Thursday, June 12, 2014

Bila Tun Mahathir Menegur RUU Harmoni, Ada Yang Tak Kena Dengannya





HARMONI DAN KESAMARATAAN

1. Kerajaan Malaysia akan membentang tiga rang undang-undang (Bill) bagi mengganti Akta Hasutan 1948, demikian janji Perdana Menteri. Akta Hasutan dianggap tidak sesuai dengan keadaan zaman dan dasar keterbukaan Malaysia.
2. Apakah rang undang-undang yang akan dijadikan pengganti kepada Akta Hasutan? Dibawah diperturunkan nama-nama akta berkenaan:-
1) National Harmony Bill
2) National Unity Bill
3) National Unity and Integration Commission Bill
3. National Unity Bill dan National Harmony Bill bertujuan menghapuskan dasar pemilihan berasas kepada agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina atau ketidakupayaan dan lain-lain yang berkenaan.

Baca seterusnya di sini : http://chedet.cc/?p=1389

Sebelum ini ada NGO, MUSLIMUPro yang membongkarkan 8 sebab bahawa RUU ini perlu diwaspadai.
8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungann Hasutan 1948 [Akta no. 15] mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat mengenai kepentingan kewujudannya. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) (selepas ini dirujuk sebagai RUU) telah dikemukakan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

Selepas artikel ini ditulis, nama-nama RUU tersebut telah dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

Pada hakikatnya, wujud beberapa asas kukuh yang menjadi sebab kebimbangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Melayu-Islam, tentang beberapa aspek yang dicadangkan, sama ada dari sudut pemansuhan Akta Hasutan 1948, kandungan deraf RUU tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu deraf RUU tersebut.

Berdasarkan pengamatan awal penulis, berikut digariskan secara ringkas 8 sebab mengapa RUU Harmoni tersebut perlu diwaspadai kandungannya dan tidak patut diterima sewenang-wenangnya:


PERTAMA

Hakikat bahawa penggubalan RUU yang sangat penting tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu menimbulkan pertanyaan serius tentang motifnya. RUU tersebut melibatkan isu-isu berkaitan agama, perpaduan antara kaum dan sebagainya, namun demikian tidak disembahmaklum terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja. Deraf tersebut juga tidak dirujuk kepada Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan tidak dibincangkan bersama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di antara Penganut Agama (JMPKPA) dan lain-lain badan berkepentingan. Sebaliknya, badan-badan yang kurang kredibiliti seperti Proham dan Global Movement of Moderates dibiarkan memonopoli perbincangan isi kandungan deraf RUU tersebut.

Malah, RUU tersebut yang disediakan Majlis Peguam, sebagai sebuah badan sekular, telah diserahkan terus kepada YB Nancy, lantas mengenepikan khususnya institusi-institusi keagamaan yang bakal terjejas secara langsung oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

KEDUA

RUU tersebut mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Agama Negeri yang telah termaktub di Negeri-negeri sejak berabad. Kedudukan ini tidak pernah diganggu-gugat oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Selain Perkara 3(1), Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A). Hatta sebelum pengiktirafan seumpama ini dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam telah terlebih dahulu diperundangkan di dalam Perlembagaan negeri-negeri, sebagai contoh peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri Johor 1865 dan Perlembagaan Negeri Terengganu 1911.

Malah, hakikatnya Perkara 3(1) merupakan fasal pertama yang menggunakan istilah ‘harmoni’ dalam Perlembagaan Persekutuan. Setelah mengiktiraf kedudukan Islam, prasyarat pengamalan agama-agama lain dinyatakan dengan jelas iaitu boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan (…other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation). Hubung kait Perkara 3(1) ini membawa maksud bahawa Islam tidak boleh diketepikan di dalam membincangkan usaha mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara agama dan kaum.


KETIGA

RUU Perpaduan Nasional (“National Unity Bill”) menyatakan pada seksyen 2(2) bahawa “Nothing in this Act derogates from the provisions of Article 153 of the Federal Constitution”. (Perkara 153 ialah berhubung kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain). Walaubagaimanapun RUU Perpaduan Nasional tersebut sendiri bercanggah oleh kerana seksyen 7 menggunakan istilah-istilah seperti ‘racial superiority”, “exclusivity based on religion, belief, race…” dan “…maintaining exclusive control by persons of a particular religion, belief, race…”. Pada hakikatnya penggunaan istilah-istilah sebegini merupakan kritikan dan percubaan merubah Perkara 153. Penggubal RUU Perpaduan Nasional ini perlu diingatkan tentang Perkara 38(5) bahawa “Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153″. Penggunaan istilah-istilah tersebut di atas cenderung merujuk pada sentimen dan faham hak asasi manusia dan boleh mewujudkan salah tafsiran terhadap konteks peruntukan Perkara 3(1) dan 153 di Negara ini.


KEEMPAT

Kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam, yang merupakan kelompok elit kecil yang telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MPKN). Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy. Majlis Peguam yang hanya mempunyai kira-kira 12, 000 ahli (yang juga tidak dirujuk apabila mereka mengeluarkan deraf RUU tersebut) tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam di Negara ini yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut. Malah, Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan sekular justeru bukanlah pihak yang berkelayakan menyentuh isu-isu keagamaan. Sebagai pihak yang terlibat secara langung membuat pelbagai tuntutan hak asasi manusia yang tidak munasabah dan anti-agama, termasuk menerusi keanggotaan dan peranannya di dalam gabungan NGO hak asasi manusia (COMANGO) menjadikannya entiti yang tidak mempunyai kredibiliti untuk dirujuk berhubung usaha memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama di Negara ini.

No comments:

Post a Comment