Saturday, May 17, 2014

Dyana Sofya melayu DAP.....!!!

 

Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27tahun, hari ini dinamakan sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan.


Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.

Majlis pengumuman itu dibuat di Pusat Operasi Utama PRK Teluk Intan pada pukul 12.56 tengah hari tadi selepas pemilihan calon itu diputuskan malam semalam oleh pucuk pimpinan DAP.

Dyana dikatakan  mengetepikan bekas ketua penerangan pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang terkenal di pentas ceramah dan kerap mencetuskan kontroversi melalui ceramahnya.

Guan Eng turut melancarkan Jentera Pakatan Rakyat Pilihan Raya Kecil P076 Teluk Intan.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Kit Siang dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Sekiranya menang, Dyana Sofya akan jadi ahli parlimen Melayu ketiga DAP dalam penggal Parlimen ini selepas Zairil Khir Johari (Bayan Baru) dan Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub).

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 setahun yang lalu, calon DAP, Seah Leong Peng mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Leong Peng meninggal dunia pada 1 Mei lalu.

BN dijangka akan menurunkan semula Siew Keong yang kini Presiden Gerakan.

Dyana Sofya merupakan gadis kelahiran Ipoh, Perak dan merupakan seorang peguam dan mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menyertai DAP pada tahun 2011.

Sejak dari zaman universitinya, Dyana sememangnya merupakan aktivis pelajar dan selalu terlibat dengan aktiviti perbahasan antara universiti.

Malah beliau tidak turut ketinggalan menerima tempias kontroversi apabila sebuah foto berbikini oleh seorang aktres Filipina telah dikaitkan dengan penampilan.

Namun, fitnah dan tohmahan yang diterima itu tidaklah melemahkan semangat beliau untuk terus berpolitik......

No comments:

Post a Comment