan

3.Orang

4.Kerjasama

5.Hasil

 Apabila kita melihat senarai aliran ini, jelaslah bahawa hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kerjasama yang baik dapat diwujudkan oleh orang bawah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dengan objektif yang jelas,mudah dan senang; yang diberikan oleh seorang pemimpin untuk dilakukan oleh orang dibawahnya.

Namun,sekiranya objektif yang tidak jelas,susah difahami dan sukar dilakukan yang diberikan oleh seorang pemimpin kepada orang dibawahnya maka ini akan membuatkan mereka susah dalam melaksanakan tugasan tersebut ditambah pula kesusahan dalam mewujudkan kerjasama antara meraka akan memberikan hasil yang kurang baik.

Kesimpulanya, seorang pemimpin perlu mengetahu objektif sesuatu tugasan itu sebelum diberikan kepada orang dibawahnya agar menyenangkan tugasan mereka lalu mereka dapat bekerjasama dan memberikan hasil yang baik.

Penting bagi seorang pemimpin menjaga orang dibawahnya. Tanpa mereka kita sebagai pemimpin akan gagal dalam memimpin. Namun bagaimana kita nak memberikan keselesaan kepada 100 atau 200 atau 300 orang dibawah kita yang memiliki pelbagai ragam dan watak?

Bagaimana kita hendak memastikan beratus-ratus orang dibawah kita ini dapat melihat objektif tugasan yang kita berikan?

Inilah yang perlu diambil serius oleh setiap pemimpin di mana mereka perlu memiliki fokus yang tinggi terhadap keadaan orang dibawah.

Pemimpin perlu memiliki imej yang baik dipandangan mata orang dibawahnya dan pemimpin perlu membawa mereka daripada sesuatu titik yang rendah kepada titik yang tinggi dan cemerlang.

Mereka perlu dorongan oleh seorang pemimpin sehinggakan mereka melihat betapa hebatnya seoarang pemimpin itu mengambil berat terhadap kejayaan dan diri mereka.

Dengan ini maka orang di bawah seseorang pemimpin itu akan menyenangi segala tindak tanduk pemimpin dan mereka akan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pemimpin dengan baik.

Apabila orang dibawah melaksanakan tugasan dengan baik maka hasil yang baik akan diperoleh dan kita akan digelar pemimpin yang berjaya.

No comments:

Post a Comment