Saturday, May 17, 2014

Apakah Lembaga Disiplin PKR Pilih Bulu Bila “Jerung Besar” Terlepas Tindakan?

Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempertikaikan tindakan LembagaDiscipline  PKR yang hanya mengambil tindakan terhadap ‘anak ikan’ tetapi ‘jerung besar’ dibiarkan bebas.

cabang-ranting-pengerusi-jpp-jawatankuasa-pemilihan-pusat-pkr-sendiri-kacau-bilau-haru-biru-tipu-bohong-undi-johari-abdul

Jelasnya, sekiranya Lembaga Disiplin PKR telus dan jujur, seharusnya Penyandang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim turut dikenakan tindakan serta disiasat.

“Azmin didakwa terlibat dengan memanipulasi undi di Batang Sadong, Sarawak. Proses pengiraan undi di sana dikatakan dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet dan pintu lambat dibuka malah berlaku ‘blackout’. Apabila ada dakwaan sebegini seharusnya Azmin juga dikenakan tindakan serta disiasat.

“Khalid pula didakwa terlibat dengan politik wang. S. Manikavasagam salah seorang daripada lapan orang yang dikenakan tindakan mendakwa mempunyai bukti bahwa Khalid melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor.

“Jadi, mengapa mereka ini tidak disiasat atau Lembaga Disiplin PKR mempunyai ‘double-standard’ didalam mengambil tindakan.

“Atau tindakan yang diambil ini hanyalah satu lagi gimik politik dan mereka ini hanya menjadi kambing hitam.

Tambah Rahimi, Lembaga Disiplin PKR seakan menjadi patung wayang kulit yang bergerak mengikut rentak tok dalang.

Sebelum ini Lembanga Disiplin PKR mengumumkan menggantung keahlian lapan ahli parti serta-merta sehingga siasatan selesai berkaitan salah laku sepanjang Pemilihan PKR diadakan. 

No comments:

Post a Comment