Bedentum bagai guruh dilangit punya riuh para macai penjilat Pakatan Rakyat apabila cytro pro-BN menyiarkan gambar seorang model/pelakon Filipina yang digandingkan dengan Dyana Sofya. Mereka terus menempelak, mengecam dan menyerang blog mahupun laman Facebook cytro pro-BN kerana kononnya telah menfitnah Setiausaha Politik Lim Kit Siang dengan gambar palsu.
Tanpa mereka sedari, sebenarnya ia hanyalah merupakan episod sindiran kepada kaum macai penjilat Pakatan Rakyat yang kalau kita perhatikan pada setiap masa menggunakan pelbagai isu fitnah untuk menggambarkan kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan zalim.
Contoh terbaik adalah GST. Tentu sebahagian daripada anda pernah mendengar para macai pnjilat Pakatan Rakyat menterjemahkan GST sebagai GOVERNMENT SERVICE TAX bukannya GOODS SERVICE TAX sekaligus menggambarkan bahawa GST adalah cukaitambahan kepada cukai sedia ada sekarang iaitu SST (SALES SERVICES TAX) yang berjumlah 16%. Dan tentu juga kita telah mendengar bagaimana para macai penjilat Pakatan Rakyat menggambarkan cukai GST 6% yang akan dilaksanakan pada April 2015 adalah tambahan kepada 16% SST sedia ada sekarang, sekaligus menjadikan cukai barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar oleh pengguna adalah 22%.
Perhatikan bagaimana barua ni memanipulasikan pembohongan ini secara terang-terangan dan tanpa sedikit pun perasaan malu. Sehinggakan ada yang dengan nada menyindir mewuar-uarkan kononnya kenaikan cukai tersebut adalah ‘pengorbanan’ yang perlu dilakukan oleh rakyat untuk membiayai kehidupan mewah Rosmah Mansor.
Itu baru satu contoh. Bagaimana pula dengan contoh terbaru apabila para macai penjilat Pakatan Rakyat segera membohongi rakyat bahawa tarif elektrik akan naik berdasarkan kepada ucapan Perdana Menteri siang tadi bahawa tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi mengelakkan TNB daripada mengalami penyusutan keuntungan atau defisit?
Sedangkan ucapan Najib itu sebenarnya mengulas kepada kenaikan yang dibuat pada tahun lepas, bukannya kenaikan baru yang akan dikenakan kepada rakyat, para macai penjilat Pakatan Rakyat melihat peluang ini untuk menjatuhkan dan menghitamkan Najib Abdul Razak, UMNO dan Barisan Nasional dengan sehitam-hitamnya.
Dalam isu kenaikan barangan, etika yang ditunjukkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih buruk berbanding penyiaran gambar model Filipina berbikini oleh cytro pro-BN. Penentuan harga barangan di pasaran ditentukan oleh prinsip permintaan dan penawaran. Malaysia bukannya sebuah negara sosialis mahupun komunis yang mempunyai mekanisme kawalan harga bagi setiap barangan mahupun perkhidmatan.
Para macai penjilat Pakatan Rakyat membutakan mata dan sengaja MEMBODOHKAN DIRI sendiri apabila mereka cuba menafikan kewujudan serta kekuasan kaum pemborong dan orang tengah yang merupakan kuasa terbesar dalam penentuan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini.
Seringkali penguatkuasaan kerajaan dan upaya untuk merendahkan harga barangan serta perkhidmatan dinafikan oleh kaum pemborong dan orang tengah yang menguasai pelbagai sektor perniagaan dan pembekalan dalam negara ini. Walaupun kerajaan cuba untuk mengenakan harga siling, namun akhirnya kerajaan terpaksa akur dengan perbuatan pemborong dan orang tengah yang menaikkan harga dengan pelbagai alasan termasuklah peningkatan harga barangan mentah dari luar negara kerana pelbagai faktor termasuklah faktor cuaca.
Pernah atau tidak anda melihat para macai penjilat Pakatan Rakyat menyalahkan kaum pemborong dan orang tengah yang mengawal dan menentukan harga untuk perkhidmatan dan barangan dalam negara ini?
Sudah tentu tidak kerana para pemborong dan orang tengah itu merupakan pendokong kuat kempen DAP dan PKR untuk menunjukkan betapa teruknya kerajaan Malaysia yang kegemarannya adalah untuk menaikkan harga. Bahkan dengan sikap kerajaan yang kerap kali terpaksa berlembut dan kemudian mencipta alasan agar perkhidmatan dan barangan tidak disorok atau dikurangkan dari pasaran, membuatkan para pemborong dan orang tengah semakin besar kepala untuk berbuat sesuka hati mereka.
Justeru apabila mereka semua menyalak dan merengek apabila gambar pemimpin atau idola kesayangan mereka ‘ditelanjangkan’, kemudian berkokok tentang etika, moral dan nilai-nilai murni, seharusnya mereka melihat dan menilai perbuatan sendiri. Adakah tindakan dan amalan fitnah yang menjadi darah daging mereka, jauh lebih murni berbanding penyiaran gambar separuh telanjang yang menyerupai idola mereka dalam Pakatan Rakyat.
Dan bagaimana pula reaksi mereka sekiranya gambar tersebut dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional ? Adakah mereka akan memberikan reaksi yang serupa atau mereka pula yang menambah-nambah untuk disensasikan lagi sebagaimana mereka melakukannya dalam bentuk CINCIN BERLIAN RM24 JUTA, PEMBUNUHAN ALTANTUYA, REZAB TANAH MELAYU dan seribu satu macam isu sensasi yang lain?
No comments:
Post a Comment