Friday, September 12, 2014

Ikhlas atau kesempatan


Ideologi Berbeza Tak Mungkin Sepakat Tapi Saling Ambil Kesempatan

Pelbagai kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang menampakkan kecacatan yang terselah selama ini disembunyi lantaran kegagalan dalam mencapai idelologi yang sama akhirnya membawa ketidaksepakatan membuat keputusan hingga kini.

apabila banyak isu yang bertentangan antara PKR dan Pas maka jelaslah bahawa kedua-dua parti tersebut seakan saling mengambil kesempatan untuk kepentingan masing-masing dan kemudiannya saling menuding jari.

Di Dalam isu Negeri Selangor misalnya, PKR banyak memainkan peranan biarpun Pas mempunyai bilangan kerusi DUN yang banyak di negeri itu. Sementara bagi Pas pula ternyata mereka amat kelam-kabut dalam membuat keputusan dan memberikan sokongan sehinggakan berlaku salah faham dan kenyataan yang bercanggah.

apabila antara kedua-dua parti saling bertentangan maka dapat dibuktikan bahawa selama ini antara mereka sememangnya hanya saling mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing tanpa mencapai satu persetujuan yang sama.

Adakah ini namanya pakatan sedangkan realitinya telah terserlah bahawa mereka tidak pernah sepakat kerana hanya satu parti sahaja yang mendominasi sedangkan Pas terpaksa berhempas pulas manakala Dap pula lebih suka mengambil jalan selamat.

Berbagai isu politik yang membabitkan ketiga-tiga parti tidak selesai malah semakin kritikal sebagaimana di Selangor dan kemudiannya dikatakan melarat ke Pengkalan Kubor yang bakal berdepan dengan pilihan raya kecil tidak lama lagi.

kerusi DUN Pengkalan Kubor menjadi pertelingkahan antara PKR dan Pas untuk meletakkan calon dalam PRK ekoran kekosongan setelah wakil rakyatnya meninggal dunia.

Jika mereka ada keikhlasan dan saling percaya maka tentunya tidak akan berlaku perselisihan namun yang kemudiannya melarat secara terbuka.

Sememangnya ini semua bukan sesuatu yang menghairankan malahan telah dijangka sejak awal lagi apabila mereka membentuk pakatan namun apabila berlaku pertikaian seperti ini maka tentunya rakyat yang menjadi mangsa.

dengan apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang maka ia dapat dijadikan penilaian untuk rakyat melihat sikap saling menyalahkan dan saling mengambil kesempatan antara satu sama lain.

Lihatlah bagaimana pentadbiran di Selangor yang mana rakyatnya terpaksa berdepan masalah air, isu perumahan kos rendah dan macam-macam lagi yang tidak selesai sedangkan dalam manifesto yang lalu macam-macam janji dibuat.

Dalam BN itu semua tidak berlaku walaupun mempunyai kesepakatan 13 parti kompenan malahan semua perselisihan atau perbezaan pendapat dibawa ke meja rundingan dan diselesaikan secara matang tanpa mengalihkan fokus untuk membantu rakyat.

No comments:

Post a Comment