UMNO perlu mencari kaedah yang lebih komprehensif bagi mendekatkan golongan muda terhadap perjuangangan parti
selagi golongan muda tidak didedah dan diterapkan dengan falsafah perjuangan asal UMNO maka selagi itulah mereka tidak mengenali dan menghargai sumbangan parti terhadap pembinaan negara bangsa.
Sebagai pemimpin UMNO, kita perlu bersifat terbuka dan bersedia memberi laluan kepada anak-anak muda melibatkan diri dan sekaligus memberi peluang kepada mereka menerajui parti tegasnya.
Masalahnya , ada kalangan pemimpin parti yang sepatutnya berundur masih keberatan untuk melepaskan jawatan kerana atas sebab kepentingan peribadi.
“Ini masalah yang kita kena akui dan gejala ini juga menjadi salah satu punca kenapa anak-anak muda agak keberatan untuk menyertai UMNO.
Secara jujurnya Kerambit menegaskan, kengkangan dan halangan tersebut perlu diruntuhkan supaya anak-anak muda akan aktif bersama UMNO.
Kerambit mengingatkan, apabila golongan muda menjauhkan diri daripada UMNO, kesempatan itu telah dieksploitasikan oleh pihak pembangkang.
Apabila anak muda tidak tahu perkembangan dan sejarah perjuangan UMNO, kita bimbang pembangkang akan meracuni pemikiran dengan dakyah dan fitnah.
UMNO perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada pembabitan golongan muda kerana mereka merupakan pewaris kepada masa depan negara.
“UMNO perlu mempunyai pemimpin pelapis, untuk itu mereka perlu diberikan peluang dan ruang mendekatkan diri dengan parti.
“Biar mereka (anak muda) dekatkan diri dengan UMNO, berikan mereka peluang kerana mereka penentu masa depan UMNO.
No comments:
Post a Comment