Saturday, June 21, 2014

RAKUS..!!! Kuasa Mat Sabu Berpakaian Lengkap Komander Dalam PAS



Sekali pandang saling tak tumpah macam pengawal keselamatan yang menjaga persekitaran taman tempat admin tinggal. Dua kali pandang barulah nampak macam Timbalan Presiden PAS.
 Ingatkan Timbalan Presiden PAS buat 'part time' jadi jaga. Rupanya inilah pakaian Komander Unit Amal PAS. Gagah perkasa kelihatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu lengkap berpakaian Komander Unit Amal sewaktu merayakan Makan Malam Amal di Kelana Jaya bersama rakan-rakan pimpinan yang lain. Ini yang membuatkan Kak Mah terpikat.

Itu aktiviti Timbalan Presiden PAS sebelah malam. Sebelum itu, di sebelah petang Mat Sabu terlibat dalam Perasmian Kempen "Ramadhan Datang Lagi, Penoreh Getah Mohon Simpati" di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, jam 3.30 petang. Majlis ini anjuran Lajnah Tanah PAS Pusat untuk mengumpulkan barangan dapur dan duit. 

Kumpul duit lagi. Buka tabung lagi. Entah berapa ramai penoreh getah akan mendapat dana daripada tabung berkenaan kan? Adakah tabung ini akan jadi macam Tabung Memali, Tabung Lahad Datu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment