Sunday, September 28, 2014

ANWAR IBRAHIM DOT COM (AIDC) BERKUBUR BEGITU SAHAJA!

Sehari sebelum PRK Galas dan Batu Sapi, KS ada mendapat sms dari blogger  mengenai blog AIDC akan ditutup disebabkan masalah tertentu. Sehari selepas tu, Mc sendiri ada berburak dengan Timbalan Editor AIDC, apakah benar blog AIDC akan menamatkan operasinya.

Mengikut katanya, memang benar AIDC akan ditutup disebabkan 'masalah' tertentu, sudah banyak kali mereka cuba selamatkan AIDC tetapi akhirnya segala usaha mereka gagal.

Tahukah anda, jika blog AIDC menamatkan operasinya, kita akan kehilangan sumber maklumat mengenai salah laku Anwar di dalam dan luar negara. Selama ini Anwar dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat, baik di dalam atau luar negeri. Selepas wujudnya AIDC, membongkarkan segala salah laku Anwar didalam dan luar negara, termasuk salah laku seks liwatnya. Baru kita kenal siapa makhluk bernama Anwar ini.

Dulu Anwar amat disanjung oleh puak Pakatan Haram. Dia dianggap seolah 'dewata' pembangkang yang turun untuk menjajah Malaysia dari Barisan Nasional, tapi selepas pendedahan demi pendedahan mengenai Anwar. Sekarang, puak pembangkang sendiri sudah curiga dan ragu2 dengan Anwar. Walaupun masih ada yang tidak percaya, tetapi keraguan sudah wujud didalam hati mereka.

Dulu siapa tahu Anwar seorang ejen CIA, NED, IMF dan bermacam2 lagi. Walaupun ada khabar angin tapi dengan mudah Anwar nafikan.

Dulu siapa tahu Anwar seorang peliwat dan penzina tegar??

Dulu siapa tahu Anwar seorang penipu, pembohong dan kaki kelentong.

Sejak pendedahan AIDC secara teliti dan detailnya mengenai salah laku Anwar di luar negara yang menyokong dasar2 barat yang keji, serta terbabitnya Anwar dengan yahudi. Baru kita tahu hati perut Anwar sebenarnya. 

Pendedahan kawan2 yahudi Anwar seperti Wolfwitz, Soros, Madam Al-bright dan Al-Gore yang sememangnya anti Islam mendedahkan hati perut Anwar sebenarnya.

Juga sokongan bertalu-talu Anwar terhadap demokrasi dan Islam liberal (contoh negara Turki) mendedahkan betapa dia ingin menjadikan Malaysia sebagai negara bebas 'meliwat'.

Dulu ada kita mengenai semua ini?? Siapa yang beritahu kita mengenai hal ini? Berbukti, bergambar dan berfakta? 

Bukahkah blog AIDC?

Adakah blog AIDC masih relevan dipertahankan?

YAA.. jangan tutup blog AIDC.. sama2lah kita pertahankan.

No comments:

Post a Comment