Tuesday, June 24, 2014

Kerusi terbang.....!!!!



Kerambit berasa agak lucu kerana mereka sering menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak betul, menuding jari ke arah UMNO dan sebagainya namun pemilihan mereka yang kecil ini pun kelam kelibut.

Bukan main lagi mereka mengecam SPR tetapi lihatlah apa yang terjadi kepada pemilihan mereka sendiri. Mereka sering menggambarkan parti mereka ini hebat, jauh lebih baik dari UMNO tetapi kini rakyat boleh menilai sendiri parti PKR.

Semuanya kucar-kacir, Parti PKR ibarat sebuah parti lawak jenaka Segala apa yang terjadi, baling kerusi, rasuah dan sebagainya semua mencerminkan parti itu. Jika pemilihan sebeginipun mereka gagal mentadbir dengan baik, bagaimana mereka mahu mentadbir negara ini sekiranya diberi kuasa. Mereka tidak akan mampu mentadbir negara sebaik Barisan Nasional.

Lepas ni rakyat harus membuka mata dan menilai adakah sebuah parti sebegini yang hendak dijadikan tunjang harapan membela nasib rakyat sedangkan parti tersebut penuh dengan kepura-puraan dan keganasan.

No comments:

Post a Comment