Wednesday, June 25, 2014

LAHNAT..!!! Keputusan Mahkamah Persekutuan Dipersendakan Oleh DAP


Seperti yang diduga, DAP dan konco-konco parti tersebut yang mahu memastikan undi Katholik dan Kristian berpihak kepada mereka, menggunakan kesempatan daripada kelonggaran d
an ketiadaan undang-undang pencegahan darurat di negara ini dengan berikrar untuk mengadakan perhimpunan yang mendesak dan memaksa Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor tunduk kepada mereka.

Penyelaras Nasional Belia untuk Keadilan dan Keamanan, K.Sudhagaran Stanley berkata, dia merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Perhimpunan itu akan mengumpulkan orang Kristian, Buddha, Sikh, Hindu dan lain-lain rakyat Malaysia yang menyokong Bible berbahasa Melayu disebarluaskan dan Melayu-Islam dibenarkan murtad di Malaysia.

Respons ini diberikan terhadap keengganan MAIS dan JAIS yang enggan menyerahkan semula Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah ALLAH yang telah dirampas ketika kitab tersebut sedang siap untuk diedar-edarkan.

Setelah Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan menolak rayuan Gereja Katholik untuk menggunapakai kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka, sekaligus memberi isyarat, bersetuju dengan tindakan MAIS dan JAIS dalam hal kitab Bible berbahasa Melayu yang dirampas itu.

K.Sudhagaran Stanley yang jelas telah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP untuk menyemarakkan permusuhan dengan orang Melayu-Islam, memberitahu, dia akan memujuk para pemimpin PAS mengeluarkan ahli-ahli parti tersebut ke jalan-jalanraya bagi menyertai 'berjalan untuk keamanan dan kasih sayang'.

Manakala Pengerusi Persekutuan Katholik Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng dalam satu kenyataan berasingan hari ini pula berkata, kalimah ALLAH tetap akan digunakan dalam semua perkhidmatan dan aktiviti Kristian di negara ini sekalipun Mahkamah Persekutuan telah melarangnya.

Perintah mahkamah bagi puak-puak ini, tidak mendatangkan sebarang kesan kerana mereka juga tahu, tiada sebarang penguatkuaan dan tiada sebarang pemantauan undang-undang yang boleh dilakukan ke atas mereka.

Atau dengan kata lain, mereka adalah GOLONGAN TIDAK BOLEH DISENTUH!!!

No comments:

Post a Comment