Friday, May 9, 2014

Kerana wang bagsa tergadai ....!!!






Jangan kerana wang ringgit anak muda hari ini sanggup menggadaikan perpaduan serta keamanan negara yang dikecapi sejak merdeka.

Itulah antara ingatan datok kerambit kepada generasi masa kini yang dilihat kian tidak menghargai erti kemerdekaan dan keamanan negara sehingga sanggup menyertai demonstrasi jalanan.

Menurut datuk kerambit yang beusia 80 tahun, anak muda hari ini semakin lupa tentang pengorbanan, perjuangan serta kepayahan pemimpin termasuk anggota pasukan keselamatan untuk membebaskan negara daripada jajahan kuasa luar.

Apa lagi yang mereka mahu, hidup pun sudah senang-lenang,  rasanya  mereka pun tidak perlu lagi angkat senjata untuk berperang.

Tetapi apa yang menyedihkan, mereka ini (anak muda) sanggup memberontak menyertai demonstrasi jalanan buat kacau-bilau sehingga menyusahkan dan merugikan orang ramai, kalau ditanya mengapa sertai perhimpunan itu mereka sendiri pun tidak tahu apa yang diperjuangkan.

lebih memalukan, golongan yang menyertai perhimpunan atau demonstrasi jalanan baru-baru ini dimaklumkan menerima bayaran antara RM200 dan RM300 daripada pihak tertentu.
Apalah sangat erti RM200 kalau nak dinilai dengan keamanan, sedangkan mereka tidak tahu ada anasir luar yang mendalanginya bertepuk tangan kerana anak bangsa kita memberontak tidak tentu hala.



amat sedih lagi  dengan sikap segelintir anak muda yang menjadi mangsa kepada kuasa luar yang mencemburui perpaduan serta kesejahteraan yang dimiliki negara ini.
Mereka sanggup menyalurkan dana supaya kita bergaduh antara satu sama lain serta menentang kerajaan. Mereka yang menyertai perhimpunan jalanan  tergamak menggadaikan maruah serta perpaduan masyarakat semata-mata kerana menerima bayaran.

Kalau negara huru-hara semua orang bergaduh, adakah berbaloi dengan bayaran yang diterima mereka dan adakah ia sama dengan nilai perjuangan meraih kemerdekaan negara?
anak muda hari ini, mudah terpedaya dan terlalu terikut-ikut dengan elemen negatif.Semuanya berpunca daripada ibu bapa, mereka terlalu manjakan anak-anak, sehinggakan anak-anak sendiri lebih mempercayai kata-kata rakan sebaya daripada nasihat ibu bapa.
Ini yang membuatkan mereka mudah terpesong sekali gus menjadikan mereka ini bersikap menentang.

No comments:

Post a Comment