Friday, May 30, 2014

Pakatan pembangkang perlu cermin diri sebelum menuduh.


pakatan pembangkang patut mencermin muka mereka terlebih dahulu sebelum layak menggunakan modal isu rasuah dan samseng untuk menyerang Barisan Nasional (BN) ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Sepatutnya pakatan pembangkang perlu berasa malu untuk menuduh pihak lain sedangkan mereka sendiri terpalit dengan pelbagai isu penyelewengan, budaya samseng dan kurang ajar.

Pakatan pembangkang sering menuduh UMNO dan kerajaan rasuah tetapi adakah mereka cermin diri mereka sendiri?

 Negara kita mempunyai sistem yang baik jadi mengapa menuduh di pentas politik. Kalau ada bukti laporkanlah kepada pihak berwajib kerana kalau sekadar tuduhan kosong maka ianya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk meraih undi semata-mata.

Pakatan pembangkang  juga tuduh UMNO samseng  tapi tidakkah mereka lihat sepanjang berlangsung Pemilihan PKR, DAP  baik yang dahulu mahupun yang terkini. Parti mana yang sebenarnya samseng?

Begitu juga ketika mereka berdemonstrasi,Ianya penuh dengan unsur gengsterism Ianya terbukti apabila banyak berlakunya kerosakan harta benda awam termasuk nyawa pihak berkuasa.  

Jadi mereka tidak layak untuk tuduh parti lain kerana sebenarnya mereka yang lakukan,dengan Jelas  lagi pembangkang umpama meludah ke langit akhirnya kena ke muka sendiri.

jika dilihat bagaimana pentadbiran negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, mereka juga sebenarnya tidak terlepas daripada isu rasuah malah beberapa kali telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini bermaksud mereka juga sebenarnya tidak lekang daripada isu rasuah. Jadi jangan tuduh orang lain kerana mereka juga tidak sempurna. Bersihkan parti sendiri baru hendak menuding jari kepada orang lain.

Kita lihat bagaimana celarunya sistem pemilihan PKR apabila terjadinya skandal rasuah, pembelian undi, baling kerusi dan sebagainya. Bagi kerambit pembangkang yang ada di negara ini tidak berkualiti dan mereka hanya bertujuan mahu menjatuhkan pemimpin negara atas alasan peribadi dan sama sekali tidak mempedulikan kebajikan rakyat mahukan pembangunan negara.

apa layak pakatan pembangkang di negara ini ?

No comments:

Post a Comment