Saturday, May 3, 2014

Selesai Secara Berperingkat Hakmilik Tanah

Kerajaan negeri Johor melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta bagi pengambilan balik tanah seluas 14 hektar di kawasan Senibong daripada syarikat Tebrau Teguh Berhad.

Ini bagi menunaikan janji kerajaan negeri di bawah bekas menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini untuk memberikan hakmilik tanah kepada penduduk Kampung Senibong.Kerajaan negeri sedang menyelesaikan permohonan yang dikemukakan penduduk kampung tersebut dan untuk itu kerajaan negeri sedang mengumpul dana RM23 juta bagi tujuan ambil balik tanah bagi menyempurnakan janji kerajaan negeri kepada penduduk. 



Pihak Tebrau Teguh memahami janji kerajaan kepada penduduk kampung yang terlibat dan tahu memang sudah terdapat permohonan hakmilik tanah oleh penduduk kampung semasa mengambil alih tanah yang terlibat daripada KPRJ.beliau berharap Tebrau Teguh tidak melakukan apa-apa transaksi di atas tanah yang telah dijanjikan kerajaan itu termasuk di Kampung Rumah 10, Kampung Plentong, Kampung Plentong Baru dan Kampung Sri Bahagia. Permohonan hakmilik tanah di kampung-kampung tersebut, pihak beliau akan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan diselesaikan secara berperingkat.

No comments:

Post a Comment