Wednesday, June 18, 2014

Antara Masalah Projek 1Bestari?

Projek 1Bestari Bernilai RM1,500,000,000 (RM1.5 Bilion) Lembap, Mahal : YTL Group satu syarikat yang tidak perlu Berita Semasa perkenalkan kepada rakyat Malaysia terutamanya yang celik di Internet, cukup terkenal apabila bos mereka CEO YTl cukup dekat……dengan pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia yang mana satu demi satu projek kerajaan “jatuh ke riba” mereka bagi menikmati sebahagian dana negara dan duit pembayar cukai dengan mudah melalui kontrak-kontrak ratus juta dan bilion ringgit oleh kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, sekitar 3 tahun lepas Berita Semasa pernah mengeluarkan berita (KLIK DI SINI)mengenai kerisauan terhadap tahap servis yang ditawarkan oleh YTL pada ketika itu melalui projek 1Bestari yang bernilai RM1.5 bilion.

Hari ini……sudah timbul pelbagai aduan mengenai projek 1Bestari ini melalui laporan Sinar Harian :

1Bestari YES

Antara Masalah Projek 1Bestari?

  • kuota Internet yang disediakan hanya 300Mb sahaja sebulan bagi setiap sekolah apabila menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia
  • projek 1Bestari itu hanya menyediakan 1Mbps dengan bayaran melebihi RM200 yang merugikan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • sistem server yang lembap
  • 1BestariNet menumpang tiang anterna di dalam sekolah disamping untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam
  • Sedangkan perkhidmatan Unifi dgn 10 Mbps hanya dalam Rm200 disertakan dengann tv channel dan telefon percuma.

Sistem Pengurusan Sekolah 1Bestari

Apa dia, hanya 300MB setiap bulan bagi sebuah sekolah? Bijak…bijak….Bagi Berita Semasa sememangnya bos YTL cukup bijak mengembangkan bisnes dan empayar perniagaannya.

Bijak memperpedaya dan mempermainkan kerajaan Malaysia sehingga begitu mudah memberikan kontrak lumayan seperti ini kepada YTL sedangkan jikalau mahu dibandingkan dengan TM atau Timedotcom, YTl ja…uuhhhh ketinggalan keupayaan mereka.

“Siapa untung, siapa rugi? Siapa kenyang, siapa merana?”

1Bestari

Pandai YTL berniaga melalui projek 1Bestari “yang mengenyangkan” dengan mendapatkan kontrak lumayan RM1.5 bilion dan apabila bangunkan infra 4g tanpa perlu keluar modal sesen pun tetapi akhirnya berikan perkhidmatan sedikit lebih kurang kepada lebih 300,000 guru-guru di Malaysia ini pada harga dan caj yang membebankan.

Hakikatnya, YTL sebenarnya mahu jual servis 4g ke seluruh negara pada harga yang mereka inginkan dengan cara yang lebih mudah. Nah….inilah terbitnya projek 1bestari ini yang akhirnya menyusahkan kalangan guru-guru di Malaysia.

No comments:

Post a Comment