Aktiviti keganasan adalah antara ciri yang ada pada kumpulan pengganas. Kumpulan terbabit wujud di seluruh dunia. Tokoh pemikir dari Turki, Harun Yahya (Adnan Mokhtar), menyebut terdapat hampir 500 kelompok pengganas di dunia dan ada di antaranya mempunyai jaringan antarabangsa yang luas.
Mereka mempunyai pelbagai agenda yang dikaitkan dengan perjuangan agama,

kaum dan politik yang keamanan dunia. Keganasan adalah musuh kemanusiaan yang wajib dibendung dan dihapuskan. Kita tidak mahu negara ini dijadikan pangkalan gerakan militan atau kumpulanpengganas sama ada dari dalam atau dari luar”
Pada asasnya, aktiviti kumpulan pengganas bertujuan menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam bagi mencapai matlamat dan agenda politik atau ideologi mereka, termasuk menggulingkan kerajaan.
Pengkaji Barat membahagi keganasan kepada dua iaitu ‘keganasan suci’ dan ‘keganasan sekular.’ ‘Keganasan suci’ dikaitkan dengan keagamaan yang berpunca daripada kefahaman yang salah terhadap nilai keagamaan, sehingga menumbuhkan fanatisme atau ketaasuban melampau dalam kalangan pengikut dan pendukungnya.
Bukan perjuangan jihad
‘Keganasan sekular’ pula didorong oleh tujuan politik, ideologi dan kekuasaan. Termasuk juga keganasan jenis ini oleh sesebuah negara (state terror) ke atas negara lain. Ada juga ‘state terror’ yang ditegakkan di atas nama pembinaan negara bangsa seperti negara haram Zionis di bumi Palestin.
Namun, perlu dinyatakan di sini bahawa ‘keganasan suci’ tiada kena mengena dengan konsep jihad dalam Islam. ‘Jihad’ berasal dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna ‘menggunakan segala daya upaya (usaha) dengan penuh kesungguhan untuk memperjuang atau mendapatkan sesuatu.’
Jihad menurut definisi syariah pula membawa makna menentang musuh Islam di medan pertempuran untuk menegakkan kalimah Allah serta menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah Islamiah.
Matlamat dan sasaran jihad adalah jelas. Sebaliknya, perjuangan kumpulan pengganas penuh kekeliruan, kecelaruan dan sering kali berasaskan tafsiran yang menyimpang.
Kita tidak mahu negara ini dijadikan pangkalan gerakan militan atau kumpulan pengganas sama ada dari dalam mahupun dari luar. Suatu ketika dulu, negara pernah berhadapan dengan kumpulan pengganas komunis.
Kita juga pernah berhadapan dengan beberapa ancaman keganasan seperti yang cuba dilakukan oleh kumpulan al-Maunah pada Jun tahun 2000, yang nekad melakukan pencerobohan ke atas kem Rejimen Askar Wataniah dan melarikan sejumlah besar senjata api serta mendirikan kubu rahsianya di kawasan hutan di Sauk, Perak.
Aktif rekrut generasi muda
Kumpulan militan lain yang pernah menggemparkan negara ialah Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Jemaah Islamiah (JI) dan Daulat Islamiah (DI). Pada Jun 2010, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan wujudnya cubaan kumpulan militan JI yang aktif merekrut generasi muda di negara ini, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Selain itu, polis turut mengesan kehadiran beberapa pemimpin kanan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) yang cuba menjadikan negara ini sebagai tempat perlindungan dan pangkalan logistik mereka. Baru-baru ini juga polis menahan 11 suspek militan di ibu negara dan Kedah.
Pengarang kitab Al-Ahkam As-Sulthaniya, Al-Mawardi menyebut di antara tugas utama kerajaan ialah menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat, supaya dapat hidup tenang dan aman tanpa sebarang ketakutan dan gangguan dari mereka yang tidak bertanggungjawab.
Bagi Al-Mawardi, kerajaan yang berwibawa mesti dapat mempersatukan aspirasi masyarakat, mencegah perpecahan sosial, mencegah pemberontakan (militan dan keganasan), menjaga agama serta melindungi jiwa dan harta masyarakat sepanjang masa.
Kerajaan mesti berupaya mengekang potensi kerosakan yang boleh dicetuskan oleh musuh negara. Aspek kemaslahatan umum menjadi pertimbangan utama kerajaan, bukannya suara mereka yang mempunyai agenda sempit yang boleh merosakkan masa depan negara. Justeru, langkah kerajaan memperkenalkan Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 bertepatan dengan ancaman keganasan global hari ini.
Kesimpulannya, keganasan adalah musuh kemanusiaan yang wajib dibendung dan dihapuskan.
Kumpulan pengganas sering mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa serta memusnahkan harta benda hingga meninggalkan kesan psikologi yang cukup mendalam kepada mangsa.

-Dari sumber -
No comments:
Post a Comment