Thursday, September 25, 2014

MENGHINA SULTAN SANGAT BIADA

Perbuatan biadap menghina sultan di laman sosial tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses demokrasi sebaliknya individu terbabit perlu diajar dengan tindakan undang-undang dengan lebih tegas.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi,kata Muhammad Fadzli Hasan, sudah sampai masa untuk satu langkah yang lebih progresif diambil bagi tangani perkara tersebut daripada terus berulang.

Akta dan undan-undang yang sedia ada perlu diperkemas. Cara penguatkuasaan dan penangkapan individu seperti ini perlu ditegaskan lagi agar sesiapa sahaja tidak sewenangnya boleh menghina institusi tertinggi dalam negara johor.

Perbuatan biadap yang ditunjukkan itu juga tidak boleh dibiarkan dan diharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas individu terbabit,

Beliau ditemui berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini, semalam.

Muhammad Fadzli mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemilik akaun bernama Faizal Sharil Rauf yang telah menghina Sultan Johor melalui akaun facebooknya.

Sementara itu, Zamhizul Ariffin Muhideen, 30, pula berkata, bagi individu yang cuba untuk melakukan penghinaan kepada sultan perlu berfikir kembali bagaimana jika bahasa kesat yang digunakan itu terkena kepada ibu bapa mereka.

Katanya, tindakan individu tersebut juga jelas menunjukkan kebiadapan sehingga sanggup menggunakan ayat yang tidak bertamadun itu terhadap sultan yang sangat dikasihi warga Johor.

“Sebagai rakyat kita amat menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor malah amat menyayangi baginda. Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan raja berpelembagaan wajib menjunjung taat setia pada sultan.

Jika mahu bertindak biadap pihak seperti individu tersebut, boleh keluar dari negara ini. Rakyat yang tidak pandai menghormati tidak diperlukan disini.

No comments:

Post a Comment