Sunday, May 4, 2014

titik-tolak undang-undang Hudud

Kawan-kawan sekelian... Pembentangan Undang-Undang Persendirian (Private Bill) Kelantan yang kita harap akan menjadi titik-tolak undang-undang Hudud di seluruh Malaysia bukanlah perjalanan yang mudah dan singkat....

Banyak akta dan artikel Perlembagaan perlu dipinda, dimansuhkan atau digubal.. Antaranya Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593), AKta Polis 1967 (Akta 344) dan lain-lain lagi....

Malahan beberapa perkara dalam Perlembagaan perlulah kita pinda dan ditambah nilai supaya Islam lebih terpelihara di Malaysia...

Antaranya adalah...

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mendefinasikan Islam sebagai Agama Bagi Persekutuan....

Kita mohon supaya ditambahkan frasa "Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mana sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan segala urusan pentadbiran mestilah tidak menyalahi undang-undang Islam"

Tambah -
Perkara 3 (5) - sebarang definasi mengenai Islam mestilah merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Perkara 3 (6) Hendaklah dilantik seorang Mufti Negara Malaysia yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja dengan kuasa dan taraf Menteri sebagai wakil Raja-Raja Melayu dan YDP Agong dalam Parlimen dan Kabinet Persekutuan.

Perkara 3 (6) (1) - Mufti tersebut mestilah mengetuai Majlis Fatwa Kebangsaan dan lain-lain agensi berkaitan Islam termasuklah menjadi ketua kepada semua mufti negeri bagi tujuan penguatkuasaan dan penyelarasan undang-undang Syariah.

Kita juga bercadang untuk mengesa pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang mendefinasikan melayu juga terpakai kepada semua kaum yang beragama Islam secara automatik. Ini bermakna, mana2 orang etnik bukan melayu seperti cina, india dan lain-lain yang memeluk Islam diikhtiraf sebagai Melayu dan berhak mendapat segala keistimewaan sebagai Melayu seperti mana yaang disebut dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan secara jelas mendefinasikan melayu bukan berdasarkan ras, warna kulit atau bangsa melainkan didefinasikan berdasarkan agamanya iaitu Islam, mengamalkan cara hidup Melayu ;- yang pada definatif kami adalah cara hidup atau adat orang Islam di Malaysia yang tidak bersalahan dengan hukum syarak serta bertutur dalam bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan masyarakat.....

Ini merupakan sebahagian dari beberapa penambahan yang mungkin akan dimuatkan dalam Memorandum ini atau Memorandum lain kelak. Kerjasama dan sokongan anda, InsyaAllah akan memudahkan perjuangan kita ini kelak...

Untuk makluman sahabat-sahabat sekelian... Kita sedang menunggu beberapa NGO untuk menghantar maklumbalas Memorandum ini (ditandatangani dan diposkan kepada Sekretariat Hudud4Malaysia). Setakat ini, beberapa NGO sudah bersedia bersama iaitu Kelab Suara UMNO Malaysia, Pertubuhan Barisan 33 Malaysia, Yayasan MAYS, Yayasan Nusantara, Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Makmal Media Sosial Kebangsaan, Persatuan Belia Komuniti Wangsa Maju, Persatuan Belia Bandar Ampang Jaya, Persatuan Belia Bandar Wilayah Persekutuan....

Kita menyasarkan sekurang-kurangnya 50 NGO bersama kami untuk menyampaikan sendiri memorandum ini kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dan Ahli-Ahli Parlimen Muslim dalam masa terdekat ini di Parlimen. Jika anda mewakili mana-mana NGO yang berminat untuk bersama kami, anda bolehlah menghubungi di facebook menggunakan ID ini atau berhubung di pages https://www.facebook.com/Hudud4Malaysia

Kami juga sedang merancang "road show" penerangan Hudud ke seluruh Malaysia bagi memberikan kefahaman perihal hudud ini kepada rakyat muslim dan bukan muslim.

Sekiranya, matlamat kami tidak menepati sasaran minima 100 ribu penandatangan petisyen online ini, InsyaAllah kami akan turun ke jalanan untuk mendapatkan tandatangan sokongan dari rakyat marhein. Beberapa lokasi strategik telah dikenalpasti seperti di stesen LRT Masjid Jamek, Sogo dan KL Sentral. Mana-mana sukarelawan boleh bersama kami. Like dan berhubunglah dengan kami di https://www.facebook.com/Hudud4Malaysia

Kami merayu tuan/puan untuk menyebarkan petisyen ini dan menyeru rakan-rakan tuan/puan untuk menandatangani petisyen ini. Semoga dengan usaha tuan/puan ini, Allah memudahkan Hudud dan undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia... InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment