Tuesday, June 17, 2014

Anuar kena bedal dalam pelimen

alt


 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terdiam apabila Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid membalas dakwaan Ahli Parlimen permatang Pauh itu berhubung isu berkaitan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Anwar yang sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai pertuduhan ke atas Syed Mokhtar dibidas oleh Ehsanuddin pada sesi perbahasan sebentar tadi.

“Tadi Permatang Pauh cakap dua perkara, satu berkenaan Bernas untung RM2 billion, semalam Alor Setar kata cukainya yang dikurangkan RM400 juta dan di kali dengan empat tahun dapat RM2 billion.

“Keduanya pasal gula ini, orang yang memainkan peranan menentukan harga gula ini bukan Tan Sri Syed Mokhtar, ialah Malaysia Sugar Manufacturing (MSM) Bhd, jadi dekat mana yang kita kata Syed Mokhtar.

“Saya tak sokong atau pertahankan Syed Mokhtar, saya minta penjelasan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar kemudiannya mengutarakan soalan balas namun kenyataannya tidak menyokong persolan yang cuba dibangkitkan.

Ehsanuddin kembali bangkit seterusnya mendesak Anwar menyemak kembali fakta yang dibahasnya termasuk menuduh Syed Mokhtar dalang penentu harga gula negara.

“Jadi tak betullah apa yang YB cakap tadi, fakta tadi tak betul Permatang Pauh, tadi kata Syed Mokhtar, yang besarnya MSM, Syed Mokhtar tak bekerjasama dari segi harga ini, jadi dekat mana dapat cerita nak tentukan harga ini.

“Saya minta betulkan kenyataan, kenyataan itu tak betul dan saya minta Permatang Pauh tarik balik kenyataan kerana mengelirukan dewan,” katanya kepada Anwar.


No comments:

Post a Comment