Sunday, May 11, 2014

Perhebat Gerak Kerja Parti...!!!

 Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar lebih 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara memperhebatkan gerak kerja parti dalam usaha untuk memperkukuhkan dan memantapkan kekuatan UMNO di peringkat akar umbi dalam menghadapi cabaran pada masa yang akan datang.

Menurut Datuk Seri Najib, sekiranya 20 ,000  cawangan UMNO di seluruh negara ini bergerak insyaAllah, UMNO akan mempunyai  kekuatan yang  baru untuk memastikan kejayaan parti ini pada masa akan datang.

Kepimpinan UMNO baik di peringkat cawangan, bahagian dan negeri perlu sentiasa mengadakan mesyuarat setiap sebulan sekali bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing. Sebab itulah Datuk Seri Najib tekankan KPI.

Jangan hanya ada nama cawangan atau pun bahagian, tetapi bermesyuarat hanya setahun sekali.Datuk Seri NAJIB  tidak mahu perkara ini. 

Datuk Seri Najib mahu setiap pemimpin di semua peringkat bertanggungjawab sepenuhnya. Jangan hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata. Parti mesti digerakkan di semua peringkat,” jelas Datuk Seri Najib ketika berucap di majlis sambutan ulang tahun UMNO ke 68 bertempat di Dewan Merdekat, PWTC hari ini.

ucapan-presiden-najib-razak-semangat-ahli-hidup-umno-sambutan-ulang-tahun-hari-umno-2014-pwtc

Kata Datuk Seri Najib, sebagai sebuah parti yang ingin terus berkuasa, ahli-ahli UMNO perlu melihat kepada kekuatan masing-masing dan disamping itu juga,  harus menyedari di mana kelemahan dan kekurangan yang boleh diperbaiki.

“Segala kekurangan dan kelemahan itu perlulah kita tampung dan ahli-ahli UMNO perlu lakukan muhasabah sepanjang masa. Inilah asas kejayaan kita selama ini. Dan kejayaan inilah yang mesti kita pupuk dan mesti diperkuatkan lagi.

“UMNO menjaga kepentingan ahli- ahli dan pada masa yang sama, UMNO juga mengharapkan agar ahli menjalankan kewajipan dan tugas-tugas mereka, memahami bahawa persekitaran kita hari ini lebih mencabar dari masa-masa yang lalu. Jika kita bersikap demikian dan terbuka, maka lebih mudah bagi kita untuk melihat bagaimana kita boleh melakukan penambaikan untuk diri kita dan parti.

Selain itu kata Datuk Seri  Najib lagi, dalam persekitaran politik hari ini, ahli-ahli UMNO tidak boleh bergantung kepada kawasan luar bandar sahaja. UMNO perlu mengekalkan sokongan di luar bandar dan disamping itu perlu memberikan tumpuan terhadap pengundi  di kawasan bandar.

Datuk Seri Najib turut menyentuh tentang penglibatan golongan intelek dan cendekiawan yang  mesti diberi tempat dan ruang di dalam UMNO untuk berkhidmat,agar UMNO  tidak ketandusan nilai intelek dalam kepimpinan UMNO di semua peringkat.

“UMNO juga perlu menarik golongan ulama untuk duduk sebaris dengan kita, kerana golongan ulama dan umarak amat penting untuk bekerjasama demi Islam dan masa depannya.

Selain itu, UMNO juga perlu melihatkan kebangkitan media sosial yang kebanyakannya dikuasai oleh golongan muda,  di mana Malaysia merupakan pengamal media sosial antara terbesar di dunia seperti contohnya 14 juta akaun facebook wujud di negara ini.

“Ini semua mengingatkan kita, media sosial merupakan ruang yang boleh dikatakan neutral, jadi sesiapa yang dapat mewarnai ruang tersebut maka disitulah pengaruhnya, samada kita dapat menguasai pemikiran rakyat atau tidak, khususnya di kalangan orang muda.

Datuk Seri Najib juga ingin mengingatkan kepada semua ahli-ahli UMNO yang terlibat dalam media sosial agar tidak memberikan input dan info yang semberono sahaja.

Apa yang penting kata Datuk Seri Najib, ahli-ahli UMNO perlu faham bahawa asas prinsip perjuangan kita sepertimana yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu kita tidak berubah dan masih kekal sehingga ke hari ini.

“Jika kita sebut tentang Islam, UMNO merupakan parti yang paling besar sekali sejarah dan jasanya dalam memertabatkan Islam di tanahair ini. Sebab itulah, bila kita sebut perjuangan kita untuk Islam berasas kepada maqasid syariah, patut sudah sampai masanya kita mengugubal  indek syariah di peringkat antarabangsa, supaya para ulama muktabar peringkat antarabangsa boleh menilai perjuangan UMNO mengikut lunas-lunas Islam.

Datuk Seri Najib yakin dan percaya, jika indeks syariah itu nanti kalau dapat digubal oleh ulama-ulama muktabar di peringkat antarabangsa, ia akan memperlihatkan bahawa UMNO telah banyak berjuang untuk menegakkan Islam di tanah air ini.

“Begitu juga dengan pendekatan konsep wasatiyah yang kita amalkan di mana tonggaknya adalah keadilan bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam. Wasatiyah juga bererti kecemerlangan, kesimbangan, kesederhaan di mana ianya berada di tengah-tengah antara pemahaman yang  ekstrim dan liberal.

upacara-naik-bendera-lagu-potong-pulut-kuning-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014

najib-muhyiddin-tengku-adnan-potong-pulut-kuning-upacara-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014-pwtc

No comments:

Post a Comment