Tuesday, June 17, 2014

Ikrar Komitmen Perangi Rasuah

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjadi kementerian ketiga  menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai komitmen kementerian berkenaan menghapuskan rasuah.

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Kementerian Sumber Manusia, Disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed

Pada majlis yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pagi tadi, Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam usaha membasmi rasuah terutama di kalangan penjawat awam yang berkhidmat di kementeriannya.

Katanya, CIP merupakan “aku janji” organisasi untuk memberi komitmen memerangi jenayah rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa. .

“Dengan menandatangani ikrar ini, semua warga KSM membuat pengakuan tidak akan terbabit dalam jenayah rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa.

“Peperangan terhadap gejala rasuah merupakan suatu yang sukar, dan KSM akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembudayaan integriti dan menolak sebarang perbuatan jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa,”kata beliau ketika berucap pada majlis menandatangani CIP.

Richard berkata beliau berbangga dengan usaha SPRM yang mengambil pendekatan holistik dengan memperkenalkan CIP sebagai salah satu mekanisme meperkukuhkan tadbir urus dalam sektor awam dan korporat.

Beliau pada masa sama turut  menyeru agar semua kontraktor atau pemmbekal yang berurusan dengan KSM menjalankan urus niaga secara berintegriti dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bebas amalan tidak sihat.

Katanya dengan ikrar ini, semua warga KSM membuat pengakuan tidak akan terbabit dalam jenayah rasuah, malah bekerjasama mewujudkan persekitaran perkhidmatan dan perniagaan yang bebas rasuah.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Bagi pihak SPRM, CIP ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali manakala KSM diwakili oleh Ketua Setiausahanya, Dato’ Saripuddin Kasim.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Mustafar memaklumkan KSM merupakan kementerian ketiga yang menandatangani CIP bersama SPRM.

Menurutnya, SPRM sentiasa mengalu-alukan pihak-pihak yang berhasrat menandatangani CIP.

No comments:

Post a Comment